Uncategorized

Benjy meninggal dunia di Medan. Punca kem4tian didedahkan

KUALA LUMPUR: Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad.

Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp sebentar tadi.

Menurut Karl, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia akibat penyakit Asma.

Karl yang diuji dengan penyakit strok ketika dihubungi berkata, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.
“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini,” jelas Karl dalam nada sebak ketika dihubungi.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup d4dah jenis sy4bu.

Berikut khabar terakhir dari Benjjy

Benjy oh Benjy… Apa khabar di sebalik tirai besi

KUALA LUMPUR: Penularan wabak COVID-19 telah menjarakkan lagi hubungan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dengan pelakon, Benjy yang menjalani hukuman di Indonesia.

Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata walaupun mereka tidak dapat menziarahi Benjy di Penjara Tanjung Gusta, Medan, namun mereka masih saling berkomunikasi sama ada menerusi panggilan telefon atau aplikasi WhatsApp.

Beliau akui, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim amat memerlukan sokongan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi moral.

“Ramai sedia maklum yang dia (Benjy) mengalami masalah asma. Alat sedut (inhaler) yang dia perlukan kosnya agak mahal di sana.

“Sebelum ini kami pernah belikan, harganya sekitar RM300. Ubat ini tidak disediakan pihak penjara, perlu dibeli kerana jenis yang digunakan itu bukan seperti biasa.

“Jadi selalunya, dalam komunikasi antara saya dan dia lebih kepada masalah kesihatan dan keperluan wang untuk menampung kos ubat-ubatannya,” katanya ketika dihubungi Astro


Pada Disember 2018, Presiden Seniman, Zed Zaidi pernah melawat Benjy di penjara berkenaan.

Ini disusuli kunjungan Mohd Hafiz yang memberi sumbangan kepada pelakon terbabit, April tahun 2019.

Mohd Hafiz pada masa sama akui khuatir akan kesihatan mental Benjy yang telah lebih tiga tahun menerima hukuman di penjara itu.

“Apa yang kami (Seniman) dengar menerusi perbualan, dari segi kesihatan mental itu boleh saya katakan dia agak tertekan.

“Penjara di sana sangat berbeza jika dibandingkan dengan fasiliti, keselesaan, cara layanan dan sebagainya di Malaysia ini,” ujarnya.

Mewakili Seniman, Mohd Hafiz mengalu-alukan bantuan kewangan bagi meringankan beban yang dilalui Benjy.

Pada April 2017, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *