Uncategorized

Boleh buat permohonan moratorium mulai esok! Ini cara memohon dan perkara penting perlu anda tahu jika nak lulus

BERITA baik buat rakyat Malaysia apabila permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan akan dibuka bermula Rabu (7 Julai 2021).

Ia selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, peminjam individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan mikro yang terjejas akibat pandemik Covid-19 boleh memohon moratorium selama enam bulan mulai Rabu.

“Dalam hal ini, peminjam sama ada individu, perusahaan mikro ataupun PKS tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau lain-lain pakej bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan.

“Kelulusan akan diberikan secara automatik. Selain moratorium, bank-bank juga akan menawarkan pengurangan bayaran ansuran dan pakej-pakej lain, termasuk penjadualan semula dan penstrukturan semula pembiayaan yang sesuai dengan kedudukan kewangan khusus peminjam, ” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Berikut adalah cara bagaimana untuk membuat permohonan moratororium:

1. Peminjam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui borang web atau e-mel automatik yang akan tersedia menerusi laman sesawang bank-bank untuk peminjam mengemukakan butiran peribadi dan pembiayaan mereka.

2. Peminjam juga boleh menghubungi bank mereka melalui telefon dan panduan akan diberikan oleh pegawai khidmat pelanggan. Jika peminjam tidak dapat menggunakan saluran digital ini, mereka juga boleh mengunjungi cawangan bank untuk menghantar permohonan moratorium.

3. Walau bagaimanapun, peminjam dinasihati supaya mendapatkan maklumat tentang sebarang perubahan waktu operasi atau aturan perkhidmatan kaunter daripada bank masing-masing berikutan sekatan pergerakan.

4. Pada masa permohonan dibuat, peminjam tidak mempunyai ansuran tertunggak melebihi 90 hari atau berhadapan dengan prosiding bankrap/penggulungan (bankruptcy/ winding up).

5. Peminjam yang sudah pun berada dalam program bantuan bayaran balik pinjaman dan membayar balik pembiayaan mereka mengikut terma program tersebut juga boleh memohon moratorium ini.

6. Peminjam individu dan PKS yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman melebihi 90 hari dinasihati supaya menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman yang sesuai dan khidmat nasihat kewangan secara percuma (services.akpk.org.my).

7. PKS termasuk perusahaan mikro juga boleh memohon bantuan melalui saluran khas SME Help Desk AKPK melalui akpk.org.my/smehelpdesk. Kaunter khidmat nasihat secara maya ini memberikan khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu pemohon mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman.

Perkara penting yang perlu diketahui mengenai moratorium:

1. Bantuan bayaran balik pinjaman ini ditawarkan untuk pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021.

2. Peminjam perlu memahami bahawa dengan mengambil bantuan bayaran balik pinjaman, kos pinjaman akan meningkat secara keseluruhan kerana faedah atau keuntungan akan terus terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

3. Bank-bank dikehendaki memberikan penerangan kepada peminjam mengenai kesan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.

4. Apabila peminjam memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah (dan bukan mengekalkan bayaran ansuran yang asal) selepas moratorium, hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman mereka menjadi lebih panjang.

5. Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan (iaitu faedah/keuntungan terkompaun) atau apa-apa faedah atau keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan.

6. Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS) peminjam tidak akan terjejas akibat penerimaan apa-apa bentuk bantuan bayaran balik pinjaman pada tahun 2021.

BNM berkata, industri perbankan memberikan komitmen dan keyakinan untuk membantu peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan disebabkan oleh sekatan pergerakan.

“Dalam hal ini, BNM akan memantau dengan rapi pelaksanaan program bantuan bayaran balik pinjaman oleh industri perbankan.

“Jika peminjam menghadapi apa-apa kesukaran dengan bank-bank mereka, atau jika bayaran ansuran meningkat secara tidak munasabah, peminjam boleh menghubungi BNMTELELINK melalui bnm.my/RAsurvey untuk mengemukakan aduan mereka.

“Peminjam juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program bantuan bayaran balik pinjaman ini dengan melayari bnm.gov.my/RA dan platform media sosial BNM, ” katanya.

KERAJAAN BERI ELAUN BULANAN UNTUK BELI BARANG ASAS. INI MAKLUMAT YANG RAKYAT PATUT TAHU DAN APA PERLU BUAT JIKA TIDAK TERSENARAI

SALAH satu insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dalam pakej PEMERKASA adalah program PRIHATIN Kasih.

Program tersebut menyediakan peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.

Elaun RM100 beli barang asas, selama 3 bulan. Semak kelayakan segera

Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan asas melalui kaedah pembayaran tanpa tunai
(cashless) menerusi MyKad.

Antaranya makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak dan telur yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) dan kedai runcit.

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad.

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan depan dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya.

Contohnya:

Jika pembayaran pertama dilakukan pada bulan Julai 2021.

JULAI RM100. OGOS RM100. SEPTEMBER RM100. = JUMLAH RM300

Mulakan penjimatan barang dapur hari ini!

Pembayaran akan disalurkan terus ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan selama tiga bulan.

Semakan status penerima PRIHATIN Kasih boleh dibuat di laman sesawang di bawah.

https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx

JIKA ANDA TIDAK LAYAK INI CARANYA.

Sekiranya korang layak, namun tidak tersenarai sebagai penerima bantuan sila hubungi MyKasih Foundation melalui emel info@mykasih.com dan memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon.

Kelayakan:

Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah layak menerima PRIHATIN Kasih.

Justeru, bagi korang yang layak bolehlah membuat permohonan segera seperti yang dinyatakan.

Sumber : SinarPlus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *