Uncategorized

“Saya Dah Buat Yang Terbaik” – Kisah Yg Di Ceritakan Oleh Dato Jalaluddin Hassan buat ramai sayu

Namanya pernah terkenal sebagai hos Who Wants to Be a Millionaire?. Malah ayat “Anda pasti” dan “Jawapan Muktamad” semasa menjadi hos rancangan itu menjadi siulan masyarakat Malaysia sekitar tahun 2000.

Bakat beliau bukan sekadar sebagai hos, sebut sahaja Datuk Jalaluddin Hassan, pasti mengenali lakonan hebat pelakon veteran yang pertama kali membintangi filem bertajuk Panggilan Pulau pada tahun 1994.

Kehidupan peribadi dan kerjaya adik kepada Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara ini penuh warna warni.

Pernah melalui keh1ilangan isteri tersayang, Datin Hashimah Mad Ehsan pada tahun 2016 sebelum berkahwin semula setahun kemudian, ada kisah pilu yang dipendamkan selama ini oleh beliau mengenai arwa4h isterinya itu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Zayan, luahan Jalaluddin ketika ditanya apa yang ingin disampaikan kepada arwah sekiranya dia masih ada, ternyata mengundang rasa h1iba ramai netizen.

” Tiap-tiap hari saya nak minta maaf dengan dia, saya ni garang dekat rumah saya garang sebab saya nak yang terbaik. Percaya tak saya tak pernah bergad0h dengan dia kerana perempuan lain”

” Saya nak buat yang terbaik pun saya tak mampu enam puluh lebih dah, nak bisnes tak pandai nak bagi anak lebih pada itu tak pandai tapi saya buat sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak” katanya.

Malah, sepanjang perkahwinan mereka selama 40 tahun, dia tidak pernah bergad0h dengan arw4h isterinya kerana orang ketiga.

” Saya tak pernah bergad0h dengan dia kerana perempuan lain kerana dengan siapa saya berkawan saya tak pernah rahsiakan pada dia.. dia tahu semua..” kata beliau.

Sempat memberikan pesanan kepada semua lelaki yang bergelar suami di luar sana, tonton video penuh yang menyentuh hati ini seperti di bawah. Sebak.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arw4h men1inggal dunia pada 5 November 2016 akibat kompli1kasi pelbagai penyak1it termasuklah kenci1ng manis dan parv-parv berair.

Hasil perkahwinan dengan Datin Hashimah Haji Aksan pada 1977, beliau dikurniakan 8 anak dan 14 cucu.

Selepas lama menduda,dengan sekali lafaz, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani, 44.

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada pukul 10.55 pagi dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, Kuala Lumpur.

Aktor yang pernah diangkat Pelakon Drama Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 3 tahun itu berkata, Rapidah mengingatkan dirinya kepada Allahyarham isterinya, Hashimah Mad Ehsan yang meninggal dunia pada 5 November 2016.

” Kami kali pertama bertemu ketika menghadiri rumah terbuka Lokman pada Aidifitri yang lalu dan apabila melihatnya melayan tetamu dan pergerakannya ia mengingatkan saya kepada arwah isteri.

” Kami sempat bergambar bersama dan saya berikan nombor telefon saya kepadanya kerana ingin meminta dia menghantar gambar yang diambil kepada saya.

” Selepas itu barulah kami mula berkenalan dan seterusnya Alhamdulillah dipertemukan jodoh,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : tambahkeju via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *