Amalan

Baru je Ismail Sabri Di Lantik Sebgai Timb Perdana Menteri, Sekali Zahid Hamidi Buat Kejvtan Kpd Kerajaan MuhyiddinYassin

Menteri Pert.ahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, berkuat kuasa serta merta.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan yang diberikan dalam pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut berterima kasih atas sokongan Presiden U.MNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin parti p.olitik dan seluruh rakyat Malaysia.

“Ini merupakan amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi Umum Tarik Balik Sokongan

Ismail Sabri turut berdoa semoga semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang.

Baru je Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan Umno malam ini memutuskan untuk menarik balik sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin serta merta.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi Umno berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Justeru kata Ahmad Zahid, Umno mendesak agar Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baru dilantik untuk satu tempoh yang terhad.

“Tempoh perdana menteri yang baru akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.

“Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, perdana menteri baru mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

“Ini penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana terhasrat dalam Titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya selepas mesyuarat MT Umno di ibu negara malam ini.

Antara kegagalan kerajaan PN menurut Zahid termasuk gagal menangani pandemik Covid-19, menyalahgunakan darurat, gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen, gagal mengurus kestabilan politik dan ekonomi serta memperkotak-katikkan titah Agong.

Keputusan itu dibuat kurang 12 jam setelah Muhyiddin mengumumkan pelantikan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalannya, manakala Hishammuddin Hussein dilantik sebagai menteri kanan.

DAFI LUAHKAN MELUAHKAN PERASAANNYA SETELAH DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI

Penyanyi dan pelakon Dafi gembira dan berbangga dengan pelantikan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Dafi ketika dihubungi berkata, dia dan seluruh anggota keluarga sentiasa menyokong penuh kerja keras yang dilakukan bapanya untuk negara.

“Saya tumpang gembira dengan pelantikan ini. Sebagai anak saya sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang beliau terima selama berkecimpung dalam bidang politik.

“Saya akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Kita semua tahu yang dunia politik ini adalah minat utamanya,” katanya.

Dafi berkata, sebagai anak dia melihat sendiri keadaan bapanya dan kagum dengan kerja kerasnya selama ini.

“Saya harap dia mampu menggalas jawatan ini dengan sebaik mungkin serta terus cemerlang dalam kerjayanya,” katanya.

‘Semoga papa terus cemerlang’ – Dafi

Menurut Dafi, walaupun tidak ramai yang menghargai segala usaha keras yang dilakukan bapanya selama ini, namun dia melihat sendiri bapanya bekerja tanpa mengenal erti penat.

“Saya tahu dia suka dengan kerjanya, tapi saya juga kasihan melihat keadaan dirinya yang penat bekerja.

“Tambahan pula tidak semua orang betul-betul menghargai apa yang dia lakukan. Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya. Namun, perkara ini sudah menjadi asam garam dan sebahagian daripada kerjayanya,” katanya.

Dafi berkata, Ismail selalu bertanya kepadanya jika ada menerima mesej peribadi atau terbaca apa saja keluhan atau masalah daripada orang ramai.

“Dia seboleh mungkin cuba nak tahu apa lagi keluhan yang dihadapi dan mahu cuba membantu dengan sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Ahli Parlimen Bera itu akan dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ismail juga kekal dengan portfolio Menteri Pertahanan.

Sumber:Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *