Uncategorized

Isteri bagi ‘green light’ kahwin lain, ini reaksi Shuk Sahar

Tidak menunggu lama untuk membuka mulut. Kurang 24 jam selepas kisah kecurangan dan keladak rumah tangganya bersama isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah panas diperkatakan dalam media sosial, Shuk Sahar tampil membuka mulut.

Pelawak popular yang juga bekas penyampai Hot FM itu bertegas bahawa hubungannya dengan Rossa sebenarnya tidaklah seteruk seperti yang diuar-uarkan oleh netizen.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, hubungan antara dia dan isteri berada dalam keadaan baik-baik sahaja.“Sebenarnya tidaklah seteruk macam yang diuar-uarkan. Saya dengan isteri okey sahaja,” jawabnya ringkas.

Ujar anak jati kelahiran Pulau Pinang itu lagi, Rossa barangkali terbawa-bawa oleh emosi sehingga bertindak memuat naik beberapa hantaran tangkap layar mesej dan gambar-gambar berbaur ugutan daripada seseorang.

“Sebenarnya, memang ada ‘sesuatu’ yang berlaku ketika itu. Tetapi setakat ini semuanya masih okey,” ulang Shuk.

Berhubung mesej perbualan beserta sekeping gambar ugutan bunuh diri yang dikirimkan kepadanya, lelaki berusia 36 tahun itu mendakwa hantaran tersebut (gambar dan perbualan mesej) adalah kiriman lama yang diterimanya sebelum ini.

“Sebenarnya itu semua mesej-mesej lama ketika berlaku masalah kali kedua sekitar tahun Julai lalu,” katanya.

Sehubungan itu, Shuk berkata, tidak ada apa-apa yang perlu diperbesar-besarkan memandangkan mereka masih tinggal sebumbung.

“Tidak ada apa yang hendak diperbesarkan. Kami berdua okey sahaja,” katanya lagi.

Melihat pada semua hantaran yang dimuat naik Rossa dalam Instagramnya telah pun dipadamkan, Shuk memberitahu keputusan tersebut dilakukan sendiri isterinya tanpa paksaan daripadanya arau mana-mana pihak.

Selepas apa yang berlaku hari ini, Shuk menyifatkan Rossa sendiri sudah matang dan faham dengan setiap tindakan, khususnya berhubung hebahan dalam media sosial.

Menyentuh tentang dakwaan kononnya terdapat individu yang menghantar benda syirik (santau) kepadanya, Shuk berkata dia sedia maklum dengan perkara tersebut.

“Ya, saya tahu (dihantar benda syirik). Tetapi saya tidak tahu siapa hantar, tidak mengapa sebab kita ada Allah SWT,” katanya.

Ketika diminta memberikan komen tentang ‘kebenaran’ yang diberikan kepadanya oleh Rossa untuk berkahwin lagi (isteri kedua), Shuk memberi bayangan seolah-olah perkara itu tidak akan terjadi, namun berkata jodoh semua di tangan Tuhan.

“Lambat lagi. Jodoh semua di tangan Tuhan,” katanya.

Terdahulu, sejak malam tadi, kisah rumah tangga Shuk menjadi bahan bualan hangat netizen dalam media sosial selepas Rossalenna memuat naik beberapa hantaran kononnya diugut seorang wanita.

Malah, Rossa juga turut mendedahkan terdapat individu yang telah menghantar santau terhadapnya.

Untuk rekod, Shuk, pernah berdepan kes serupa dengan wanita sama sekitar Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, saat kecurangan Shuk terbongkar, Rossa sendiri dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita terbabit.

Shuk juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kecurangan yang dilakukan dan mereka juga kembali berbaik tahun lalu.

Namun, pada Januari lalu rumah tangga Shuk yang ketika itu bertugas sebagai penyampai radio HotFM itu kembali bergolak selepas sekali lagi ditangkap curang oleh Rossa.

Hubungan pasangan itu kembali jernih selepas Shuk sekali lagi mengakui kesilapan diri, meminta maaf dan kembali melamar isteri persis menghantar rombongan peminangan yang disiarkan secara langsung menerusi Instagram.

Terdahulu Usaha Pujuk Isteri, Shuk Sahar Bawa Rombongan Meminang

PELAWAK dan penyampai radio, Shuk Sahar membuktikan kesungguhannya untuk memenangi semula hati isteri, Rossalennah Natassyiah Asshafera atau Sera.

Justeru pada malam Isnin, Shuk tampil membuat kejutan lengkap berbaju pengantin bersama rombongan untuk ‘meminang’ semula Sera.

Momen yang turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram mereka berdua itu, pada mulanya bertukar agak kecoh apabila Shuk memberitahu ingin meminta keizinan Sera untuk berkahwin.

Bagaimanapun Shuk yang tiba bersama beberapa rakannya yang turut membawa dulang hantaran, lengkap dengan kompang memaklumkan niat sebenar kedatangannya itu.

“Dikesempatan ini saya nak minta maaf pada awak…. Harap awak boleh terima saya balik…

“Boleh ke maafkan saya?” jelas Shuk dan disambut anggukan daripada Sera.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar sebelum ini mengakui kesilapannya dan memberitahu sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan semula keluarganya.

Terdahulu kisah rumah tangga penyampai radio itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila Sera mendedahkan kecurangannya bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.

Akibat daripada pendedahan itu, tugas Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sehingga kini.

Baca Artikel berkenaan di sini Shuk Sahar Digantung Perkhidmatan Sebagai Penyampai Hot FM

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang puteri, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimy, 2 tahun.

Sumber: Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *