Uncategorized

Jual durian dilabel ‘harga Y4hudi’ Mila Jirin terguris hati. Ini yg dia cakap kenapa harga jadi mcm tu

Kuala Lumpur: Penyanyi, Mila Jirin, 34, yang kini menjual durian terguris dengan kata-kata segelintir netizen yang mendakwa harga duriannya sebagai ‘harga Yahudi’ kerana mahal.

Mila berkata, mereka perlu tahu realiti kos yang ditolak oleh pekebun.

“Janganlah mudah sangat melontarkan kata-kata ‘harga Yahudi’ kepada peniaga durian sedangkan anda tidak tahu pun realiti kos ditolak oleh pekebun.

“Sebenarnya, harga diletakkan pekebun agak mahal. Malah, keuntungan diperoleh pula berapa ringgit saja mengikut berat yang diletakkan peniaga.

“Saya pula jual isi durian saja yang siap dikopek. Jadi, jumlah isi dalam durian itu memang kita tak tahu berapa banyak yang ada. Kadang-kadang buahnya saja yang besar dan berat, tapi isi tak banyak. Malah, saya juga tak pasti durian mana isinya tebal dan mana pula isi nipis. Semuanya kita akan tahu bila sudah dikopek,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Mila menerima kiriman mesej di Instagram daripada seorang pembeli yang meluahkan rasa tidak puas hati mendakwa harga durian dijual Mila mahal, tapi isi pula sedikit dan nipis.

Menurut Mila, perkongsian dibuatnya di Instagram itu juga tidak bertujuan mencari publisiti dan mahu mengaibkan sesiapa.

Katanya, dia pun tidak mendedahkan identiti individu yang mengirim mesej berkenaan.

“Saya sekadar nak beri penjelasan kepada orang ramai kerana saya dapati di media sosial seperti Facebook dan Instagram, kebanyakan netizen menulis hantaran kepada peniaga durian dengan dikaitkan ‘harga Yahudi’.

“Saya jadi terasa juga dengan kata-kata itu kerana baru pertama kali jual, terus dilabel begini,” katanya.

Katanya, mungkin juga perkataan ‘harga Yahudi’ sudah sebati dengan cara bertutur. Jadi, satu kenyataan perlu dibuat untuk memberi input kepada ramai orang supaya dengan pencerahan berkenaan mereka faham kenapa harga durian dijual tinggi.

Mila berkata, jika hanya menjual isi durian, sebanyak dua biji durian diperlukan untuk isi seberat 500 gram.

Selain itu, keuntungan jualan yang diperoleh pula di bawah 10 peratus.

Mila berkata, dia menjual durian Balik Pulau dari Pulau Pinang yang diambil terus dari ladang durian di sana.

Selain durian, Mila juga menjual nasi Arab, kek dan menjalankan perniagaan katering serta dewan perkahwinan.

Berikut pula reaksi dari netizan

Musang king Buah yang nak kena jaga dari tupai dari mula tumbuh, kena jaga maintenance jaring bawah pokok, ada yang berikat taknak bagi terhempas kat tanah dengan buah kampung yang tunggu gugur je memang berbeza la harga nya tuan tuan sekalian.
Simple je. Takat nak merasa beli je la yg biasa. Ada rezeki lebih beli la yang luar biasa. Yang marah sangat kenapa tu tuan tuan.

Durian buah sethn sekali tu yg diaorg demand harga yg byk duit mampu bli yg tak da duit mampu tgk dancium bau aja. Wlupon harga yahudi yg byk duit tetap bli peniaga ambik kesemptan utg byk ndak2 musang king wluponsebnrnya biasa aja rasanya tak sdp lagisdp durian kg

“Saya Jual Isi, Bukan Kulit”, Ini Dia Peniaga Durian Paling Jujur Di Malaysia

Jarang sekali kita temui penjual durian yang hanya menjual isi durian sahaja kan? Namun sebenarnya ada penjual yang seperti ini. Ianya berlaku di Batu 15 Jalan Sintok.

Kerana kejujurannya, gerai pemuda ini sentiasa menjadi rebutan peminat raja buah. Mohd Izzuwan Ismail, 30, berkata dia memilih untuk menjual isi durian yang baik saja bagi memastikan pelanggan berpuas hati.

Menurutnya, dia mendapat idea untuk berniaga dengan cara itu pada bulan lalu selepas beberapa kali membeli durian buruk.

Kami mahu pelanggan berpuas hati
“Jika saya sendiri pasti merasa marah apabila buka durian yang isinya buruk maka orang lain juga akan ada perasaan begitu juga. Tidak mustahil mungkin ada yang menyumpah seranah peniaga durian sebagai seorang yang tidak jujur.

“Jadi saya tak mahu perkara itu berlaku kepada saya dan adik-adik yang membantu saya berniaga di sini. Kami mahu pelanggan berpuas hati dan melakukan ‘akad’ jual beli dengan rasa senang hati,” katanya yang juga adalah anak kedua daripada lapan beradik.

Menurut Izzuwan yang merupakan mekanik motosikal berkata, setiap durian setiap durian yang telah dikopek dan dimasukkan ke dalam bekas akan dijual dengan harga RM25 per kg. Manakala sebiji durian pula akan dijual bermuala dengan harga RM8 hingga RM25 per kg mengikut jenis.

Buah yang dijual itu akan dipastikan oleh Izzuwan dalam keadaan baik dan sekiranya dia berasa was-was atau mendapati terdapat tanda buruk pada durian berkenaan, dia akan terus mengopek buah tersebut.

“Jika buah itu dari jenis udang merah sekalipun, saya akan buka kemudian saya akan campur dengan buah jenis lain dan tetap dijual dengan harga RM25 sekilogram.

“Setakat ini pelanggan banyak yang ulang beli di gerai saya belum ada yang datang merungut. Alhamdulillah walaupun berniaga di hujung kampung saya berjaya jual lebih 200 biji durian setiap hari,” katanya yang berasal dari Kampung Changkat Setoi, Changlun.

Mekanik motosikal ini juga berkata, sejak tular mengenai cara jualan di gerainya baru-baru ini, hampir setiap hari duriannya habis dijual lebih awal.

“Selain menjual durian di gerai, saya turut menjual secara atas talian dan membuat penghantaran ke daerah lain termasuk ke Pulau Langkawi.

“Sebelum ini, saya dah hantar 20 bekas durian ke Pulau Langkawi, banyak lagi pesanan yang saya terima,” katanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *