Uncategorized

PH dedah ciapan Noor Hisham semalam membimbangkan. Mujur Dr Hisham dah padam balik

Pakatan Harapan (PH) menyatakan kebimbangan atas tindakan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi tulisan yang diterbitkan badan tidak diiktiraf Pertubuhan Kesihahan Dunia (WHO) semalam.

Menurut Jawatankuasa Kesihatan PH, rencana dipetik dari principia-scientific.com itu yang menyatakan WHO tidak lagi membuat saranan untuk melakukan saringan besar-besaran terutamanya dalam kalangan individu tidak bergejala.

“Namun, sumber artikel yang telah dikongsikan tersebut adalah bukan dari sumber rasmi WHO, tetapi sumber yang tidak disahkan, sering berkongsi artikel bersifat pseudo-science dan sering dikaitkan dengan propaganda haluan kanan,” kata mereka.

Sudah p4dam

Untuk rekod ciapan itu dibuat Noor Hisham malam tadi namun dipadam selepas dimaklumkan maklumat yang terkandung di dalamnya tidak disahkan, serta bukan pendirian rasmi WHO.

Tambah jawatankuasa terbabit jika diteliti saranan rasmi WHO badan itu menekankan pentingnya saringan secara menyeluruh dan ujian diagnostik yang cepat serta tepat untuk mengawal penyebaran Covid-19.

WHO juga, kata jawatankuasa berkenaan, menegaskan semua ujian harus diikuti dengan respons kesihatan awam yang kuat termasuk pengasingan individu positif dan rawatan menyeluruh, pengesanan kontak dan kuarantin.

“Ini sangat membimbangkan kerana artikel tersebut tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menjustifikasikan penurunan jumlah saringan yang dibuat, terutamanya pada masa jumlah kes Covid-19 masih tinggi di seluruh negara,” kata jawatankuasa itu.

Penting tingkatkan ujian saringan

Untuk rekod jawatankuasa kesihatan itu dianggotai 12 pemimpin PH termasuk bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad dan timbalannya Dr Lee Boon Chye.

Kata mereka pada 5 Julai sebanyak 6,387 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara namun ketika jumlah ujian saringan dijalankan hanya 66,063 berbanding sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia pada awal tahun ini iaitu 150,000 ujian sehari.

“Ini juga bermaksud kadar positif di negara ini ialah 9.67 peratus, hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding saranan WHO iaitu bawah 5 peratus.

“Malah purata kadar positif negara dari 29 Jun hingga 5 Julai lalu ialah 8.25 peratus dan jauh lebih tinggi daripada nilai yang sepatutnya.

“Ini jelas menunjukkan kita kurang membuat saringan dan bertentangan dengan nasihat pakar-pakar perubatan dan juga amalan baik dijalankan di negara-negara yang berjaya mengawal wabak ini dengan efektif,” katanya.

Mengambil contoh di Singapura, United Kingdom (UK) dan di Australia, kata jawatankuasa itu, negara terbabit tetap melakukan saringan terhadap semua orang termasuk mereka yang tidak bergejala kerana majoriti kes yang dikesan adalah dalam kalangan individu yang tidak bergejala (asymptomatic).

Kaedah itu katanya menjadi cara UK meneruskan pembukaan ekonomi walaupun berhadapan dengan penularan variant Delta (dari India) di negara tersebut.

Kluster terbaru di New South Wales, Australia pula, katanya, menular di pusat jagaan warga emas juga melibatkan mereka yang tidak bergejala.

“Ini membuktikan pentingnya kita mempertingkat kadar saringan, pengesanan kontak yang cepat, kuarantin/isolasi dan pemberian sokongan secepat mungkin.

Kami sekali lagi menekankan bahawa elemen utama dalam mengawal wabak Covid-19 ini adalah sistem find, test, trace, isolate and support (cari, uji, kesan, asingkan dan sokong) yang masih disarankan WHO,” katanya.

Jangan tul4r kes bu.nuh diri, elak ‘copycat su.icide’ – Dr Noor Hisham

Kuala Lumpur: Jumlah kes bun.uh diri dalam negara menunjukkan peningkatan tahun ini dengan 631 kes dilaporkan berbanding 609 tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu berdasarkan laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, bagi tempoh sehingga Mac tahun ini, sebanyak 336 kes b.unuh diri dilaporkan kepada PDRM.

Katanya, pandemik Covid-19 memberi impak amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia.

“Sesetengah individu berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketika berada dalam keadaan tekanan melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga serta sahabat.

“Sekiranya kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ia boleh meningkatkan risiko tingkah laku bu.nuh diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, masyarakat perlu lebih cakna dan prihatin terhadap ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bu.nuh diri.

“Ini termasuk perubahan tingkah laku kepada individu, sentiasa kelihatan sedih dan murung, hilang minat terhadap aktiviti biasa dilakukan, kesukaran untuk menumpukan perhatian atau melakukan tugas harian biasa serta mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan.

“Selain itu, awasi simptom seperti mengalami gangguan tidur dan selera makan, bertindak agresif serta kasar kepada diri sendiri dan orang sekeliling dan menyalahguna alkohol dan dadah.

“Pada masa sama, simptom menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan ahli keluarga serta menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan juga perlu diawasi,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya terdapat gejala berkenaan, individu dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar segera bagi mengelakkan keadaan lebih buruk.

Katanya, selain itu, orang ramai boleh membantu dengan berkomunikasi secara berkesan dengan individu mengalami kemurungan dengan mengambil serius masalah dialami serta meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka.

“Tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka, menunjukkan empati dan mengelakkan sikap menghakimi individu terbabit serta memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat terkini bagi mengekalkan hubungan.

“Pada masa sama, berikan sokongan sosial kepada mereka seperti membantu dalam urusan seharian jika diperlukan dan galakkan serta bantu mereka untuk dapatkan penilaian dan rawatan profesional,” katanya.

Katanya, pihak media juga boleh memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tepat dan mematuhi garis panduan pelaporan media yang bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai tingkah laku bun.uh diri.

“Masyarakat juga diminta untuk menghormati perasaan ahli keluarga mangsa dengan tidak merekodkan video atau mengedarkan gambar di media sosial berkaitan individu yang membu.nuh diri.

“Bu.nuh diri boleh dicegah, namun tindakan tular di media sosial boleh mengundang ‘copycat suicide’ bagi mereka yang berisiko,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan sokongan diwujudkan seperti MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 serta Talian Kasih (15999) atau WhatsApp Talian Kasih di talian 019-2615999 bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumah tangga serta pelbagai masalah lain seperti penderaan.

Kataya, orang ramai juga boleh menghubungi KSK-Care Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) melalui WhatsApp di talian 0111-9598214 serta Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929,” katanya.

menghadapi kesan sosio-ekonomi pandemik C0vid-19.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *