Amalan

Lagi Rakaman Anggota SJR DiGanggu Entlti Mlsteri. Sekali Netizan Berani Zoom Lebih Dekat

Viral di Twitter mengenai dua rakaman video penampakan pocong yang dipercayai dirakam oleh seorang anggota polis ketika melakukan sekatan jalan raya pada waktu malam.

Memang tempat permainan mereka

Menerusi rakaman video tersebut, makhluk halus yang dipercayai pocong itu seolah-olah menggoyangkan badannya ketika berdiri di belakang rimbunan pokok pisang. Lebih seram, pocong itu kelihatan melompat-lompat apabila anggota polis tersebut sedang merakam dan ‘zoom’ kameranya.

Difahamkan, lokasi sekatan jalan raya tersebut juga agak sunyi dan terdapat banyak pokok pisang di kawasan berhampiran. Lebih ser4m, makhluk itu masih berdiri di pokok yang sama meskipun, lampu suluh telah dinyalakan ke arahnya.

Nampak bonjot dia sekali

Zoom lebih dekat

Sebuah video seram telah dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali @zarulshahfiqrie baru-baru ini mengenai seorang individu dipercayai anggota polis sedang merakam kelibat pocong yang berada di kawasan SJR tempatnya bertugas.

Apa yang menyeramkan, pocong itu seolah-olah menggoyangkan badannya ketika berdiri di belakang rimbunan pokok pisang sambil mengeluarkan bunyi kuat yang menyeramkan.

Anggota yang berani itu dilihat berjalan menuju ke arah pokok pisang tersebut untuk menyiasat apa yang berlaku.

Sehubungan itu, ramai netizen yang menonton video tersebut memuji tindakan anggota yang berani mendekati kawasan keberadaan pocong terbabit.

Lebih menambah dramanya, ada juga yang berkongsi pendapat bahawa pokok pisang itu adalah lokasi kegemaran makhluk halus seperti pocong dan pontianak.

Melihat cabaran tersebut, begitulah kuatnya semangat anggota polis dan tentera yang berkhidmat siang dan malam menjaga di sekatan jalan raya (SJR) sepanjang tempoh pelaksanaan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).

Selain menjaga lalu lintas pasukan barisan hadapan itu perlu peka keadaan sekeliling khususnya pada waktu malam dan lokasi yang dikelilingi hutan dan semak.

Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Terima kasih frontliner!

Pengguna TikTok @zarulshahfiqrie sekali lagi memuat naik 1 lagi video dan kali ini video tersebut telah dizoom dengan lebih rapat.

Apa yang membuatkan bulu meremang adalah jelas kelihatan entiti tersebut seolah olah sedang bergerak gerak kepala..

Bak kata pepatah, alah b.isa tegal biasa. Terima kasih f.rontliner!

Suami sedang buat roadblock, siapa yang balik makan tengah malam? Isteri polis tak tahan diganggu, nampak lemb4ga hitam setinggi kabinet dapur

SEORANG wanita berdepan detik menakutkan apabila rumahnya di Gelang Patah, Johor sering menerima gangguan mistik.

Menurut Rina Azhar, 31, dia yang juga isteri kepada seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula diganggu sejak tahun 2013 dan ia berlarutan hingga sekarang.

Mesra disapa Rina, ibu kepada lima cahaya mata itu sempat memperincikan kejadian pertama yang berlaku sewaktu dihubungi mStar.

“Saya menetap di berek polis. Kejadian pertama pada tahun 2013. Masa tu suami saya keluar bekerja, dia ada sekatan jalan raya dan sepatutnya balik pagi.

“Saya pula di dalam bilik bersama anak-anak. Tiba-tiba dengar ada orang balik, nampak bayang-bayang di bawah pintu.

“Kemudian dengar bunyi peti dibuka, ambil pinggan. Macam nak makan… Mula-mula takut, kemudian saya fikir, mesti suami saya yang balik nak makan.

Menurut Rina, suaminya sedang bekerja sewaktu kejadian itu berlaku. -Gambar Hiasan

“Saya minta anak sulung keluar tengok, tapi tak ada sesiapa. Mesej suami, dia kata dia masih bekerja,” imbas wanita itu.

Tambahnya, suami yang kerisauan sempat pulang menjenguk dia dan anak-anak pada malam itu sebelum keluar semula untuk bertugas.

Kata Rina, ia tidak terhenti di situ apabila hari-hari berikutnya dalam kehidupan mereka sekeluarga turut dihantui dengan gangguan-gangguan lain.

Selain penampakan lembaga berjubah hitam setinggi kabinet dapur, dia turut diganggu dengan bau-bau harum, busuk dan hanyir dalam kediamannya.

Ada netizen yang minta saya jumpa ustaz sebab saya terlalu kerap diganggu.
RINA
“Selepas kejadian pertama, lepas tu makin kerap. Pernah nampak lembaga pakai jubah hitam, tapi muka tak nampak sebab gelap. Ia berlaku pada waktu Maghrib.

“Dulu pernah panggil jiran-jiran datang baca Yassin. Tapi tak ada perubahan. Saya pun masih menetap di rumah sama sampai sekarang.

“Pernah juga dengar bunyi melompat, bunyi macam suara suami panggil saya. Kalau dengar tu, tipulah kalau tak takut.

“Tapi saya tak hiraukan sangat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Rina juga kerap berkongsi kisah seram yang berlaku menerusi TikTok.

Malah, ada netizen yang turut memberi cadangan agar dia mencari kaedah alternatif dalam menyelesaikan masalah itu.

Antara video yang dikongsi oleh Rina.

“Sebelum ni pun saya pernah kongsi. Ada sambutan, orang minta saya ceritakan lagi.

“Ada netizen yang minta saya jumpa ustaz sebab saya terlalu kerap diganggu. Anak-anak pun pernah kena ganggu.

“Ramai netizen yang prihatin,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai keluarganya, Rina berkata suaminya kini berusia 33 tahun.

Memiliki lima cahaya mata, anak sulung kini berusia 14 tahun manakala si bongsu berusia tiga tahun.

Menurut suri rumah itu, dia juga mencari pendapatan sampingan dengan berniaga kosmetik secara dalam talian.

Sumber: Jeffrey Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *