Hiburan

Ramai Sayu Tengok Lakonan Arwah Benjy Ketika Zaman Kanak-Kanak

Hari ini industri hiburan tanah air menerima berita duka apabila pelakon berbakat besar, Benjy Ibrahim dilaporkan meninggal dunia di hospital di Medan, Indonesia.

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty amat bersedih di atas pemergian rakan baiknya itu namun reda Allah lebih menyayanginya. Bagaimanapun, Ellie sedih tidak dapat menghulurkan bantuan kepada arwah Benjy sejak kebelakangan ini.

“Arwah Benjy beritahu saya keadaannya batuk hingga keluar darah. Jadi, saya mengirimkan sedikit bantuan kewangan setiap bulan, cuma saya tidak dapat membantu sejak kebelakangan ini. Ini kerana saya tidak mempunyai banyak ‘job’ sejak pandemik COVID-19 menular, tahun lalu.

“Saya sedih, apatah lagi, memikirkannya arwah akan disemadi di Medan, Indonesia sekiranya meninggal dunia. Mendengar berita pemergiannya membuatkan hati saya remuk.

“Arwah menghubungi saya, minta ampun dan minta halalkan segala-galanya, minggu lalu. Saya tidak sangka itu petanda arwah akan pergi,” katanya kepada BH Online.

Sudah menganggap Benjy sebagai adik, Ellie berkata dia sudah berjanji dengan arwah akan menjemputnya di Medan untuk dibawa pulang ke Malaysia apabila dibebaskan kelak.

“Arwah seperti adik saya. Bagaimana saya menyayangi arwah ibunya, begitu juga sayang saya pada arwah. Arwah ibunya banyak membantu membentuk saya dalam menghidupkan karakter lakonan.

“Besar harapan saya melihat arwah memulakan kehidupan baharu apabila dibebaskan. Saya juga mahu arwah membuat kemunculan semula dalam industri lakonan, namun, hasrat saya tidak kesampaian,” katanya.

Menurut Ellie lagi, dia sentiasa memberikan kata semangat kepada arwah yang sudah menjalani hukuman penjara tiga tahun. Ujarnya, arwah banyak habiskan masa dengan melakukan amal ibadah di penjara.

“Alhamdulillah, arwah banyak berubah dan menghabiskan masa mendekatkan diri dengan Allah SWT. Arwah beritahu sudah khatam al-Quran, bersolat, berpuasa dan sebagainya,” katanya.

Allahyarham Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma di Hospital Royal Prima, Medan, jam 11 pagi tadi.

Arwah Benjy sedang menjalani hukuman selama 11 tahun, tiga bulan di Penjara Tanjung Gusta atas kesalahan memiliki dadah sejak 2017.

Rata-rata netizan melahirkan rasa sayu

Al fatihah…perjalanan yng cukup sedih.semoga menjadi pengajaran pada kita yng masih hidup.

Semasa hayat beliau dia tersalah ke jalan kiri,Dan akhirnya terpenjara tetapi beliau bertaubat dan khatam quran kita belum tahu nasib kita pada pengakhiran kehidupan walau pun dia dipandang hina tapi disisi allah swt dia tetap mulia,Semoga rohnya banjy ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan soleh al fatihah.

Al Fatihah… Arwah punya bakat lakonan sgt sgt besar tapi syg disia siakan mcm tu.. Moga segala amal ibadah beliau diterima dan diampunkan segala dosa dosanya.. Amin Ya Allah

KISAH PERJALANAN TERAKHIR ARWAH PELAKON BENJY YG RAMAI TIDAK TAHU SEMASA BERADA DI INDONESIA

Selepas diberitakan perlu meringkuk dalam penjara Indonesia selama 11 tahun serta denda kira-kira RM312,500, tidak banyak bersimpati diluahkan terhadap Benjy ketika berita itu dimuat naik di media sosial.

Sebahagian daripada mereka menganggap hukuman berkenaan layak buat pelakon terbabit, manakala yang lain berpendapat Benjy sepatutnya belajar daripada kesilapan lalu.

Apabila My_CrimeWatch memuat naik berita mengenai Benjy pelbagai komen balas dapat dilihat.

“Jangan balik ye, kami tak nak kau,” kata pengguna akaun @HafizHafizudin2.

Seorang lagi pengguna Twitter, @jektheraper, berkata dia tidak menyangka anak seniwati Azean Irdawaty itu masih tidak serik-serik dikaitkan aktiviti memiliki dan mengedar da.dah.

“Hari itu terang-terang kena serbu kondo jadi makmal buat dad.ah tapi lepas. Ingat insaf dah. Tapi hampeh. Mereputlah kat Indonesia itu,” katanya.

Ini bukan kali pertama Benjy dikaitkan dengan kes dada.h kerana dia pernah ditahan sebanyak empat kali atas kesalahan sama di Malaysia.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 39 semalam dijatuhi hukuman penjara 11 tahun penjara atas kesalahan cuba menyeludup dad.ah jenis met.ha.mphet.amine melalui dubur ketika berkunjung ke Medan, Indonesia.

Benjy ditahan kerana memiliki 4.5 gram bahan nark.otik ketika sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu pada April lalu.

Terlepas dari hukuman m4ti

Selain meringkuk dalam penjara, dia turut dikenakan denda AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan.

Tempoh hukuman terbabit bagaimanapun kurang berbanding 14 tahun dipohon pendakwaan. Malah Benjy juga terlepas daripada hukuman ma.ti.

“Kami mengumumkan defendan didapati bersalah kerana membelakangkan undang-undang memiliki dan mengawal nar.kotik,” kata hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna media sosial yang berharap hukuman penjara itu mampu memberi pengajaran buat Benjy.

“Bersyukur la Benjy sekalipun penjara 11 tahun. Daripada kena gan.tung. Bukan sekali dua ni. Semoga diberikan hidayah,” kata pengguna akaun @AnaaHoho

Indonesia terkenal kerana mengamalkan undang-undang ketat nark.otik dan individu yang ditangkap cuba menyeludup lebih daripada lima gram bahan terkawal boleh dikenakan hukuman ma.ti.

Melalui akaun Facebook Harian Metro pula pola yang sama juga dapat dilihat.

Khatijah Rahais misalnya menulis: Dulu masa ko tengah naik.. hebat lakonan semua disanjung. Sekarang sebab tawaran lakonan dah tak ada, pelakon kayu lagi orang minat daripada pelakon berbakat. Disebabkan desakan hidup dipilih jalan yang salah. Mungkin dah biasa hidup senang. Harap lepas nie Benjy berubah.”

Shahrul Hafiz pula menulis: “Tak pe la bro, relax2 dulu, nasib lu cam tu, belajar la benda baik kat dalam. Semoga bebas nanti lu berubah. Akan datang silap2 lu jadi lebih baik. Tengok Ameng Spring boleh baca Quran dengan baik, Allah dah tentukan, wa doa lu baik2 aje.”

Innalillahiwainnailaihirojiun.
Al-Fatihah utk Arwah Benjy, arwah ibunya, juga semua pelakon2 dlm cerita ini & juga kita semua yg telah kehilangan org2 yg kita sayangi. Al-Fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *