Uncategorized

Tular lelaki berjubah bagi kuiz dulu ketika beri bantuan, sekali Naz mula bersuara

Hari ini rata-rata rakyat yang hilang pekerjaan dan dihimpit dengan permasalahan ekonomi seringkali menjadi topik utama dalam media sosial. Ramai artis, badan-badan NGO yang turun padang dengan menghulurkan bantuan dengan berbentuk beras, dan barang-barang keperluan asas di rumah.

Baru-baru ini, tular sebuah video memperlihatkan seorang lelaki berpakaian putih sedang memberi bantuan kepada golongan susah di tepi jalan.

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah tindakan lelaki berkenaan didakwa seperti sedang memberi ‘tazkirah’ dengan cara yang agak kasar kepada golongan tersebut sebelum menghulurkan bantuan.

Beri ‘tazkirah’ dengan cara k4sar

Bukan setakat itu sahaja, beliau turut bertanyakan soalan seperti berapa rukun iman, niat solat fardu Maghrib dan sebagainya.

Video berdurasi 1 minit itu telah dikongsi oleh saudara @NazrudinRahman menerusi akaun Twitter miliknya.

Namun, tular dalam Twitter milik akaun @NazrudinRahman yang memuatnaik satu video durasi 1 minit 50 saat dengan kapsyen:

“Aku jijik dengan keangkuhan, terutama dari golongan ‘terpelajar’. Orang tengah kebulur, dia boleh bagi syarat kena solat? Kena jawab quiz agama sebelum mendapat bantuan? This is wrong. So so wrong astaghfirullah. Dimana hilangnya ikhlas dan perikemanusiaan?

Jom Lihat Video Dibawah:

Jom lihat apa kata netizen:

“Kita huznuzon, mungkin mereka x dtg solat kat sejid. Ustaz selalu nampak mereka melalaikan solat, mungkin dah ditegur banyak kali oleh jemaah surau tapi tak diendahkan. Mungkin dengan cara ini semua orang dapat hidayah. Kita doakan saja baik2. Untuk ustaz dgn untuk mereka yg lain”

“Time macam ni baru nampak macam mana geng2 ni layan orang Yang seagama dengan dia. Orang tengah susah bagai. Datang bagi takzirah pulak. Rasa malu betul tengok keadaan macam ni. Boleh tak paling kurang dia Cuba jadi manusia?. Panas pulak tengok video ni.”

“dia tanya benda senang je. sepatutnya dijawab dgn yakin. tapi perlu ke buat masa2 pandemik ni. nak bagi bantuan tu biar lah cepat2 kan settle. ini dah la tanya depan org ramai. berkumpul pulak dkt situ.”

Walau apa pun, tindakan lelaki ini seharusnya dinilai pada aspek positif dan masyarakat seharus nya mendoakan kebaikan.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *