Uncategorized

Wanita bawa ibu mengadu dik0mpaun RM4K. Sekali teruk dibahan netizen

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang dikuatkuasa kerajaan di beberapa kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telahpun bermula sejak 3 Julai lalu.

Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sama seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 awal tahu lalu dimana hanya satu orang sahaja daripada isi rumah dibenarkan mencari keperluan harian.

Patutnya sedia maklum

Pergerakan juga tidak dibenarkan melebihi 10km serta satu kenderaan hanya boleh dinaiki 1 orang sahaja.

Namun begitu, tular di media sosial apabila seorang wanita ‘meradang’ setelah dikompaun sebanyak RM4,000 disebabkan pergi berbelanja di pasaraya.

Semata-mata beli rempah

Menurutnya, dia terpaksa membawa ibunya pergi mencari rempah ratus di sebuah pasaraya. Jadi, dia membawa ibunya sekali di dalam kereta sehingga dikompaun sebanyak Rm2,000 setiap seorang.

Tambahnya, dia bukan dikompaun di sekatan jalan raya, tetapi di tempat parking pasaraya berkenaan.

Ni kan salah sendiri

Walau bagaimanapun, rungutannya itu mendapat respon yang berbeza daripada jangkaan. Ramai yang mentertawakannya dan menyalahkan wanita itu kembali kerana melanggar SOP yang terang-terang sudah dinyatakan.

Dapat dilihat pengguna Facebook itu ‘tidak menang tangan’ melayan setiap komen dengan mempertahankan tindakannya membawa ibu untuk memberi rempat di pasaraya berkenaan.

Cukup2 la wayang Padanlah dengan muka

Boleh je kan order online Kenapa mesti nak kena bawa ibu?

Sendiri yang kena balik ke sis?


Dah2 la raih simpati Dah jelas kata SOP boleh 1 orang sahaja

Sumber: Facebook Gayanthri Moorthi

PKPD Selangor, KL: Apa yang boleh, apa yang tak boleh

Berikut beberapa ketetapan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa mukim dan lokaliti di Selangor dan Kuala Lumpur, berdasarkan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.

Semua penduduk dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang sahaja wakil isi rumah, hanya untuk keluar membeli keperluan asas di kawasan

PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.

KKM akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar terhadap semua penduduk di kawasan terlibat.

Pergerakan rentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran temu janji di MySejahtera, laman sesawang atau SMS.

Lapangan terbang dan Pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (kereta api, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50 peratus.

Bilangan penumpang dalam teksi dan kenderaan e-hailing dihadkan dua orang sahaja termasuk pemandu.

Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam lapan malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran polis.

Hanya sektor perkhidmatan perlu dibenarkan untuk beroperasi dari lapan pagi hingga lapan malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.

Kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih , gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.

Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.

Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah.

Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat Miti yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk dibenarkan beroperasi antara lapan pagi hingga lapan malam.

Pembelian makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja dibenarkan.
Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi antara lapan pagi hingga lapan malam.

Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.

Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi antara lapan pagi hingga lapan malam.

Stesen minyak dibenarkan beroperasi antara enam pagi hingga lapan malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.

Pasar borong dibenarkan beroperasi bermula 12 tengah malam hingga enam pagi.

Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) dan MyFarm Outlet (MFO) dibenarkan beroperasi bermula enam pagi hingga dua petang.

Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan.

Kebenaran dan SOP seperti yang dinyatakan di atas merupakan sebahagian daripada SOP penuh.

SOP ini terpakai bagi pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan lokaliti-lokaliti di WP Kuala Lumpur. Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di https://www.mkn.gov.my.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *