Amalan

Zulkiflie enggan minta bantuan lagi, akan derma sedikit barangan. Ini sebabnya

JOHOR BAHRU- “Saya tidak minta sumbangan lagi sebaliknya akan berusaha untuk mencari pekerjaan demi menyara keluarga,” kata Zulkiflie Samsudin, 39, dari Taman Pulai Indah Kangkar Pulai.

Zulkiflie mencuri tumpuan ramai, selepas gambar bendera putih di rumahnya tular sejak Isnin menyebabkan bantuan diterima mencurah-curah daripada pelbagai pihak dan orang perseorangan.

Katanya, dia menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29, yang sarat mengandung anak ketiga yang bakal lahir September depan.

Selain itu, dia mempunyai anak perempuan yang berstatus orang kelainan upaya (OKU), Putri Nur Zahirah, 9, dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun.

“Selepas dengar pengumuman Sekatan Pergerakan Penuh (PKP) akan disambung pada petang Isnin, saya bertanya mengapa disambung lagi sedangkan saya perlukan duit, mahu bayar ansuran kereta, bil api dan air.

Antara sumbangan makanan asas yang diterima Zulkiflie.

“Susu anak dan lampin pakai buang anak sudah habis, sebab duit simpanan sudah digunakan untuk modal bagi saya melakukan kerja sampingan berkaitan kimpalan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Zulkiflie yang bekerja sebagai jurukimpal memberitahu, dia kehilangan punca pendapatan sejak pand.emik C0vid-19 dan bergantung dengan kerja-kerja sampingan yang dilakukannya.

Sumbangan lebih dari cukup, derma sedikit

“Saya menerima pelbagai jenis bantuan makanan kering termasuk beras dan minyak, jadi saya berhasrat untuk menderma sedikit barangan kepada golongan memerlukan.

“Saya berterima kasih kepada semua penyumbang yang sanggup ke rumah kami tanpa mengira bangsa serta memberi kata semangat supaya saya lebih tabah menempuhi keadaan ini,” katanya.

Barang sumbangan yang diterima Zulkiflie tular di media sosial.

Menurutnya, dia tidak menafikan keluarganya dikec4m segelintir pihak yang memberi pelbagai t0hmahan tidak berasas.

“Saya terdesak, jika saya menipu ia adalah antara saya dan tuhan, memang saya tidak mampu. Saya rela bertemu dengan sesiapa saja yang ingin mendapatkan penjelasan berkaitan tindakan menaikkan bendera putih.

“Bendera putih yang dinaikkan sejak petang Isnin lalu sudah pun diturunkan pada hari yang sama,” katanya.

Seorang Ustaz Telah Memberi Penerangan Tentang Salah Ke Naikkan Bendera Putih? “Ia dikira Sebagai kebajikan..”

Kebelakangan, kec0h di serata media sosial tentang inisiatif menaikkan atau mengibarkan bendera putih sebagai tanda meminta bantuan.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang menegah perbuatan menggunakan bendera putih untuk meminta bantuan dan menasihati rakyat sepatutnya mengangkat tangan berdoa kerana doa merupakan bendera kekuatan dalam ujian kehidupan.

Bagi menjawab isu tersebut, seorang pend@kw4h yang juga merupakan guru pondok Ustaz Muhaizad Muhammad memberi pencerahan berkenaan segala persoalan tentang ‘bendera putih’.

“Baguslah kibar bendera putih minta bantuan, galakkan orang buat kebajikan”

“Kibarkan bendera putih itu atas nama nak minta bantuan baguslah. Maka sebab itu orang datang tolong. Baguslah. Jadi perbuatan ini dikira sebagai kebajikan. Orang nak buat kebajikan, orang nak bagi pertolongan mudah,” jelasnya.
Menurut Ustaz Muhaizad perbuatan tidak salah kerana ia memudahkan orang lain untuk melakukan kebajikan.

Selain itu, dia turut menyentuh tentang perasaan individu memerlukan bantuan yang mana kadangkala mereka malu untuk meminta. Jadi, bendera putih merupakan satu inisiatif terbaik buat mereka.

“Kadang-kadang ada orang malu lebih-lebih lagi sekarang ni musim orang bunvh diri sebab lapar, dengan sebab tak boleh makan, dengan sebab tert3k4n bunvh diri,” tambahnya lagi.
Kesal terhadap segelintir pihak yang pandang serong
Bukan itu sahaja, Ustaz Muhaizad meluahkan rasa kes4l apabila ada segelintir pihak yang memandang neg@t1f terhadap perbuatan yang boleh menggalakkan manusia berbuat baik ini.

“Tapi manusia ni tak tahulah. Dalam suasana orang nak buat baik, ada orang pandang t4k baik pula. Pandang t4k baik kata ada makna di sebalik dia lah, bendera lah, apa lah. Sekarang ni tak payah fikir niat orang lah.
“Yang penting berzikir dengan Allah Taala. Nak m4ti pun kita bersama Allah insyaAllah. Betul ke macam tu? Cuba tengok kalau awak lapar nanti macam mana. Mesti cari di rumah orang juga. Yang cakap tu perut kenyang,” katanya.

Kesimpulannya, perbuatan menaikkan atau mengibarkan bendera putih bukanlah 1 kesal4h4n. Sebaliknya, ia sebagai inisiatif selepas berdoa yang mana seseorang perlu berusaha untuk mendapat bantuan kemudian barulah bertawakkal kepada Allah.

Tambahnya lagi, individu yang berpendapat neg4tif terbabit tidak merasai kesus4h4n, oleh itu mudahlah bagi mereka untuk berkata sebegitu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Ustaz Muhaizad. Dalam pada itu, mereka turut menyuarakan perasaan tid4k puas hati terhadap pihak yang memandang serong berkenaan usaha tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *