Hiburan

Baru je kahwin dah ramai tye pasal baby, sekali Caprice terus tarik tangan isteri buat ramai berdekah

SEJAK mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis atau Elis dua minggu lalu, nama Caprice kembali menjadi tumpuan ramai.

Bukan sahaja Caprice, bahkan Elis dan anaknya, Aleesya Sofea juga turut terkena percikan populariti tersebut.

Selain soalan tentang pengalaman menjadi bapa ‘segera’, dia turut dihujani pelbagai pertanyaan mengenai perancangan untuk menimang anak.

“Ini antara soalan paling banyak saya terima dan jika nak tahu, tanyalah pada Elis,” katanya yang menjawab soalan peminat dalam Instagram baru-baru ini.

Jawab Elis: “Mungkin setahun atau dua tahun lagi.”

Nampaknya peminat pula yang tidak sabar untuk melihat Caprice ‘junior’ ya.

Sabar ya semua, katanya, sekarang nak bina semula bisnes yang sedikit ‘jatuh’ selepas dia pulang dari Amman, Jordan baru-baru ini.

“Ramai betul nak baby”

Dalam pada itu, Elis ada membuat rakaman video menjawab pertanyaan netizan berkenaan anak, tanpa mengulas panjang, Caprice di lihat terus menarik tangan isteri beliau

Dalam pada itu, rata-rata follower Caprice terhibur dengan telatah pengantin baru tersebut

Baru 5 Hari Kahwin, Caprice Sedih Lihat Isteri Menangis Anak Dikec4m

Sejak bergelar suami dan bapa, penyanyi rap Caprice tidak lokek berkongsikan video dan gambar bersama isteri dan anak tirinya, Alesya Sofea.

Rata-rata netizen memuji Caprice yang dilihat mempunyai hubungan akrab dengan anak tirinya dan siapa sangka penyanyi itu sangat penyayang dengan kanak-kanak.

Terbaru, Caprice meluahkan rasa susah hati apabila melihat isterinya menangis berikutan ramai mengec4m anak tirinya menerusi video baru-baru ini dimana kanak-kanak itu duduk di bahu.

Caprice berkata isterinya selalu menegur Alesya jika dia mula bertindak lebih dari kawalan, namun Caprice berkata dia sendiri yang membiarkan kerana sedar bahawa anak tirinya itu masih kanak-kanak lagi.

Bagaimanapun, Caprice memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan video tersebut kerana dia hanya mahu anaknya itu membesar seperti kanak-kanak lain.

Dalam pada itu, Caprice menegaskan netizen boleh berkata apa sahaja tentang dirinya dan isteri namun tidak pada anak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *