Hiburan

“Menangis bapa kau tengok ni…” – Tvlar gambar Syafi Tee mesra peluk ‘wanita’. Ini status sebenar wanita tersebut

Tindakan pelakon baharu, Syafi Tee memeluk seorang jurumekap didakwa mak nyah atau ‘transgender’ mengundang perhatian dalam kalangan netizen di aplikasi TikTok.

Jurumekap yang dikenali sebagai Evfa Aziz itu memuat naik satu video memaparkan dirinya memeluk sebelum mencium pipi Syafi dipercayai pada hari terakhir penggambaran sebuah telefilem.

“Di sebalik tabir, selesai hari terakhir Syafi Tee. Jumpa lagi beb, jaga diri,” tulis jurusolek berkenaan.

Video berdurasi 16 saat tersebut memperlihatkan pelakon berusia 28 tahun itu mengenakan separuh pakaian perlindungan diri (PPE) dimana bahagian tangan diikat ke belakang jurusolek terbabit sekali gus berpelukan antara satu sama lain.

Meskipun dipercayai bergurau, namun tindakan pelakon drama Misteri Mona itu ditegur netizen apatah lagi membawa imej sebagai anak kepada pendakwah bebas dan ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memikirkan reaksi Dr Mohd Ridhuan sekiranya melihat video anaknya ‘bermesra’ sedemikian walaupun antara sama jantina.

Bapa dia pernah cakap…

Dengan lelaki tu sis


Dah kenapa berpeluk cium pulak? Bukan main ye!

\

Sehingga kini, video tersebut sudah ditonton hampir 200,000 kali dan menerima 6212 tanda suka. Malah berdasarkan laporan media sebelum ini, pelakon yang bakatnya digilap melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 itu berjanji menjaga nama keluarga dalam mengejar impian sebagai anak seni.

“Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga,”

Restu ayah menjadi pegangan Syafi Tee, 28, dalam mengharungi cabaran dunia seni.

Anak kepada pendakwah bebas dan ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ini beruntung kerana ayah yang dipanggil Papa, faham selok-belok dunia seni serta cabaran ditempuhi.

“Papa tahu dunia penggambaran dan kerja seni. Papa juga selalu berada di depan kamera dan bekerja bersama kru.

“Papa sudah ‘masak’ dengan dunia ini. Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga,” katanya kepada BH Online.

Syafi yang digilap bakat melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 menganggap cabaran dan ujian ada dalam setiap bidang pekerjaan.

“Cabaran dan ujian itu ada di mana-mana. Saya yang masih hijau ini kena sentiasa kuat.

“Semua nasihat Papa dan keluarga amat penting. Saya harap terus istiqamah dengan prinsip dan cara begini,” kata anak kedua daripada enam beradik ini.

Antara pesanan Papa, kata Syafi, adalah soal menjaga batas bukan muhrim ketika berlakon.

“Saya letak piawaian sendiri iaitu tiada adegan bersentuhan. Kalau ada sekalipun, mesti berlapik.

“Papa selalu ingatkan perkara itu. Pulang ke rumah, Papa pasti tegur dan nasihat supaya saya tidak buat perkara bukan-bukan di set penggambaran,” katanya.

Syafi berkata, jika tidak selesa dengan mana-mana adegan, dia berbincang dengan pengarah untuk mencari alternatif lain termasuk sudut kamera ketika penggambaran.

Tambah Syafi, dia tidak pernah menyembunyikan status diri sebagai anak pendakwah terkenal sejak mula terjun ke dalam dunia seni.

“Dalam kalangan kru dan pelakon, mereka tahu saya anak siapa. Saat mula perkenalkan diri, mereka sudah dapat mengagak,” katanya.

Mengimbau perjalanan seninya, Syafi atau nama penuh, Mohd Syafi berkata, pada mulanya dia mahu mencari karier yang mempunyai waktu kerja anjal.

“Ketika itu, saya dalam proses menamatkan pengajian dalam bidang teknologi pembuatan di sebuah institusi pengajian tinggi.

“Jadi, saya cuba isi masa lapang dengan mencari kerja. Tidak terlintas menjadi pelakon dan penyertaan dalam DFKL 2019 membuka ruang saya,” katanya.

Syafi mengaku seronok menimba pengalaman menjadi pelakon.

“Cuma sejak pandemik COVID-19 menular, kerja lakonan tertunda dan bersambung apabila keadaan terkawal.

“Ketika fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya sedang menjalani penggambaran drama Dear Cinta,” katanya yang sempat menyertai misi bantuan banjir bersama Youth Care di Segamat, Johor, baru-baru ini.

Sejak dua tahun bergelar pelakon, Syafi membintangi beberapa drama terbitan TV3 seperti Ironi Kasih, Tuan Danial, So Kampung, Tragedi Balik Kampung dan terbaru, Hadiah Dari Tuhan.

Biodata

Nama sebenarnya, Mohd Syafi bin Mohd Ridhuan Tee.

Menggunakan nama komersial, Syafi Tee.

Berumur 27 tahun (2020).

Berkelulusan Ijazah Sarjana Pembuatan Teknologi Kejuruteraan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon sejak tahun 2019.

Bakatnya dicungkil daripada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019.

Pernah membintangi drama bersiri Tuan Danial dan telefilem #SoKampung. Terkini beliau memegang peranan dalam siri TV, Pink Smile.

Laman sosial Instagramnya atas nama @syafitee sehingga kini mencatatkan lebih 57,000 pengikut.

Fakta Menarik

Merupakan anak kepada pendakwah dan tokoh akademik terkenal negara, Mohd Ridhuan Tee Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ridhuan Tee.

Mempunyai lima orang adik-beradik.

Terkenal kerana memiliki wajah persis pemuda cina – ‘chinese look’.

Sumber: TikTok @evfa79

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *