Amalan

Pemilik resit sotong goreng RM100 mohon maaf kepada Hameediyah. Rupanya ada salah faham

GEORGE TOWN – Pengusaha restoran nasi kandar Hameediyah mendakwa pemilik resit asal resit hidangan dua ekor sotong goreng bernilai RM100 mohon maaf kepada mereka menerusi mesej di aplikasi WhatsApp hari ini.

Pengarah Restoran Hameediyah Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, 30, berkata, wanita berkenaan turut menafikan dirinya yang mempertikaikan harga hidangan sotong goreng ‘apollo’ itu dengan memuat naik mesej di media sosial.

Katanya, pelanggan itu mendakwa ada pihak lain menyunting gambar yang dimuat naiknya di Instagram dengan kapsyen tertentu.

“Pelanggan tersebut mesej saya sebentar tadi untuk beri penjelasan sebenar, selain mengaku tahu akan harga hidangan sotong goreng ‘apollo’ itu.

“Selain itu, individu berkenaan turut meminta saya untuk memuat naik perbualan mohon maaf ini agar orang ramai dapat penjelasan sebenar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Muhammad Riyaaz, dia menerima permohonan maaf pelanggan tersebut memandangkan individu itu tidak berniat untuk menjatuhkan reputasi restorannya.

“Bagaimanapun, saya bercadang untuk membuat laporan berhubung isu ini agar pihak polis dapat menjalankan siasatan mengenal pasti individu yang sengaja mencetuskan isu harga hidangan di restoran nasi kandar ini,” katanya

“Saya owner gambar resit berkenaan dengan restoran *HAMEEDIYAH* ingin memohon maaf diatas kesalah fahaman yang berlaku ini .

“Pada jam lebih kurang 5petang ( 23/11/2021 ) , saya pergi ke restoran berkenaan untuk membeli makanan , saya dan pasangan telah mengambil 2 ekor sotong goreng apollo yang berharga RM50 seekor

“Saya juga melihat owner restoran key in harga tersebut , dan saya tidak membantah untuk harga tersebut kerana sebelum ini saya juga pernah pergi ke restoran yang sama dan order makanan yang sama , jadi saya tahu dengan harga makanan berkenaan kerana sama dengan sebelum ini .

ADA PIHAK YANG MANUPULASI DARI GAMBAR RESIT

“Saya hanya upload di IG Story , dan tidak meletakkan caption mahal atau sebagainya . Tetapi ada pihak yang ” screenshot ” posting berkenaan dan memuat naik di laman facebook beliau serta tag lebih kurang 70orang dengan caption ”

“Hati hati kawan2..yg mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga 2 ekor sotong boleh cecah smpai Rm100. ”

“Posting berkenaan telah viral selepas beliau muat naik dengan caption sebegitu . Disini saya ingin jelaskan bahawa harga berkenaan memang harga yang sepatutnya oleh kerana sotong yang kami ambil itu sotong bersaiz besar , dan harga berkenaan tidak mahal kerana saiznya berbaloi , jadi untuk sesiapa yang telah salah anggap dan mengatakan saya cakap harga itu mahal adalah tidak benar .

“Harga sama dengan sebelum ini saya beli di restoran berkenaan . Saya tidak berniat untuk viralkan posting berkenaan , tetapi ada pihak lain yang telah screenshot dan memuat naik di laman fb dengan caption yang seakan akan ingin mengatakan saya mengadu tentang harga berkenaan .

“Jadi dengan penjelasan ini saya harap orang ramai tidak salah faham lagi di antara harga dengan posting sebenar saya . Saya juga ingin memohon maaf dia atas kesalahan pihak saya , dan orang yang viralkan posting berkenaan , saya harap orang ramai jelas dengan isu ini . Terima Kasih .

Tangkap layar perbualan pemilik resit sotong goreng RM100 memohon maaf kepada pemilik restoran nasi kandar Hameediyah hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *