Amalan

Ramai kec4m pemandu kontena wanita, sekali gadis ni tampil cerita perkara sebenar

Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden melibatkan seorang penunggang motosikal yang hampir digilis sebuah lori kontena di pekarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman di sini pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di stesen minyak berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

“Ketika kejadian, sebuah lori kontena yang dipandu seorang wanita berumur 35 tahun membuat pusingan U di dalam kawasan stesen minyak, sebelum melanggar mangsa yang sedang mengisi angin tayar motosikalnya.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah terjatuh dan hampir digilis lori berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Difahamkan, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun mengalami luka pada tangan dan sakit bahagian kaki serta badan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Pemandu treler wanita buat laporan

Pemandu treler yang dipercayai nyaris menggilis seorang pemuda yang sedang mengisi angin tayar motosikalnya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di sini, petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal, treler berkenaan dipandu seorang wanita berusia 35 tahun.

NETIZEN SALAH KECAM ORANG

Sebelum ini tular di media sosial tentang netizen jumpa siapakah pemandu wanita tersebut. Tidak sampai 24 jam netizen menjumpai pemandu tersebut.

Akan tetapi perkara ini tidak dapat disahkan kerana tiada apa apa kenyataan rasmi dari pihak berkuasa atau pihak pemandu sendiri.

Satu kenyataan dari Facebook Waniey Zulkifli II memberitahu bahawa ibunya dapat banyak soalan dan kecaman kerana dituduh menjadi pemandu kontena di dalam klip video yang viral tersebut.

Tetapi menurut Waniey, memang betul ibunya memandu kontena warna merah tetapi nombor pendaftaran kepala lori berbeza dengan lori kontena yang telah menjadi viral.

Waniey mengharapkan netizen tidak terus bertanyakan soalan atau kecaman kerana ibunya tidak terlibat.

“Assalamualaikum, banyak sangat dapat dm ig dm fb dan ws. Saya just nak inform bukan mak saya yang melanggar mangsa NORTHPORT, mangsa di langgar oleh lori TPC 348.

Dan mak saya TPC 259S, kejadian yang tular keluar di media sosial banyak dapat soalan soalan yang org tanya saya “macam mana mak kau boleh langgar org”

Memang pemandu perempuan tapi bukan mak saya, jangan salah faham yaa. Memang pemandu bertukar lori tapi masa kejadian mangsa mak saya yang tolong.

Harap mana yang tanyakan tentang mak saya tuu korang salah dan silap orang. Saya pun tak nak lebih lebih cuma korang boleh cari abang northport (mangsa dilanggar) tuu untuk beri keterangan sebenar”

Kredit: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *