Hiburan

Ada Komen Cakap Atu Belum Layak Ganti Arwah Abam. Isteri Atu Mohon Warganet Berhenti Menghakimi

Isteri kepada pelawak Atu, Shafeeqa Johari memohon agar warganet berhenti kritik serta menghakimi penglibatan suaminya dalam kumpulan Boro di Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).

Warganet kata Atu tak boleh ganti tempat arwah Abam

Menerusi posting di Instagram, Shafeeqa memuat naik foto tangkap layar mengenai komen netizen yang berpendapat bahawa Atu tidak layak menggantikan tempat arwah Abam untuk beraksi di MLM2021.

Walau bagaimanapun, dia mengatakan bahawa kehadiran suaminya dalam kumpulan Boro bukan untuk menggantikan arwah Abam namun hanya ingin memberi pembaharuan yang baru dalam kumpulan tersebut.

“Mereka hanya membawa pembaharuan bukan untuk menggantikan arwah abam. Nanti bila masuk kumpulan yang sam je orang cakap lawak sama je. Jadi mereka berpisah sementara. Mencari keserasian bersama insan yang lain.”

Tak akan lah arwah pergi, Achey dan Fad terus tak boleh berada dipentas.

Ujarnya lagi, dia percaya bahawa jika bukan suaminya berada di dalam kumpulan berkenaan, warganet tetap akan bercakap perkara yang sama dan mereka sudah mencuba sebaik mungkin. Dalam pada itu, Shafeeqa turut menasihatkan agar jangan terlalu menghakimi mereka dan bila berada di pentas, mereka sama sahaja seperti peserta yang lain.

Pelawak ni jika meninggal baru orang sedar kelebihan pelawak itu yang menghiburkan. Jangan lah terlalu menghakimi mereka sentiasa sama. Pernah juara atau tidak, akan balik kepada asal.

Zero-Bocey dan Boro bukan perkara yang sama. Konten berlainan.

Tegasnya, mungkin disebabkan Fad serta Achey masih lagi bersama dalam satu kumpulan, Atu dikatakan sebagai pengganti arwah Abam. Ketika di pentas Muzikal Lawak Superstar, Atu kelihatan begitu serasi dengan Fad dan mereka mencuba nasib pula dengan membawa masuk Achey untuk menyertai mereka di MLM2021.

Tak salahkan nama kumpulan pun lain. Boro. Konsep pun lain, konten pun sama-sama cari. Jika Atu masih bersama Zero pun netizen akan cakap lawak yang sama je tak ada perubahan sebab ahli yang sama.

Bagi mereka peluang untuk mencari keserasian, mereka juga mencari rezeki.

Berikut luahan penuh Shafeeqa Johari, Isteri Atu di IG

“Askum…
Terbaca sy comment ini… Terima kasih banyak2 ya… moga Allah pelihara kita semua…

“Mereka hanya membawa pembaharuan… bukan untuk menggantikan arwah abam… nnt bila masuk kumpulan yg sama je org cakap lawak sama je… jd mereka berpisah sementara. Mencari keserasian bersama insan lain… xkan lah arwah meninggal, achey dan fad trus x boleh berada dipentas. Sy percaya, jika bukan atu, org akan cakap perkara yg sama… mereka mencuba… kita sedekahkan Alfatihah untuk arwah… pelawak ni jika meninggal baru org sedar kelebihan pelawak itu yg menghiburkan… jangan lah terlalu judge mereka sama sentiasa. Bila berada dipentas baru, level mereka sama je ngan yg lain. Pernah juara atau pon tidak, akan balik back to basic. Macam itu juga lah zaman. Zaman pon ada perubahan kan. Zero-bocey dan boro bukan perkara yg sama. Content berlainan…

“Atu tidak menggantikan abam. Mungkin sbb fad dan achey masih bersama, atu dikatakan menggantikan abam. Atu serasi dgn fad di pentas MLS, jd mereka cuba di pentas maharajalawak bersama achey… x salah kan… nama group pon lain.. BORO…. Konsep mereka pon lain… content pon sama2 cari…

“Jika atu masih bersama zero pon netizens akan cakap lawak yg sama je xde perubahan.. sebab?? Ahli masih yg sama…

Bagi mereka peluang untuk mencari keserasian… mereka juga mencari rezeki…

“Kami masih lagi mengendalikan pengurusan jenazah secara percuma… insyaallah, pengurusan van jenazah dikilang sedang dalam proses pembuatan. Covid ni semua kilang tergendala… kita usaha apa yg mampu..

“Good luck boro. Jika bukan rezekimu di pentas, sy percaya rezeki kamu lebih besar Allah akan beri.

“Siapa kita nk lawan takdir Allah…”

Isteri Atu Dedah Hidup Suami Susah Sejak Kecil, Kagumi Cita-Cita, Rajin Berusaha & Tak Gemar Bermewah

Isteri Atu dedah hidup suami susah sejak kecil malah Shafeeqa Johari juga berasa beruntung dipertemukan jodoh dengan seorang yang cukup rajin berusaha untuk meningkatkan taraf hidup.

Malah menerusi hantaran sebuah perkongsian di akaun Instagramnya, Syafeeqa juga sangat kagumi cita-cita suaminya yang juga seorang anak nelayan.

Sentiasa menjadi pendengar setia suami, setiap apa yang diceritakan bagi Syafeeqa merupakan cita-cita Atu.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga banyak belajar dari suami yang lima tahun lebih muda darinya.

Isteri Atu Dedah Hidup Suami Susah Sejak Kecil

“Insyaallah, saya happy jika suami saya happy. Dia bukan orang senang tapi dia berusaha untuk kehidupan. Banyak yang saya belajar dari Atu walaupun dia 5 tahun lebih muda dari saya.

“Saya kan, suka dengar apa yang suami saya cerita. Setiap apa yang dia ceritakan itu adalah cita-cita dia.

“Tak pernahlah dia cakap teringin nak pakai kereta mewah itu, baju branded ini, kasut mahal itu ini.

“Kadang-kadang apa yang dia pakai mahal tu saya yang belikan dia untuk dia kerja. Tak adalah mahal sampai tak masuk akal tapi reward untuk dia yang penat bekerja.

“Cita-cita anak nelayan, arwah bapa dia gaji awal bulan 150, akhir bulan 15. Kadang-kadang minta advance dengan bos, beras untuk 7 orang anak. Ikan kadang-kadang Atu pergi jual dari rumah ke rumah.

Berbeza Dengan Hidup Isteri
“Berbeza sangat hidup dia dan life saya. Bukan mereka tak pandai, tapi peluang tu tak ada. Nak sambung belajar kan banyak pakai duit. Dia lepas SPM terus nak bekerja.

“Berbeza dengan saya, habis spm ayah suruh ambil kursus perakaunan. Lesen kereta motor saya ada sejak umur sy 17 lagi. Atu tak, semua dia usaha sendiri. Kadang-kadang kagum dengan dia.

Tak Terjangka Rezeki Dalam Bidang Seni

“Dia nak capai tahap tak nak terkesan dengan makluk tu susah sangat. Tapi macam mana dia boleh sabar, apa orang nak cakap tu cakap lah. Dia akan usaha untuk cita-cita dia. Jadi artis bukan cita-cita Atu ya.

“Dia pun tak terjangka yang rezeki nya di pentas seni, tapi cita-cita dia untuk mendalami ilmu Islam itu memang dari saya bercinta lagi dengan dia. Jadi saya tunjuk lah apa yang saya tahu,” kongsi Shafeeqa.

Jangan Jadikan Hutang Satu Keperluan, Biar Hidup Tak Mewah Asal Zero Hutang, Berpadalah!

Kata-Kata Ibarat Satu Doa, Masa Kerja Cat Jalan Hairul Impikan Nak Beli Kereta Sport!

Atu Zero & Pusat Tarbiyah Al Muhajirin Tawar khidmat Pengurusan Jenazah Percuma Buat Fakir Miskin Kudat

Suami Gigih Belajar Mengaji

Malah sikap suami yang sentiasa berusaha dalam setiap aspek juga menjadikan Syafeeqa kagum. Malah Syafeeqa juga yang mengajar suaminya mengaji dan mengenal huruf aliff Ba Ta.

“Ya!!! Saya lah yang ajar dia alif, ba, ta, sampai satu tahap saya minta dia berguru dengan ustaz yang betul-betul. Sebab saya isteri, nak betulkan suami tentang sebutan tu saya sendiri segan.

“Baik berguru kannnnn, kang nanti saya mengajar pegang rotan. Sekarang? Duk pulun ajar sumayyah pula lah… lagi payah rupanya ajar anak ni.

“Insyaallah, saya happy jika suami saya happy, dia bukan org senang tapi dia berusaha untuk kehidupan. Banyak yang saya belajar dari Atu walaupun dia 5 tahun lebih muda dari saya,” luah Syafeeqa.

“Dia Nampak Je ‘Bodoh-Bodoh’ Bila Melawak Tapi…”- PU Rahmat Dedah Atu Zero Suka Menjaga Solat, Netizen Kagum

Pencetus Ummah (PU) Rahmat mendedahkan pelawak Atu Zero seorang yang menjaga solat lima waktu.
Kata PU Rahmat, meskipun Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif ,28, seorang pelawak beliau kagum melihat sikapnya.

“Sahabat saya ini seorang pelawak tetapi selalu saya melihat beliau menjaga solat.

“Saya mendoakan rezekinya mengalir deras seperti sungai. Jom kita belajar menjaga solat.

“Bagaimanapun jangan tag Atu Zero . Kang dia malu-malu,” katanya berseloroh.

Pendakwah bebas itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut beliau turut memuat naik foto Atu yang sedang menunaikan solat.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut memuji dan kagum dengan amalan Atu.

“Dia nampak je “bodoh2” kalau kat atas pentas Maharaja Lawak. Tapi ada satu rancangan TV tu dia ikut mengaji, best bacaan dia. Memang steady bab agama,” komen salah seorang netizen.

“Padan la lawaknya boleh diterima,,,, dia jaga Allah, Allah jaga dia rupanya,” puji salah seorang warga maya.

“Hebatnya beliau.. tak semua mampu jaga solat.. moga kita pon tergolong dalam orang yang jaga solat,” kata salah seorang warga net.

Atu merupakan salah seorang kumpulan Zero yang dianggotai oleh adik beradik lain seperti Syarif dan Syaiful.

Sumber : shafeeqa_johari, mingguanwanita, astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.