Hiburan

“Allah Pinjamkan Mertua Sangat Baik, Terima Kekurangan, Menumpang Kasih” Jasmin Hamid Lahir Rasa Bersyukur

Jasmin Hamid bersyukur “Allah… pinjamkan mertua sangat baik, terima kekurangan, menumpang kasih” sememangnya cukup terharu apabila dikurniakan ibu dan ayah mentua yang sangat baik.

Begitu jugalah perasaan pengantin baru yang juga pelakon Jasmin Hamid yang berasa sangat terharu dan bersyukur Allah SWT mengurniakan ibu dan ayah mentua yang sangat baik buat dirinya.

Pada 19 November yang lalu Jasmin Hamid, 47, yang juga ibu tunggal selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Nazmir Abd Rahim, 35, juga pembantu peribadinya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Jasmin Hamid Bersyukur

Seperti mana perkongsian di akaun Instagramnya, Jasmin akui dirinya kini berasa sangat bersyukur dan bahagia.

“Masyaallah…

“Syukur alhamdulillah kepada ALLAH SWT..

“Saya di kurniakan keluarga En Suami untuk kami menjalinkan silaturrahim antara dua keluarga..

“Pinjamkan saya Ibu bapa Mertua yang sangat baik dan terima kekurangan saya, untuk saya menumpang kasih..

“Walaupun hanya majlis kecil untuk bersua kenal antara dua keluarga,kami amat bersyukur dan bahagia. Terima Kasih kepada keluarga En Suami di atas penat lelah dan layanan istimewa untuk meraikan kami. Terima Kasih ALLAH kerana permudahkan urusan kami untuk mendapat pahala dan redhaNya,” tulis Jasmin.

12 Tahun Jarak Umur

Walaupun Jasmin dan suami jarak usia mereka 12 tahun namun itu tidak bermakna mereka tidak boleh bahagia. Perkongsian terbaru, Jasmin juga bersyukur kerana dia dan suami saling melengkapi.

“Dah seminggu kami menjadi suami isteri..begitu cepat masa berlalu.

“Walaupun 12 tahun jarak umur antara kami tapi ini tak bermakna,kami tidak berhak untuk bahagia.. mendapat pahala dan redhaNya.

“Kami terima kekurangan masing-masing untuk saling melengkapi.

“Jangan takut dengan REZEKI ALLAH kerana tidak akan putus rezeki selagi bernyawa. Yang penting, doa, ikhtiar dan tawakal dan terus meminta hanya padaNya,” luah Jasmin.

“Terima Kasih Suami Menerima Anak-Anak & Cucu”

Rezeki yang Allah berikan kepada dirinya cukup bermakna. Malah dia juga berasa bersyukur kerana suami sanggaup menerima anak-anak dan cucunya.

“Terima Kasih En Suami kerana terima anak-anak dan cucuku seadanya. Terima Kasih juga buat anak-anak dan cucuku kerana terima En Suami seadanya.

“Ini juga adalah salah satu bentuk REZEKI ALLAH kerana di kurniakan seorang KHALIFA untuk membimbing seorang Ibu tunggal dan anak cucunya.

“Semoga kita menjadi sebuah keluarga Sakinah Madaddah Warahmah. Terima kekurangan masing-masing untuk saling melengkapi,” coret Jasmin yang membuatkan ramai peminat terharu dan tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh Jasmin.

“Inilah Saat Yang Saya Rindukan” Pesan Jasmin Hamid Selagi Ada PINTU SYURGA Jagalah Sampai Akhir Hayat Mereka

“Tak Mudah Untuk Anak Teruna Terima Saya, Tak Tahu Boleh Bagi Zuriat Lagi Atau Tidak”

Hampir lapan tahun bergelar pembantu peribadinya, Jasmin berkata semuanya bermula apabila suaminya, Nazmir Abd Rahim, 35 tahun, yang mahu menjaganya lebih daripada seorang pengurus.

“Kami tak pernah bercinta, orang kata bercinta lepas kahwin saja. Lagi pun dia dah jaga saya selama lapan tahun sebagai PA, dia tahu baik dan buruk saya.

“Dia kata daripada saya jaga akak ni sebagai artis, baik saya jaga secara halal. Dia panggil kakak tau sebab kita awalnya macam adik dan kakak.

“Its not easy for me. Sebab sebelum ni saya tidur sendiri sekarang saya kena share everything. Dia tahu saya ni macam harimau, jadi dia je dapat jinakkan saya,” katanya.

Hanya meminta sepersalinan alat solat sebagai hantaran, Jasmin berkata dia tidak mahu membebankan suami sebaliknya mahu memudahkan segala urusan.

“Orang kata ukur baju di badan sendiri, say tahu kerja dia sebagai apa. Kalau dia nak ke level saya memang susah la untuk dia.

“Rezeki di tangan Allah, dia pun bukan datagn daripada keluarga kaya. Malah kalau dia kaya sekalipun saya akan tetap minta itu juga,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmin meluahkan rasa syukur anak-anaknya dapat menerima kehadiran orang baru dalam keluarga namun akui bukan mudah kerana tidak pasti sama ada dia boleh berikan zuriat lagi atau tidak.

“Sampai sekarang saya tak percaya ni, aku tengok muka dia, dia tengok muka aku, lepas tu tanya betul ke ni?

“Its not easy untuk anak teruma terima saya, yang tak tahu sama ada boleh berikan zuriat lagi atau tidak,” katanya.

Mingguan Wanita : Tahniah diucapkan buat Jasmin dan suami. Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke jannah.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Jasmin Hamid, https://www.mingguanwanita.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.