Amalan

Cik Epal & Suami Hidang Makanan Utk Mngsa Banjir, Makanan Yg Mereka Beri Tu Memang Kelas Mahal

Umum mengetahui sejak Sabtu lalu negara dikejutkan dengan musibah banjir sehingga ramai mangsa terjejas kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan kemalangan jiwa.

Namun, disaat genting itu rata-rata rakyat Malaysia bersatu padu membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ditanggung mangsa.

Termasuklah, pasangan suami isteri selebriti media sosial iaitu Cik Epal dan Jofliam yang menyumbang keperluan penting buat penduduk terjejas.

Buka Khemah Masak Piza

Bukan sahaja telah membeli bot, mengerahkan tenaga dan menyalurkan kelengkapan, pasangan suami isteri ni juga telah mendirikan khemah di sebuah Pusat Penempatan Sementara (PPS) mangsa banjir bagi menyediakan menu piza kepada mereka

Bukan itu sahaja, pasangan itu juga turut menyediakan kemudahan bot serta membawa beberapa kenderaan lasak bagi memudahkan misi bantuan di lokasi terjejas.

Lebih mengejutkan, pasangan itu juga tidak berkira menyediakan piza daging wagyu buat mangsa banjir sedangkan semua tahu bahan mentah tersebut sememangnya sangat mahal.

“Wagyu pizza untuk mangsa banjir. Bila tengah bagi pizza ada adik ni cakap “Murah rezeki akak”. Rasa sebak pulak dengar”

Kata usahawan itu sendiri, dia merasakan tidak membazir menghabiskan sejumlah besar kos untuk membantu mangsa yang terjejas akibat banjir.

Diruangan komen rata-rata netizen mengagumi sikap pemurah pasangan itu yang tidak lokek untuk membantu mereka yang memerlukan serta mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki.

Kata netizen lagi, mereka turut rasa seronok apabila melihat mangsa yang terlibat banjir gembira menikmati hidangan tersebut.

Ramai Terharu Dengan Cik Epal & Jofliam

Hantaran tersebut turut ditangkap layar oleh pengguna laman Twitter yang dikongsi semula menerusi akaunnya yang kini telah tular. Ciapan yang telah mendapat lebih dari 8 ribu tanda suka itu (ketika artikel ini ditulis) mencetuskan rasa terharu dikalangan netizen atas sikap dermawan Cik Epal dan Jofliam.

Lebih mengharukan, dalam sebuah hantaran Cik Epal turut memberitahu kenderaan pelbagai guna, ATV milik mereka telah rosak ketika berada dalam misi memberi bantuan. Namun, menurutnya perihal tersebut tidak penting ketika itu kerana ingin mengutamakan bantuan yang perlu disalurkan,selamat tiba kepada mangsa-mangsa banjir.

“Jalan memang teruk dan berselut.Kereta pon tak boleh masuk nanti sangkut.

“Sampai ATV kitorang pon berasap.Tapi kitorang kezzahh (tidak kisar) kan je.Balik nanti ATV boleh repair.Janji bantuan sampai ke rumah depa yang terputus jalan ini” kongsi Cik Epal

Rata-rata pengikut pasangan ini mengucapkan terima kasih atas kesudian dalam memberikan pertolongan selain mendoakan mereka terus dimurahkan rezeki.

sumber: murai

Leave a Reply

Your email address will not be published.