Hiburan

Dakwa dapat mimpi, ini yang bapa mahu lakukan kepada kvbur Vanessa Angel

BAPA kepada Vanessa Angel iaitu Doddy Sudrajat berhasrat memindahkan kubur anaknya ke dalam satu liang lahat arwah ibunya, Lucy Maywati.

Memetik laporan Liputan6, Doddy mendedahkan bahawa dia mahu berbuat demikian setelah bermimpi bertemu dengan anaknya.

“Dalam mimpi tersebut, Vanessa memberitahu dia mahu dikebumikan dalam kubur yang sama dengan ibunya. Permintaan Vanessa memang begitu dan saya sudah sampaikan kepada Bang Milano.

“Dari dahulu lagi saya mahu Vanessa dikebumikan bersama ibunya, apatah lagi bermimpi tentang perkara itu, katanya.

Namun pada masa itu Doddy hanya boleh menerima bahawa anak perempuannya telah dikebumikan bersama suaminya, Febry Andriansyah, di TPU Islam Malaka, Swadarma, Ulujami, Jakarta Selatan.

Satu lagi faktor kenapa Doddy mahu memindahkan kubur Vanessa adalah kerana kedudukan tanah perkuburan yang berada di tepi jalan raya.

“Sebab apa saya mahu pindahkan Vanessa dari kuburnya ialah kerana kedudukannya yang berada di tepi jalan raya. Jadi saya risau kalau kuburnya akan dialihkan jika jalan itu dilebarkan.

“Itu juga merupakan salah satu sebab saya mahu memindahkan Vanessa ke liang yang sama dengan ibunya,” katanya.

Doddy (kiri) bermimpi bertemu dengan Vanessa.

Tak benar peti jenzah dibuka untuk tatapan adik buat kali terakhir, Bapa arwah Vanessa Angel jelaskan kenapa

BAPA kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Doddy Sudrajat mengakui tidak membenarkan peti jen4zah aktres itu dibuka untuk tatapan adiknya buat kali terakhir pada Jumaat lalu.

Menurut Doddy, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pendapat majoriti ahli keluarga lain.

“Pihak keluarga dan saya khususnya memutuskan peti jen4zah Vanessa Angel tidak dibuka,” ujarnya seperti dipetik Kompas pada Rabu.

Keputusan itu dibuat secara muktamad malah tidak membenarkan adik Vanessa iaitu Mayang yang merayu melihat wajah kakaknya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Jen4zah Vanessa dikebumikan di TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

“Mayang minta peti jen4zah dibuka untuk cium dan peluk buat kali terakhir sebelum disemadikan, saya tidak benarkan.

“Mayang sangat sedih dan rasa kehilangan… saya hanya minta dia kirimkan doa dan ikhlaskan pemergian kakaknya,” ujar Doddy.

Mayang adik yang paling rapat dengan Allahyarham dan tidak dapat menahan kesedihan tersebut sehingga jatuh sakit.

“Mayang sangat sedih ditinggal kakaknya, setahun terakhir ini hubungan mereka sangat rapat,” ujarnya.

Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kem4langan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jen4zah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

Did4kwa Cuba B0lot H4rta Anak, Rakan Artis Bongk4r Rupanya Bvkan Bapa Kandung?

Belum cukup sebulan pemergian artis terkenal Vanessa Angel dan suami Bibi Ardiansyah dalam satu nahas jalan raya, namun pertelingkahan antara dua keluarga suami isteri berkenaan semakin buruk. Semuanya berpunca daripada bapa kepada selebriti wanita berkenaan, Doddy Sudrajat yang didakwa tidak berpuas hati soal harta peninggalan.

Dua keluarga turun naik mahkamah isu penjagaan Gala Sky…Turut bahas soal wang insurans

Kini, kedua-dua belah keluarga sedang melalui perbicaraan di mahkamah berhubung isu penjagaan anak kepada pasangan tersebut iaitu Gala Sky Adriansyah. Bukan itu sahaja, Doddy juga turut membawa soal masalah wang insurans yang ditinggalkan Allahyarhamah Vanessa.

Netizen korek semula gambar lama Doddy, tak sama dengan foto mak ayah Vanessa waktu muda

Susulan kisah mereka yang semakin hangat diperkatakan, tiba-tiba sahaja netizen bertindak mengorek semula gambar lama milik artis berkenaan. Walau bagaimanapun, mereka curiga apabila melihat foto ibu dan ayah yang dimuat naik Vanessa cukup lain dengan wajah Doddy ketika masih muda.

Ibu Vanessa nikah dengan Doddy dan hamil Mayang iaitu si adik

Terbaru semalam kecoh apabila rakan artis iaitu Nikita Mirzani membongkar cerita sebenar kononnya Doddy itu bukanlah bapa kandung kepada Vanessa sebaliknya cuma ayah tiri. Khabar tersebut yang dimuat naik menerusi IG Story itu katanya diperoleh daripada pemberitahuan salah seorang rakan lama Allahyarhamah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published.