Amalan

Ditvduh J4hil Sambut Krismas, Ini Jawapan ‘Standard’ Damian V.E Berikan Kepada Netizen

Tahun ini Krismas telah jatuh pada 25 December 2021. Sebagai rakyat Malaysia atau dikenali sebagai keluarga Malaysia, seluruh rakyat turut menyambut dan meraikan perayaan ini.

Baru-baru ini komposer, penerbit lagu dan salah seorang anggota kumpulan V.E, Damian Mikhail Seet telah memuat naik satu perkongsian di halaman Instagram miliknya sebagai tanda meraikan perayaan Krismas.

Dalam perkongsian tersebut, dia telah membuat ucapan Selamat Hari Krismas kepada peminatnya bersama dengan isteri dan anak-anaknya.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari pada golongan netizen. Ada yang mempersoalkan perayaan yang disambut oleh Damian, dan ada juga bersetuju bahawa perayaan tersebut kerana beranggapan perayaan tersebut untuk meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Harap – harap sedarlah dari k3jahilan dan bawak bert4ubat

…syukur dilahirkan di Sabah, tak adalah kami ini j4hil sangat hendak bezakan antara kepercayaan, amalan dan budaya orang lain.

Beberapa komen negatif dari netizen telah mendapat respon dari Damian. Damian telah membid4s tegur4n tersebut dengan menyatakan bahawa dalam kalangan keluarganya ramai yang bukan Isl4m dan keluarganya merayakan semua perayaan di Malaysia dan sambutan ini merupakan cara untuk mendekati orang yang belum Musl1m.

Kejah1lan yang paling p4rah adalah kej4hilan h4ti suka cari salah orang lain tanpa usul periksa dan ego rasa diri sentiasa betul dan orang lain semua salah.

Tambahnya lagi, dia masih musl1m dan sej4hil dirinya itu, dia telah berjaya mengisl4mkan seramai 31 orang untuk masuki Isl4m.

Hukum Sambut Dan Ucap ‘Merry Christmas’, Ikuti Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Disebabkan kita hidup berbilang kaum di Malaysia sudah tentu setiap perayaan akan disambut bersama. Dan mulalah ramai masyarakat Melayu yang bertanya, “Kita boleh wish Merry Christmas ke? Bukan Christ tu nama kepada Jesus Christ?”

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mengucapkan Merry Christmas dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat adalah harus dengan meraikan garis panduan seperti diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat.

Jika tiada keperluan seperti yang disebutkan, hukumnya cenderung kepada makruh kerana diucapkan sebagai tanda menjaga hubungan baik.

2. Penyertaan dalam majlis sambutan Hari Krismas

Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Hari Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar.

Garis panduan orang Islam yang turut merayakan hari kebesaran agama orang bukan Islam yang tidak dibenarkan:

menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok Krismas
menyanyikan lagu bercirikan agama
memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam
tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam
meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahu atau lain-lain anggota tubuh

3. Pakai pakaian tertentu yang lazim dengan sambutan Hari Krismas

Melihat kepada tiada keperluan dalam memakai pakaian yang lazim dipakai semasa sambutan Hari Krismas termasuklah pemakaian topi Santa Claus dan meletakkan pokok Krismas, ianya adalah tidak dibenarkan. Ini kerana ianya seakan pengiktirafan kepada perayaan tersebut.

Jadi, jelaslah tak ada masalah pun untuk korang beri ucapan kepada rakan beragama Kristian. Kalau dah was-was tahap kronik, ucapkan saja Happy Holiday. Kan senang.

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berikut pula peringatan dari Tuan Guru Dato Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman pada Khutbah Jumaat 24/12/2021

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.