Hiburan

Enam Kali Cuba, Lelaki Ini Berjaya Bida Harta Sajat. Harga Yg Dia Dapat Memang Puas Hati

Harta dan barangan milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang disita mula dilelong, hari ini.

Enam kali bidaan

Memetik laporan Harian Metro, seorang lelaki berjaya membida barangan lelongan di kediaman Nur Sajat pada harga RM132,000.

Antara barangan yang disita untuk lelongan itu adalah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan.

Difahamkan, proses lelongan terbabit disertai oleh lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga pembida sebelum bidaan dibuat sebanyak enam kali dengan bidaan berakhir bernilai RM132,000.

Ketika ini, pihak peguam masih menunggu pembayaran dibuat sepenuhnya oleh pembida terbabit.

Tak boleh masuk sebab lewat

Sementara itu, seorang wanita yang berhasrat membeli barangan Sajat yang dilelong, pulang hampa berikutan proses pendaftaran untuk bidaan barangan berkenaan ditutup.

Wanita itu yang mahu dikenali Linda, 37, dari Mont Kiara, Kuala Lumpur tiba agak lewat dan cuba merayu untuk masuk namun tidak dibenarkan kerana proses bidaan sudah bermula.

Ketika ditemui media di luar rumah usahawan kosmetik itu, dia tertarik dengan barangan dekorasi yang sering ditonjolkan Sajat dalam media sosial sebelum ini.

Saya tidak kisah berapa nilai barangan itu asalkan dapat (bida). Saya bukanlah pengikutnya (Sajat) di media sosial tapi selalu nampak dekorasi rumahnya melalui videonya yang tular.

Tapi tiada rezeki saya untuk masuk walaupun sudah bawa deposit RM5,000 kerana dimaklumkan proses pendaftaran sudah ditutup.

SUASANA DI RUMAH SAJAT KETIKA LELONG TARIK PERHATIAN ORANG RAMAI, DEPOSIT RM5K UNTUK SERTAI LELONGAN BARANG

Individu yang ingin menyertai proses lelongan barang dikehendaki meletakkan deposit wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke rumah.

Proses pendaftaran barang lelongan berkenaan yang disita dua minggu lalu, ditutup pada jam 10.45 pagi tadi selepas pendaftaran dibuka bermula pada jam 9.30 pagi.

Difahamkan setiap pembida perlu membeli semua barangan bernilai hampir RM70,000 dan pembelian satu unit barangan tidak dibenarkan.

Setakat ini mereka yang menyertai proses lelongan dibawa masuk meninjau kediaman dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, di sini.

Menurut perisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 Disember lalu, mahkamah memerintahkan lelongan awam dilaksanakan.

Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors dalam kenyataannya berkata, selaku peguam kepada plaintif OWA Resources Sdn Bhd, pihak defendan didapati tidak membuat pembayaran selepas writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad pada 14 Disember lalu.

Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, dari OWA Resources iaitu bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Muhammad Sajat cuba mendapatkan semula wang mereka selepas pampasan RM200,000 gagal dibayar usahawan itu.

Lelongan aset berkenaan adalah cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan

Sumber: Harian Metro, BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.