Hiburan

Fazley Yaakob Tersingkir, Netizen Kata Akhirnya Dapat Tidur Lena. Sekali Tok Rom Dedah Citer Sebenar

Perjalanan penyanyi Datuk Fazley Yaakob di Gegar Vaganza musim kelapan berakhir semalam apabila menjadi peserta kedua tersingkir malam tadi.

Fazley yang menyanyikan lagu Mahligai Syahdu nyanyian asal Datuk Hattan di pentas minggu keempat hanya mendapat markah sebanyak 50 peratus.

BACA: Suara Dikritik Sumbang, Netizen Suruh Fazley Yaakob Masak Je

Juri tetap iaitu Datuk Syafinaz berkata persembahan di minggu keempat itu antara yang terbaik dipersembahkan oleh Fazley.

“Antara semua persembahan selama empat minggu, ini yang paling bagus. Walaupun pada bahagian pembukaan agak shaky tapi lepas tu baru awak dapat catch up balik.

“Lepas ni awak nak teruskan menyanyi atau setakat ini sahaja? Kalau masih serius nak menyanyi tolong ambil kelas vokal,” katanya.

Susulan penyikiran itu, rata-rata netizen ternyata gembira apabila Fazley tersingkir dan mengatakan lebih baik jika teruskan memasak sahaja.

Malah, ada netizen meninggalkan komen berbaur sindiran mengatakan puas hati akhirnya Fazley tersingkir dan dapat tidur lena.

Semalam, Adibah Noor mendapat markah tertinggi iaitu 78.01 peratus diikuti Nikki Palikat 76.6 dan Suki Low 75.

TOKRAM DEDAHKAN SEBAB SEBENAR DATO FAZLEY DISINGKIR DARI GEGAR VAGANZA, RAMAI LEGA DIA KELUAR TAPI TOKRAM BERITAHU SESUATU TENTANG DIRI DATO FAZLEY

Kalau tengok kreativiti, ia duduk dalam persembahan iaitu cuma 20 peratus. Vokal 80 peratus dan hilang banyak markah pada vokal.

“Kadang-kala dia tak menolong walau dapat markah tinggi dari segi persembahan pentas, memang dia dapat agak tinggi.

“Tapi secara matematiknya, markah vokal lagi tinggi jika dibandingkan dengan persembahan pentas,” ujarnya lagi.

Konsert keempat GV8 menyaksikan Adibah Noor yang menyanyikan lagu Jika (Melly Goeslaw & Ari Lasso) dalam rendisi keroncong mengungguli kedudukan dengan kutipan markah sebanyak 78.1%.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published.