Hiburan

“Ibu saya wanita bertatu tetapi…” -Didakwa Sejenis Kuat Member0ntak & Lupa Tuhan, Ini Jawapan ‘Deep’ Puteri Balqis

PETALING JAYA: Pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis tampil memberi respon berhubung persoalan warganet yang bertanyakan sama ada dirinya seorang yang memberontak dan tidak ingat Tuhan.
Menerusi entri Instagram, pelakon drama popular Akulah Balqis itu menjawab persoalan berkenaan selepas ada seorang netizen bertanya menerusi ruangan Ask Me di Instastory.

“Hello adik, orang kata adik memberontak dan tidak ingat Tuhan. Apa yang adik belajar dari ibu?” tanya seorang warganet menerusi ruangan tersebut.

Mengulas lanjut, Balqis menyatakan walaupun ibunya seorang wanita bertatu, namun dia selalu membantu haiwan biarpun sekecil serangga.

“Terima kasih untuk soalan ini. Ibu saya wanita bertatu, sentiasa menolong haiwan sekecil serangga, tidak ada media sosial, mengelakkan diri dari manusia kerana tidak mahu mengumpat dan mengeji.

“Berterima kasih kepada rumput yang dipijak, memohon maaf kepada haiwan-haiwan yang dikhianati,” jawab di Instastory.


Selain itu, pelakon itu turut berkongsi ibunya juga seorang yang rajin bersedekah kepada pekerja pemotong rumput dan tukang sapu sampah.

“Setiap hari dia akan berjalan dan bersedekah kepada pemotong rumput dan tukang sapu sampah.

“Ini doa ibu saya setiap hari, ‘Wahai Pencipta kami, ampunkan seluruh hamba Mu, termasuk tumbuhan dan haiwan. Semoga seluruh hamba Mu dijauhkan dari seluruh pengkhianatan’,” katanya.

Terdahulu, penampilan terbaharu Balqis yang dilihat memakai skirt pendek dan stoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak telah mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai keadaan terkini figura berkenaan.

Tidak Akan Lupakan Tohmahan Kepada Ibu, Puteri Balqis Titip Pesanan Buat ‘Haters’

Pelakon yang kini meningkat remaja, Puteri Balqis tampil menitipkan pesanan di Instagram buat mereka yang tidak menyukainya selepas segelintir merasakan penampilannya yang terkini kelihatan agak berbeza bagi seorang pelakon yang baru berusia 14 tahun.

Tidak Akan Lupakan Saat Ibu Mendapat Kecaman Ramai

Menerusi Insta Stories, Balqis memberitahu bahawa dia tidak akan pernah melupakan segala tohmahan dan kecaman oleh orang ramai terhadap ibunya suatu ketika dahulu.

“Wahai haters, saya dapat melihat kebanyakan dari anda sedang berada di page saya sekarang. Kerana saya tidak akan pernah melupakan apa yang anda katakan tentang ibu saya .

Seorang anak perempuan yang tidak dapat melupakan hari ibunya meraung di muka bumi.”- luah Balqis

Persoal ‘Haters’

Tambah Balqis lagi, dia turut mempersoalkan adakah mereka yang tidak menyukainya akan melihat mereka sebagai ahli keluarga dan bukan sebagai orang asing.

“Ianya hari yang indah. Adakah anda akan melihat kami sebagai ahli keluarga anda, bukannya melihat kami sebagai orang asing?

Bolehkah kita berdoa untuk satu sama lain, dari jarak yang berbeza?-Soal Balqis lagi

Baru-baru ini, nama Balqis menjadi perhatian ramai selepas berkongsi penampilannya yang disifatkan sebagai berani kerana memakai skirt pendek berserta stoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak.

Untuk rekod, Balqis sebelum ini pernah dilaporkan hilang secara tiba-tiba daripada dunia seni sebelum dikatakan menghidap masalah kesihatan.

Ibu Puteri Balqis nafi ambil d4dah

IBU kepada pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menafikan dia dan bekas suami terbabit dalam penyalahgunaan d4dah seperti didakwa segelintir pihak.

Norashikin ketika dihubungi Harian Metro berkata, itu adalah fitnah yang sengaja dilemparkan dalam usaha untuk mengeruhkan lagi keadaan dilaluinya sekarang.

“Saya dan Aqish (Balqis) jadi penat dengan fitnah ini. Berat sangat dugaan kami. Janganlah fitnah saya begini.

“Saya tidak pernah ambil d4dah atau buat perkara itu di lokasi penggambaran. Jangan disebabkan penampilan saya yang kurus dan ‘serabai’ orang fitnah saya sedemikian rupa. Saya tidak ada masa nak bersolek dalam keadaan anak saya sebegitu.

“Saya juga nak pertahankan bekas suami yang dituduh ambil d4dah. Walaupun kami bukan lagi suami isteri, fakta salah mengenainya saya kena betulkan. Sepanjang kami bersama, tidak pernah ambil d4dah. Kalau tidak ada apa yang baik untuk diperkatakan mengenai kami, janganlah sampai fitnah. Selama 10 tahun saya dan bekas suami terbabit dalam bidang ini, tak pernah pun nak ambil d4dah. Aqish sangat sedih dengan perkara ini,” katanya.

Norashikin berkata, itu juga menjadi sebab kenapa anaknya menarik diri pada saat akhir daripada terbabit dalam telefilem Tiada Galang Ganti terbitan A Aida Production semalam.

Norashikin menjelaskan, anaknya memang tidak mahu berlakon buat masa sekarang.

“Dia tidak mahu mendengar perkara negatif di lokasi. Sebelum ini dia tak pernah buat hal begini. Dulu, apa saja masalah yang berlaku, dia tetap ke lokasi. Tapi kali ini sangat berbeza dan bertalu-talu kami kena.

“Disebabkan itu, dia tidak mahu berlakon. Saya minta maaf sangat dengan A Aida Production. Tawaran berlakon memang ada, tapi Aqish yang tidak mahu berlakon. Takkan saya nak paksa pula sebab yang mahu bekerja adalah dia.

“Buat masa ini dia memang lebih kepada penulisan dan lebih suka bersendiri. Dia ada kawan tertentu saja. Orang dalam industri hiburan pun dia tidak mahu jumpa sangat,” katanya.

Terdahulu, Puteri Balqis yang juga pelakon drama Akulah Balqis memuat naik luahan hati di Instagram berkenaan tuduhan segelintir pihak mengatakan ibunya mengambil d4dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.