Uncategorized

Isteri hamil mengidam bau petrol, bukan itu saja ada lagi yg dia nak bau

SebuT sahaja perkataan mengidam, ia sememangnya sinonim dengan wanita yang sedang berbadan dua.Lazimnya, wanita hamil mengidam untuk menikmati makanan tertentu.Namun berbeza pula kisahnya dengan isteri lelaki ini yang mengidam untuk menghidu bau petrol dan gam kasut.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Fariz Fadzil berkata keinginan luar biasa itu berlaku ketika isterinya, Affidatul Nadia Mohamad Nazir, 24, hamil anak kedua mereka, hampir dua tahun lalu.

“Masa isteri mengandung anak sulung dulu, dia mengidam nak hidu bau gas peti ais. Selalulah dia akan buka peti ais dan ambil bau.

“Tapi bila mengandung anak kedua, dia teringin nak hidu bau petrol. Mengidam tu terjadi masa dia dah sarat hamil lapan bulan… tempoh awal kehamilan beberapa bulan sebelum itu, hanya mengidam makan biasa-biasa je.

“Isteri tak cakap, dia pergi sendiri buka seat motor dan tempat minyak petrol. Saya tengok dengan hairan dan terkejut juga. Ada dalam seminit dia hidu. Lepas hidu tu mukanya lega.

VIDEO

“Bukan petrol sahaja, dia akan bau gam kasut. Mesti ada gam kasut dekat tepi katil kalau mengidamnya tiba-tiba datang. Saya sekadar memantau… kita faham mereka hanya nak lepaskan keinginan saja,” ujar bapa kepada dua orang anak ini.

Menurut Muhammad Fariz, 27, tabiat menghidu petrol itu akan dilakukan isterinya selepas bangun pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.

“Kami duduk flat, kadang dia sanggup turun untuk hidu bau petrol di motor… kemudian dia naik. Kalau tak hidu petrol, dia tak boleh tidur. Seolah-olah macam tak lengkap.

“Bila cerita dekat keluarga, ibu mentua cakap mungkin isteri mengandung bayi lelaki. Kami suami isteri memang tak ‘scan’ jantina kedua-dua anak kami kerana nak surprise. Bagi kami, yang penting baby sihat.

“Rupa-rupanya betul tekaan ibu mentua. Saya sendiri masa tengok isteri mengidam benda pelik macam ni, barulah faham bagaimana suami-suami di luar sana.

“Sebelum ini saya ingatkan kalau mengidam ni bab makan saja… tapi rupa-rupanya ia boleh jadi tingkah laku juga,” ujarnya yang merupakan seorang penjawat awam.

Menurut Muhammad Fariz, dia sekadar memuat naik video di aplikasi TikTok kerana mahu mengabadikan momen tersebut selain berkongsi pengalaman isterinya.

“Video itu saya rakam masa isteri mengandung dua tahun lalu dan simpan dalam telefon bimbit saja. Kali ini baru rasa nak post. Tak sangka viral sampai lebih 347,000 views.

“Dekat komen, ramai yang kongsi pengalaman dan kisah masing-masing. Ada yang suka bau mulut suami, hidu ketiak suami. Rasa lucu tapi terfikir, mengidam macam ni pun ada rupa-rupanya. Saya ingat wife je yang pelik.

“Kepada para suami, kalau isteri mengidam pelik, layankan saja. Anak kita juga. Lagipun mereka buat sekadar untuk hilangkan keinginan. Isteri hanya ada satu, kalau kita tak layan, siapa lagi nak layan. Jadi, banyakkan bersabar,” katanya lagi.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.