Amalan

“Jangan tiru aksi atau perbuatan ini” Ramai bengang tgk kelakuan wanita ini dalam Tren Rapid KL

PETALING JAYA – Sebuah klip video memaparkan seorang penumpang membasuh tangannya ketika berada di dalam sebuah tren Rapid KL tular di laman Twitter hari ini.

Klip video berdurasi 13 saat itu memperlihatkan seorang wanita dipercayai warga emas dengan selamba mencuci tangannya menggunakan sebotol air di atas lantai tren terbabit.

Selain tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di sekelilingnya, wanita itu juga dilihat tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Sementara itu, Rapid KL dalam satu kenyataan di Twitternya tadi berkata, pihaknya melarang penumpang lain meniru perbuatan tersebut dan berharap agar orang ramai lebih beretika ketika menaiki tren.

“Kami tidak pernah upgrade (menambah baik) tren kami untuk dijadikan tempat membasuh tangan.

“Harapan kami, jangan tiru aksi atau perbuatan ini dan semoga semua penumpang lebih bertanggungjawab dan beretika ketika menaiki tren,” ciapnya.

Tangkap layar klip video berkenaan yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, Rapid KL turut menasihatkan agar penumpang memakai pelitup muka dengan betul ketika menaiki pengangkutan awam.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu.

“Paling dasyat aku pernah tengok, selalu nampak orang minum air manis selepas itu tertumpah sahaja,” kata Nabil.

“Banyak kali tengok video ini sambil berkerut dahi. Sebab tak faham kenapa dia bertindak begitu,” kata Fyda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.