Uncategorized

Kerana Sebar Video Aib Bekas Suaminya, Dr Najihah Boleh Dikenakan 4 Tindakkan Ini Di Bawah Akta Yg Berbeza

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial apabila seorang wanita mendedahkan menangkap suaminya yang berlaku cvrang dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan.Menerusi perkongsian di Facebook itu, difahamkan wanita berkenaan membuat pendedahan tersebut untuk mencari keadilan buat dirinya serta anaknya.

Isu tular itu turut mendapat perhatian Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menerusi satu kenyataan berkata pihaknya mengambil maklum mengenai perkara tersebut.

Menurut Pengarah JKNJ, Dato’ Dr. Aman bin Rabu, perkara itu dianggap serius kerana telah melanggar etika dan integriti penjawat awam.

Katanya lagi, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, jabatan juga turut mengambil berat tindakan yang diambil oleh pihak pengadu dalam menyiarkan isu berkenaan di media sosial.

Diakhir kenyataan itu juga pihaknya turut mengingatkan kepada semua anggota supaya menggunakan saluran sedia ada di dalam jabatan dalam menyampaikan aduan.

Namun menurut peguam terkenal, Asiah Abd Jalil, Dr Najihah boleh dikenakan tindakkan di bawah 4 Akta yang berbeza.

Isu Dr. Najihah – Dr. Hanafi – Raihan. Ketiga-tiga mereka merupakan penjawat awam.

Menurut Asiah Abd Jalil lagi, apabila Dr. Najihah memviralkan di Facebook, video dan posting berkaitan hubungan sulit di antara Dr. Hanafi dengan Raihan, tindakan terburu-buru Dr. Najihah tersebut telah melanggar perkara (1), (2), (3) dan (4) di atas.

Tak kiralah apa pun sentimen netizen yang simpati dengan Dr. Najihah, Dr. Najihah tetap boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Bagi Dr. Hanafi dan Raihan pula, jika pun betul mereka menjalinkan hubungan sulit, selagimana ia berlaku di luar waktu bekerja, tidak menjejaskan tugas awam mereka.

Dan selagimana perbuatan mereka belum dilaporkan kepada Ketua Jabatan, mereka belum melakukan kesalahan tatatertib.

Tetapi apabila laporan sudah dibuat oleh Dr. Najihah kepada Ketua Jabatan di Klinik Kesihatan Endau, Dr. Hanafi dan Raihan boleh dianggap telah melanggar perkara (3) di atas.

Dr. Hanafi dan Raihan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Hubungan sulit tanpa pernikahan yang sah merupakan kesalahan jenayah syariah.

Menceraikan isteri di luar mahkamah juga merupakan kesalahan jenayah syariah.

Sekiranya isu ini dibawa ke mahkamah syariah, dan sekiranya Dr. Hanafi dan Raihan kemudiannya disabitkan bersalah, maka kedua-dua mereka telah melanggar perkara (5) di atas.

Dr. Hanafi dan Raihan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Apakah bentuk-bentuk hukuman tatatertib yang boleh dikenakan?

(A)amaran, (B) denda, (C) lucut hak emolumen, (D) tangguh pergerakan gaji, (E) turun gaji, (F) turun pangkat, dan (G) buang kerja [Peraturan 38]

Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes-kes tatatertib terhadap penjawat awam, biasanya apabila kakitangan awam ada pendakwaan jnayah (termasuklah kesalahan jnayah syariah), tindakan gantung kerja akan diambil.
[Peraturan 28 dan Peraturan 44(1)(a)]

Kemudian apabila kakitangan awam ada sabitan jenayah (termasuklah kesalahan jenayah syariah), tindakan buang kerja dan penamatan perkhidmatan akan diambil.
[Peraturan 29 dan Peraturan 45(1)(a)]

Semoga isu Dr. Najihah – Dr. Hanafi – Raihan ini boleh memberi iktibar kepada kita semua.

Fikir dahulu sebelum bertindak. Walaupun kita di pihak yang benar, tidak semestinya tindakan kita sentiasa betul dan tepat.

Akhirnya tiga-tiga boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Sumber Asiah Abd Jalil

Leave a Reply

Your email address will not be published.