Hiburan

“Lupa Rumah Banjir Demi Janji.” Yantzen Tetap Teruskan Show Ketika Rumah Ditenggelami Air, Anggap Rezeki Ketika Diuji

Tatkala kediamannya rosak teruk dilanda banjir, namun empunya diri masih tetap meneruskan komitmennya Dalam memenuhi undangan membuat persembahan Di Terengganu.

Pemilik nama penuh Yantzen Juniwan yang baru menyambut ulang tahun ke 63 pada 2 Disember lalu memberitahu, persembahan majlis makan malam tahunan sebuah syarikat di Pantai Timur itu sudah dipersetujui lama.

Demikianlah kuat dan tabahnya penyanyi Yantzen. Sanggup melupakan seketika masalah peribadi kerana tidak mahu menghampakan undangan sebuah syarikat.

Bahkan dia menganggap tawaran itu sebagai rezeki ketika diuji apabila kediaman di Batu 12, di sini, ditenggelami air, minggu lalu.

“Saya tak mahu hampakan, lagipun, minat menyanyi masih menebal. Saya terpaksa lupakan seketika masalah rumah rosak akibat banjir.

“Mujur ketika kejadian itu, saya sempat selamatkan beberapa helai persalinan ‘show’. Saya anggap ini (tawaran persembahan di Terengganu) sebagai rezeki.

“Tanpa diduga, syarikat terbabit turut melancarkan kutipan derma untuk mangsa banjir termasuk saya,” katanya ketika ditemui BH Online di kediamannya di sini, hari ini.

Yantzen berkata, sumbangan diterima pada acara persembahan itu dikongsi kepada jiran dan pihak lain yang memerlukan.

Yantzen yang mendiami rumah diberi nama The Legacy Villa sejak lima tahun lalu, bersyukur dikelilingi teman-teman ketika diri diuji.

“Saya tidak pernah rasa sebatang kara sejak hidup menduda kira-kira 17 tahun lalu. Rumah ini ada tiga bilik dan sebuah kamar dikhaskan untuk anak tunggal, Muhammad Aliff Ronan.

“Beberapa hari lalu, anak saya datang dan kami sama-sama membersihkan rumah. Anak beri saya RM300. Besar atau kecil nilainya, saya tidak fikir pun.

“Bagi saya, pemberian itu tetap bermakna dan nilainya lebih daripada itu,” katanya.

Mengimbau insiden rumah ditenggelami air, Yantzen berkata, beberapa teman datang menziarah pada malam kejadian dan akhirnya, mereka sama-sama terperangkap atas loteng rumah.

Walaupun kediamannya rosak teruk, namun Yantzen membuat keputusan untuk kekal tinggal di situ.

Menarik mengenai Yantzen

Pemilik nama sebenar Yantzen bin Juniwan ini dilahirkan pada 2 Disember 1958. Beliau merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki kelahiran Singapura.

Yantzen terkenal sebagai vokalis kumpulan rock Rusty Blade.Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.

Yantzen pernah bernikah dengan seorang dramatis popular era 90an Sharifah Haslinda (Lynn), di kediaman pelakon tersebut di Taman Setia, Gombak, Selangor pada 9 Julai 1994.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aliff Ronan.

Bagaimanapun Yantzen dan Lynn akhirnya bercrai pada 2004 setelah lebih kurang 10 tahun hidup bersama.

Siapa Yantzen? Yantzen Juniwan atau nama popularnya, Yantzen merupakan seorang penyanyi dan peserta program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Edisi 2020 pertandingan antara penyanyi berpengalaman itu turut mengetengahkan Noraniza Idris, Cliff Umar, Ayu Damit, Ashira Aziz, Mus (May), Aju (vokalis Success), Linda Nanuwil, Oja, Nomad, Rozita Izlyn, Haslinda, kumpulan Eva dan kumpulan Indigo.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenarnya, Yantzen bin Juniwan.

Menggunakan nama pentas, Yantzen.

Berumur 62 tahun.

Lahir pada 2 Disember 1958.

Berasal dari Singapura.

Penglibatannya dalam dunia hiburan sejak tahun 1978.

Namanya meledak menerusi populariti lagu Insan dan Meniti Suratan.

Pembabitannya dalam dunia lakonan menerusi filem Penyu pada 1994.

Pernah menerajui kumpulan Rusty Blade (1986 -1989) dan May (1992 – 1995) sebagai vokalis.

Selain album bersama May dan Rusty Blade, beliau juga mempunyai dua album solo berjudul Lain Dulu Lain Sekarang pada 1991 dan Impian (1994), selain album-album kompilasi.

Laman sosial Instagramnya, @yantzen_is_back_ mempunyai lebih 6,600 pengikut.

Fakta Menarik

Memperjuangkan genre muzik Rock dan Heavy metal.

Hasil perkahwinan dengan pelakon Sharifah Haslinda (Lynn) pada 9 Julai 1994, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Aliff Ronan. Mereka bagaimanapun bercerai pada 2004.

Pada 2019, kereta jenis MG TF 120 miliknya dipecah oleh individu tidak bertanggungjawab yang mencuri beberapa komponen penting hingga menyebabkan kerugian hampir RM5,000!

Pernah menolak pelawaan untuk sertai Gegar Vaganza sebanyak dua hingga tiga kali sebelum terbuka hati membuat kemunculan pada tahun ini.

Sumber:bharian dan wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published.