Hiburan

“Meena tak ikut ke dato” Netizan Persoal Kenapa Tak Bawa Meena Sekali Bercuti Di Turki, Ini Reaksi Aliff Syukri

Sejak kebenaran rentas negeri dan ke beberapa buah negara dibenarkan, ramai antara selebriti dilihat mengambil kesempatan untuk makan angin.

Tidak terlepas untuk berbuat demikian usahawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri yang kini sedang makan angin di Turki.

Menerusi hantaran terbaharunya di Instagram, Aliff mengakui teruja untuk bercuti ke luar negara selepas hampir dua tahun tidak ke mana-mana.

“Alhamdulillah impian kami nak bercuti ke luar negara hampir dua tahun termakbul juga. Exclusive sangat kali ini sebab kami tak bergabung mana-mana group yang lain. Dan kami dapat bercuti di atas bukit yang dipenuhi pokok buah apple, orange dan zaitun.

“Tak tahu nak gambarkan macam mana, inilah memori yang terindah buat kami sekeluarga. Apa pun buat anda dekat luar sana doakan keluarga kami selamat dan bahagia. Saya juga akan doakan untuk anda semua.

“Dan salah satu sebab kenapa kami pilih bercuti di Turki, kerana cuacanya yang sejuk dan dia menerima semua jenis vaksin, jadi mudahlah kami bawak semuanya. Maklumlah group kami ini lebih dari 30 orang dan bukan senang hendak mengaturkan perjalanan ini,” katanya.

Meninjau ruangan komen, selain mengucapkan selamat bercuti, ada juga yang bertanyakan kenapa anak angkat Aliff iaitu Ameena tidak dibawa sekali.

“Meena tak ikut ke dato… dah lama tak nampak Meena, rindu dia sangat-sangat,” tanya seorang pengikut Aliff

“Haah la. Dah lama tak nampak Meena dalam video-video dato’ atau datin. Apa dah jadi dengan Meena ye?” persoal seorang lagi pengikutnya.

Begitupun, ada juga yang mempertikaikan kenapa perlu bertanya soalan seperti itu kepada Aliff.

“Menyampah betul baca mesti ada je yang tanya Meena mana. Lah sukahati dato’ la nak bawak ke apa. Bukan anak korang pun. Kalau sibuk sangat nak tahu korang je la jaga Meena tu,” ujarnya.

Untuk rekod, Ameena merupakan anak angkat kepada Aliff dan isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid. Begitupun, kontroversi pernah melanda pasangan tersebut selepas Aliff didakwa memukul Ameena oleh bekas pembantu rumahnya.

Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida yang menganggap Ameena iaitu anak angkat mereka seperti anak mereka sendiri. Walaupun Ameena bukan daarah daaging mereka, pasangan tersebut tetap melayani Ameena seperti mana mereka melayani anak-anak kandung mereka.

Datin Shahida sering dilihat tidak pernah melupakan anak angkat beliau itu dalam setiap kegembiraan bersama keluarga yang ditonjolkan didalam sosial media beliau.

Ameena dilihat sebagai seorang anak yang ceria dan sangat rapat dengan anak-anak Datin Shahida yang lain. Datin Shahida juga selalu dilihat melayani anak angkat beliau itu.

Baru-baru ini, di dalam ‘ig story’ beliau, beliau membuka kotak soalan untuk sesiapa yang ingin menujukan apa jua soalan kepada beliau. Terdapat seorang netizen yang menanyakan kepada Datin adakah Datin akan menjaga Ameena sehingga Ameena dewasa.

Soalan tersebut mungkin berbunyi ‘cepumas’ namun Datin Shahida menjawab dengan jawapan yang tenang dengan mengatakan perkara tersebut biar Allah sahaja yang menentukan.

Beliau juga mengatakan keluarga Ameena sudah berada di Kuala Lumpur jadi mungkin juga suatu hari nanti beliau akan satukan Ameena bersama keluarga kandungnya.

Ameena yang baru mencecah 4 tahun dan disayangi oleh keluarga angkatnya. Tiada siapa boleh tahu apa akan jadi pada masa akan datang namun kita sebagai netizen haruslah mendoakan yang terbaik untuk Ameena supaya tidak kira beliau akan bersama keluarga kandung atau keluarga angkat, kita haruslah mendoakan anak ini sentiasa dikasihi oleh kedua-dua pihak keluarganya.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.