Uncategorized

Netizen ungkit video lama, aksi panjat tangga pasang bidai didakwa jadi punca cer4i buat Shakilla Khoriri mula rasa tak sedap hati

BERITA perpisahan pasangan selebriti Fizi Ali dan Shakilla Khoriri mengejutkan ramai peminat kerana tidak menyangka kemesraan yang ditunjukkan mereka di laman sosial berakhir dengan perceraian.

Sehinggakan ada netizen membuat spekulasi mengenai perpisahan itu dan mendakwa ia berpunca daripada sikap Fizi yang tidak mahu membantu isteri melakukan kerja rumah.

Tampil menjelaskan salah faham itu, Shakilla, 32, berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca perceraian mereka.

“Saya baru baca artikel yang mendakwa kononnya Fizi tak membantu buat kerja rumah… apabila kakak (individu menulis status) itu cakap fasal bidai baru saya teringat posting video itu dah lama. Minta maaf kalau sesiapa yang baca dan salah faham, saya tak sangka orang akan mempertikaikan kerja rumah yang saya pernah buat sebelum ini dengan mengaitkan apa yang berlaku antara saya dengan Fizi sekarang.

“Saya anggap perkongsian saya dahulu sebagai kesalahan sendiri sampai membawa maksud lain apabila kami berpisah. Saya masih waras dan masih ingat sampai sekarang tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan sepanjang kahwin dengan Fizi dia tak pernah tolong saya.

Shakilla jawab spekulasi punca perpisahannya dengan Fizi Ali yang dibuat oleh seorang netizen di laman sosial.

“Kalau Fizi atau keluarga dapat tahu dakwaan ini mesti mereka rasa tak best. Saya sendiri pun rasa tak best sebab sepanjang kami kahwin, Fizi sangat membantu saya menguruskan hal rumah tangga… masa saya buat kerja-kerja tu siapa jaga Ameena? Fizi la yang buat semua,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, sebuah blog hiburan menulis artikel status seorang pengguna Facebook yang mendedahkan hanya Shakilla yang menguruskan rumah tangga.

Wanita itu berkata dia pernah melihat satu video lama yang pernah dikongsikan Shakilla di mana pelakon itu mengatakan semua kerja rumah dilakukan oleh dirinya dan Fizi tidak membantu.

Cukup-cukuplah mengorek salah silap kami dan kalau boleh janganlah keluarkan sebarang spekulasi.

Spekulasi itu dibuat netizen berkenaan berdasarkan video Shakilla meminta suaminya memasangkan bidai di rumah mereka namun akhirnya dia terpaksa melakukan sendiri.

Dalam pada itu, Shakilla berkata isu video lama itu tidak sepatutnya timbul kerana dia memang seorang yang sukakan kerja pertukangan dan mempunyai idea serta citarasa tersendiri dalam menentukan dekorasi kediaman mereka.

“Fasal buat kerja rumah ni memang saya yang nak buat sebab saya suka bertukang, saya suka buat benda-benda yang saya tak mampu buat tapi saya nak buat juga.

Shakilla memang minat bertukang sejak dulu lagi.

“Fizi pula akan ambil langkah untuk tak campur tangan kerja-kerja saya sebab takut kalau salah nanti saya marah pula! Idea kami lain-lain, jadi dia bagi saya kebebasan untuk buat ikut cara saya dan dia pula ambil bahagian jaga Ameena.

“Video yang saya kongsi itu hanyalah untuk projek khas dalam rumah sahaja contohnya renovasi untuk tempat permainan Ameena dan sebagainya, tapi benda-benda asas lain semua Fizi yang buat. Kalau saya pergi penggambaran, Fizi la yang buat semua… dia memasak, basuh baju dan jaga Ameena,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Cinta Ilahi ini memohon orang ramai menghentikan sebarang spekulasi mengenai perpisahan mereka itu.

“Saya harap orang-orang di luar sana cukup-cukuplah mengorek salah silap kami dan kalau boleh janganlah keluarkan sebarang spekulasi mengenai perceraian kami.

“Saya tahu ramai yang nak tahu punca tapi kami berdua dah sebulat suara tak akan berkongsi sebab perpisahan ini… cuma saya beritahu kami berdua kuat berdepan ujian ini dan minta doakan yang terbaik untuk kami.

Shakilla dan Fizi sepakat besarkan anak bersama-sama.

“Perpisahan ini satu pembelajaran untuk kami jadi lebih matang, memahami salah silap masing-masing, sejujurnya saya sangat beruntung kerana pernah ada suami yang baik. Dia kawan, suami dan ayah yang sangat baik… mungkin saya seorang isteri dan ibu yang tak sempurna, tapi tak apalah kita lupakan semua itu.

“Kami berdua dah sepakat untuk fikirkan jalan terbaik… untuk kakak yang muat naik status itu, kalau terbaca artikel ini saya minta maaf kalau status dan video lama saya itu membuatkan semuanya salah faham,” katanya.

“Shakilla naik angin dengan perangai melampau Fizi !”

Antara kenangan perkongsian dari yotube channel milik mereka berdua

“Kitaorang kalau ada masa memang akan plan kemana2 bawa Ameena. Sekarang ni apa2 pun Ameena first. Lagipun kitaorang nak ganti balik masa dia terkurung kat rumah masa tempoh PKP. Dia pun dah besar dah pandai kenal itu ini so masa yang sesuai nak bagi Ameena explore.Tapi tak sangka jadi bunga taik bila gurauan Fizi macam too much untuk Killa handle. Habis lah Fizi !”

Dapat tahu Fizi Ali, Shakilla Khoriri cerai… Ini kata2 Feeya Iskandar dalam linangan air mata

BERITA perceraian Fizi Ali dan aktres Shakilla Khoriri mengejutkan ramai pihak termasuk rakan penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar.

Feeya atau nama sebenar Nor Shafiza Iskandar Azizan, 32, tidak dapat menahan sebak ketika membaca perkongsian Fizi di Instagram mengenai berita perpisahan itu.

“Kita sebagai kawan, dah bertahun kerja sama. Apabila tengok Meena (anak Fizi) dan lihat mereka happy family tapi apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

“Nak cakap fasal janji, yela kita mesti pernah janji nak setia dengan pasangan sampai bila-bila tapi kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, Fizi menerusi laman Instagram mendedahkan dia dan pelakon Syakilla Khoriri mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun hidup bersama.

Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, berkata, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu diambil secara sepakat.

Kadang-kadang Allah uji, kita doakan mereka terus kuat.

Fizi berkahwin dengan Shakilla, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Feeya atau lebih mesra disapa sebagai Cik Piah ini mengakui berasa sedih dengan berita perpisahan tersebut.

Mendoakan agar mereka terus kuat, Feeya turut memuji Fizi dan Syakilla yang tetap mengutamakan anak mereka biar apa pun terjadi.

Fizi dan Syakilla dilihat sebagai pasangan yang bahagia.

“Tak boleh nak cakap… kita ada anak dan kita sebagai kawan sudah tentu rasa sedih. Kita tengok mereka happy family.

“Kadang-kadang Allah uji, kita doakan mereka terus kuat. Tapi baguslah, tak ada gaduh-gaduh. Sama-sama jaga anak walaupun dah tak bersama.

“Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik,” ujarnya.

‘Ini soal hati, kami dah sepakat berpisah’ – Shakilla Khoriri

Kuala Lumpur: Biarpun diduga dengan perpisahan, pelakon Shakilla Khoriri, 32, reda dengan ketentuanNya dan mengakui fokus utama ketika ini adalah untuk membesarkan anak, Ameena yang berusia dua tahun.

Shakilla berkata biarpun jodoh bersama suami, Fizi menemui titik noktah, namun mereka tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk memberikan kasih sayang buat Ameena.

“Saya tahu ramai yang melihat kami gembira dan tidak bermasalah, cuma sebagai manusia kita reda dengan ketentuanNya. Tipulah jika tidak sedih, kami sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun, malah berkawan sejak 2013 lagi.

“Hubungan itu sudah lama sangat, namun Allah SWT sudah tentukan sehingga detik ini saja perkahwinan kami. Saya percaya, Allah mempunyai aturan yang lebih baik buat kami berdua.

“Bagi saya, isu ini (cerai) tidak perlu diperbesarkan kerana adat dan lumrah perkahwinan. Buat masa ini, hanya doa yang baik-baik saja yang diperlukan daripada semua pihak.

“Sudah penat sebenarnya saya menangis, jadi jika ditanya keadaan ketika ini, sudah tiada apa hendak disedihkan lagi kerana perkara sudah terjadi. Kami berdua masih menyambung kerja seperti biasa dan bergilir-gilir menjaga Ameena,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali menerusi paparan di Instagram memberitahu dia dan isterinya, Shakilla Koriri kini mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Malah, Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimudin, 32, berkata, biarpun mereka bukan lagi suami isteri, namun Fizi dan Shakilla ingin memastikan anak mereka, Ameena membesar dengan baik.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Mengulas juga mengenai ‘ruang berbaik’ buat mereka, Shakilla berkata selepas sah berpisah, memang ada yang meminta kami berbaik demi Ameena namun ini membabitkan soal hati. Malah, kami sudah capai kata sepakat untuk berpisah.

“Biarpun Ameena diserahkan kepada saya, namun kami berdua bergilir-gilir menjaga Ameena memandangkan jadual kerja sudah padat sehingga Mac tahun depan. Jadi tidak timbul istilah berebut anak dan sebagainya.

“Apabila tiba masa yang sesuai, kami akan menjelaskan situasi sebenar kepada Ameena. Cuma, sekarang saya terpaksa membuat alasan mengatakan Fizi bekerja jika dia bertanya mengenai ‘daddy’ dan InsyaAllah, Ameena akan faham juga nanti,” katanya.

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.