Hiburan

Pekerja kedai makan ‘pening’ terima pesanan panjang. Hanya 2 menu, rupanya ini je yang pelanggan nak

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi video sekeping resit pesanan pelanggan yang diterima melalui aplikasi pesanan dalam talian sehingga menyukarkan urusan penyediaan.

Menerusi perkongsian video oleh @Siti Property di laman TikTok, seorang pekerja lelaki kelihatan agak pening sambil ketawa membaca pesanan yang diterima oleh pelanggan.

“Nasi kandar daging tapi kuah lebih, ayam dada. Nak nasi kandar daging, kenapa tukar ayam dada, pening la,” kata pekerja lelaki itu.

Tambahnya, pesanan yang diterima hanya melibatkan dua menu tetapi pelanggan tersebut membuat banyak permintaan bagi setiap menu yang dipesan.

“Nak kuah lebih, pedas, kuah letak sekali, bagi sedap, kuah bagi banjir, kuah bagi banyak sampai tak nampak nasi, nampak kuah sahaja, campur semua kuah,” katanya ketika membaca pesanan pelanggan.

Lebih menarik, pelanggan itu sempat mengingatkan pihak kedai agar tidak meletakkan sebarang jenis sayuran dan jika ada, dia tidak mahu memesan semula pada masa akan datang.

Tangkap layar perkongsian video resit pesanan seorang pelanggan yang dibaca oleh pekerja kedai makan.

Selain itu, video tersebut menjadi tular di media sosial dan rata-rata orang ramai turut terhibur dengan kejadian yang berlaku.

Komen netizen:

“Sepatutnya FoodPanda, GrabFood dan lain aplikasi perlu hadkan jumlah patah perkataan yang pelanggan boleh tulis, risau dia tulis resepi, pening tukang masak,” kata @farah syahidah.

“Hahaha, pernah alami kejadian seperti ini, pelanggan siap kata nak merajok jika tidak penuhi permintaannya, kami ikutkan sahaja,” kata @Fitriyah Awang.

“Lawak la pelanggan ni, naik pening pekerja yang terima pesanan panjang macam ni, kalau 20 orang buat perkara sama, demam terus pekerja kedai makan,” kata @Mazz78.

Peniaga restoran dan makanan tersepit

Dalam perkembangan lain, Pengusaha restoran dan peniaga makanan di Lembah Klang mengaku terjejas dan tersepit dengan kenaikan harga ayam secara mendadak ketika ini.

Harga ayam di Lembah Klang yang melonjak kepada RM8.50 hingga RM9 sekilogram sejak minggu ini berbanding sekitar RM6.50 hingga RM7.50 sebelum ini benar-benar membebankan mereka.

Pemilik Restoran Ali Maju Sdn Bhd, Datuk Jawahar Ali Taib Khan yang mempunyai 15 rangkaian restoran itu di Lembah Klang berkata, kenaikan harga ayam itu menyebabkan keuntungan yang diperoleh berkurang.

“Situasi ini membuatkan kami terjejas kerana harga makanan masih lagi dijual pada harga sama.

“Kami tak naikkan harga sebab tak mahu bebankan pelanggan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Beliau yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) berkata, malah pertubuhan itu turut menasihatkan ahli-ahli mereka agar tidak menaikkan harga makanan dan cuba menyerap kos kenaikan harga ayam itu.

Katanya, selain masalah kenaikan harga ayam, rata-rata peniaga termasuk beliau sendiri juga tertekan kerana berdepan dengan masalah lain termasuk terpaksa membayar sewa kedai seperti biasa dan kekurangan tenaga pekerja.

“Jadi, kita harap kenaikan harga ayam ini tidak berpanjangan. Mungkin kerajaan juga boleh ambil tindakan segera untuk memastikan tidak berlaku kenaikan mendadak harga ayam dan barang-barang lain sepanjang tempoh pandemik Covid-19,” katanya

Sementara itu, Pengurus Katering Sajian D’Hidang yang beroperasi di Shah Alam, Ruhani Hamim berkata, pihaknya mengambil bekalan ayam daripada pembekal pada harga RM8.50 sekilogram sejak minggu ini.

kredit: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.