Entertainment

Penampilan Zizi Kirana Ketika Melakukan Aktiviti di Tepi Pantai Dan Tengah Lautan Tarik Perhatian Ramai

Pasangan selebriti suami isteri Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana menarik perhatian wargamaya apabila sedang menikmati percutian pra-bulan madu di Semporna, Sabah.

Menerusi laman sosial Instagram, kedua pasangan tersebut berkongsi foto dan video kembara romantis mereka untuk tatapan umum.

“Pre-honeymoon with my lovely wife @zizi_kirana. Banyak lagi pulau yang kami tak sempat nak pergi sebab tak cukup masa kena balik sebab kerja. Insya-Allah next trip, Pulau Mabul!” tulis Yusuf di ruangan kapsyen video.

Namun di sebalik perkongsian tersebut, mata wargamaya lebih terarah pada penampilan Zizi yang sopan menutup aurat walaupun melakukan aktiviti di tepi pantai dan tengah lautan.

Tidak hanya itu, penampilan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36, yang mengenakan stoking kaki dengan jubah beserta tudung labuh itu turut mendapat pujian ramai.

Rata-rata wargamaya suka melihat perubahan Zizi dan turut sama memuji Yusuf, 29, kerana pandai menjaga isterinya.

“Subhanallah, hebat Zizi jaga aurat kaki. Dalam air pun pakai sock. Tak ramai boleh buat macam ni. Semoga istiqamah. Doakan saya juga ya,” komen seorang wargamaya.

“Sweetnya, bersemut tengok video ni tetiba teringat saat honeymoon. Apa pun hebat Zizi jaga aurat, dalam air pun pakai stoking. Ramai tak dapat buat termasuk saya yang dah lama bertudung,” puji seorang wargamaya.

“Semoga hijrah dalam peliharaan Allah,” doa seorang wargamaya.

“Allahuakbar Zizi, kagum betul dengan perubahan Zizi,” ujar seorang wargamaya.

“Subhanallah, comel isteri. Sejuk mata memandang,” tulis seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, bagusnya Zizi tudung labuh. Semoga istiqamah, amin,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 350,000 tontonan daripada pengikutnya.

“Dia Tak Bagi Saya Buat Kerja Berat-Berat” – Zizi Kirana Dedah Sikap Romantis Yusuf Bahrin

Berkongsi sedikit kisah menerusi wawancara di saluran radio Singapura, Ria 897 baru-baru ini, dedah Zizi, suaminya punyai cara sendiri untuk menyantuninya sebagai isteri dan wanita.

“Dia tak bagi saya buat kerja berat-berat…Katanya tak payah.

“Sampaikan dia sanggup turun bawah jemput saya dan tolong angkatkan barang. Jadi, saya pula rasa tak biasa…

“Sebab sebelum ini pun saya tinggal seorang, jadi dah terbiasa buat sendiri semuanya,” katanya.

Dalam wawancara itu juga, Yusuf sempat berseloroh mendedahkan ayat pertama yang diucapkannya ketika mula berkenalan dengan Zizi.

“Saya DM dia saya cakap; ‘Hai Zizi, lawa kasut!’.

Mengimbas semula, kedua-duanya mulai menyulam perasaan ketika terbabit dalam rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.

Ditanya tentang siapa lebih cerewet menguruskan rumah tangga, akui Yusuf isterinya merupakan individu yang kerap memastikan kediaman mereka terurus dengan baik.

“Saya jenis yang suka campak tapi Zizi ada perangai yang ‘sakit mata’ bila tengok barang bersepah. Tapi kalau saya sepahkan saya akan kemas semula,” ujar Yusuf.

Tambah Zizi; “Kalau makan pun dia akan cuci pinggan sendiri.”

Adat berumah tangga, pasti perlu bertoleransi dan menerima kekurangan pasangan. Bersetuju dengan frasa terbabit, kata pasangan merpati dua sejoli itu, perkahwinan bersifat saling melengkapi.

“Apa paling penting sabar. Kalau tak ada sabar boleh gaduh, cerai. Saya kena pegang dan belajar, biar betul-betul sabar, bila kena ujian. Bertolak ansur, jangan nak tunjukkan ego masing-masing dan jumpa di tengah-tengah setiap masalah.

Sementara itu, tambah Zizi; “Apa saya belajar dengan Yusuf, kami baru kenal bila dah kahwin.

“Sebelum kahwin jarang jumpa dan sekadar Facetime. Dia selalu pesan pada saya, kalau ada apa-apa kena cerita, kena beritahu jangan simpan. Sebab dia tahu saya sejenis orang tak suka bercerita malah dengan keluarga sendiri.”

Tambah Yusuf, sebelum berkahwin lagi dia kerap menghubungi ibu Zizi bagi mengenali keperibadian pelantun lagu Eh itu.

“Sebelum kahwin, saya call mak dia dulu. Mak dia cakap kalau marah pun dia, sedih pun diam. Susah nak luahkan perasaan dia. Jadi, saya kena sabar, bila sampai masa macam tu…,” ujarnya.

Sekadar info, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu selepas berkenalan selama dua bulan ketika bersama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Leave a Reply

Your email address will not be published.