Uncategorized

Peringatan Nurul Izzah agar bersedia hadapi banjir lima bulan lalu mula tular

Dengan jumlah korban yang belum dipastikan, kira-kira 34,000 mangsa dipindahkan dan kemungkinan peningkatan kes Covid-19 di pusat pemindahan sementara (PPS), ramai yang mempersoalkan tindak balas perlahan kerajaan persekutuan dan negeri terhadap banjir yang melanda.

Rakaman perbahasan Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar pada 26 Julai lalu, yang mengingatkan kerajaan agar bersedia untuk menghadapi musim tengkujuh, juga tular di media sosial.

Dalam perbahasannya ketika itu, Nurul Izzah berkata kes Covid-19 telah pun memberi tekanan kepada sistem kesihatan negara dan keadaan akan menjadi lebih teruk jika kemungkinan banjir tidak diambil kira dalam perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Perdana menteri ketika itu adalah Muhyiddin Yassin. Dia kini mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara (MPN).

“Di Pulau Pinang, kami sudah mengadakan kerjasama, kerajaan negeri, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pejabat daerah untuk menyediakan pelan rapi, perancangan menjelang (musim) banjir nanti.

“Jadi kena ada beberapa perancangan kerana kita akan mengalami banjir ketika pandemik.

“Saya minta kesiapsiagaan ini diambil kira dalam pelan pemulihan (negara) dengan serius, khususnya oleh Kementerian Kewangan juga,” katanya.

Walaupun dengan peringatan itu, banjir yang melanda banyak negeri di Semenanjung hujung minggu lalu dilihat tidak dijangka oleh banyak pihak.

Di Pahang, jumlah penduduk yang ditempatkan di 239 PPS yang dibuka mencecah 25,669 orang, setakat pagi ini.

Terdahulu hari ini, Khairy mengesahkan sebanyak 181 kes positif Covid-19 telah dikenal pasti di PPS di seluruh negara, melibatkan 117 ke di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Kuala Lumpur (4) and masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Melaka.

https://twitter.com/NewsBFM/status/1419635093648429057?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1419635093648429057%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.malaysiakini.com%2Fnews%2F603826

Berikut  reaksi dari netizan

Tujuh lemas di Selangor sejak Sabtu

SHAH ALAM: Seramai tujuh mangsa banjir dilaporkan lemas di Selangor sepanjang bencana alam itu melanda sejak kelmarin.

Kesemua individu berusia 30 hingga 40-an itu melibatkan enam lelaki termasuk seorang yang masih hilang.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, jumlah mangsa berkenaan direkodkan pihaknya sehingga pukul 2 petang tadi.

Katanya, kejadian lemas itu melibatkan tiga mangsa di Taman Sri Muda di sini, Sepang (dua) dan satu di Sungai Pinang, Klang dan Bandar Seri Coalfields, Kuala Selangor.

“Enam lelaki berkenaan sudah ditemui lemas oleh pasukan bomba di sekitar lokasi kejadian manakala, seorang lagi mangsa masih hilang di Sungai Pinang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam, seorang wanita turut meninggal dunia namun ditemui di sebuah rumah yang terjejas banjir di Taman Sri Muda.

Dalam kejadian terbaru, tiga lelaki termasuk dua warga tempatan dipercayai lemas di Taman Sri Muda, hari ini.

Malam tadi, seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemui selepas banjir surut di Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22, di sini.

Terdahulu, seorang lelaki ditemukan lemas selepas cuba menyelamatkan diri daripada lori dipandunya yang dinaiki air di Bandar Seri Coalfield, Kuala Selangor pada pukul 5.10 petang hari sama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.