Amalan

Puad Gelar Sanusi MB Kedah Paling Loklak , Sekali Sanusi Sound Balik “Hal Dah Basi, Baru Dia Nak ‘K0yak’.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi hari ini mengkritik tingkah laku Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang disifatkan sebagai menteri besar yang paling “loklak.”

Berdasarkan loghat Utara, “loklak” bermaksud tidak beradab.

“Baik lagi KM (ketua menteri) Pulau Pinang dari MB Kedah. Ramai kata, dulu, kini dan selamanya MB paling ‘loklak’ ialah MB Kedah sekarang.

“Bahasanya, sikapnya dan tingkah lakunya semua loklak. Tak padan dengan nama partinya PAS. Kaki gaduh,” tulis Puad di Facebooknya.


Ketika diminta penjelasan, Puad memberitahu Malaysiakini bahawa hantaran itu berkenaan sindiran presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) itu terhadap Tunku Ismail yang juga presiden pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas kekalahan JDT di tangan KL City FC minggu lalu.

“Dia sindir JDT sebab kalah Piala Malaysia. Sebagai MB dia patut ada semangat kesukanan dan memberi semangat.

“Bukan menyindir senarai mata dia ada masalah dengan TMJ. Tidak sesuai sikap begitu.

“Saya puji KM Pulau Pinang sebab dia sopan dari segi budi bahasa walaupun dia adalah lawan dalam politik. Sebab itu dia lebih baik dari MB Kedah,” kata Puad.Meskipun begitu, rata-rata daripada warganet meninggalkan komen yang mengaitkan “perang” media sosial antara Sanusi dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sebelum ini saling berbalas kenyataan berhubung bola sepak.

Sebelum isu, Sanusi juga menimbulkan beberapa kontroversi kerana pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan kegiatan judi nombor ekor dengan Pulau Pinang.

Kenyataan itu bagaimanapun ditegur oleh Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor. Dia memohon maaf dan menjelaskan ia bukan bermaksud untuk menghina Pulau Pinang.

Awal tahun ini pula, terdapat perbalahan antara Sanusi dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow apabila Sanusi dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah jika masalah itu tidak selesai.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Isu dibangkit MT UMNO basi

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan, isu-isu yang dibangkitkan oAhli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi sebagai sudah basi.

Menurutnya, beliau merasa hairan Mohd. Puad baru merasa ‘koyak’ dengan isu yang sudah basi apabila cuba mengaitkan dakwaan ‘lok lak’ itu dengan kejadian yang berlaku semasa final Piala Malaysia yang telah berlangsung lebih seminggu lalu.

“Hal dah basi, baru dia nak ‘koyak’.

“Sebab itu saya tanya, dia ini duduk di planet mana?” katanya kepada Utusan Malaysia disertakan emoji ketawa menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Mohd. Puad berkata, dakwaan beliau baru-baru ini bahawa Muhammad Sanusi seorang yang ‘lok lak’ dibuat setelah Menteri Besar itu membuat hantaran berbaur menyindir di Facebook selepas kekalahan JDT dalam final Piala Malaysia kepada Kuala Lumpur, 30 November lalu.

Menurut Mohd. Puad, Muhammad Sanusi tidak perlu memuat naik status meminta gambar harimau berjalan tersipu-sipu selepas JDT tewas kerana tujuan sukan adalah untuk perpaduan, keharmoninan dan persahabatan.

Dakwa Mohd. Puad, tindakan Muhammad Sanusi itu adalah sesuatu yang tidak harmoni, berdendam dan mencari gaduh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.