Uncategorized

Punya Wajah Tampan, Tapi Penyokong JDT Pelik Apa Yg Gol Keeper KL City Buat Dengan Bola

Strategi Bojan Hodak untuk tidak membenarkan gol awal diperolehi Johor Darul Ta’zim ( JDT) ternyata membuahkan hasil apabila Kuala Lumpur City (KL City) berjaya melakar kemenangan 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kemenangan itu juga cukup bermakna buat skuad The City Boys yang menamatkan penantian selama 32 tahun untuk mendakap kembali piala berprestij berkenaan dan lebih manis ia dilakukan pada ulang tahun ke-100 Piala Malaysia, selain meraih tiket ke Piala AFC musim hadapan.

Gol Keeper KL City Gigit Bola

Di sebalik kemenangan bergaya KL City, tindakan penjaga gol mereka yang di lihat mengigit bola menarik perhatian ramai

“Kenapa dia gigit Bola tu. Macam Main Tipu je?” Soal penyokong

Terdahulu, pemain Zhafri Yahya mengejutkan stadium dengan jaringan pertamanya pada minit ke-66 dan diikuti jaringan kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74.

Walau apa pun yang berlaku ketika di padang, kemenangan Kuala Lumpur City (KL City) semasa berentap dengan Johor Darul Ta’azim (JDT) masih menjadi bualan ramai di media sosial. KL City menerusi aksi final Piala Malaysia semalam berjaya meranapkan impian JDT memenangi piala ketiga mereka musim ini.

Kacaknya penjaga gol KL City!

Sepanjang perlawanan akhir tersebut berlangsung, penjaga gol KL City iaitu Kevin Mendoza ternyata mencuri tumpuan ramai. Selain memiliki wajah yang tampan, ketangkasan Mendoza juga menjadi kunci utama skuad The City Boys kental bertahan sehingga berakhirnya babak pertama tanpa jaringan. Bersambung di babak kedua, tempo permainan pasukan KL City dilihat semakin rancak dan Mendoza berjaya menyelamatkan beberapa bola daripada terus masuk ke gawang gol.

Siapa Kevin Mendoza?

Untuk pengetahuan korang, nama penuh Mendoza ialah Kevin Ray Mendoza Hansen. Mendoza berusia 27 tahun dan dilahirkan di Herning, Denmark pada 19 September 1994. Selain bermain bersama KL City, Mendoza turut bermain bersama Pasukan Kebangsaan Filipina. Menerusi tinjauan pihak OhBulan! Mendoza dipercayai sudah mempunyai isteri iaitu Nadia Baekgaard. Nadia merupakan warganegara Denmark dan seorang pereka grafik yang kini menetap di Malaysia bersama Mendoza.

Di ruangan komen, rata-rata netizen sempat berseloroh dan mengusik Mendoza. Menurut netizen, Mendoza seorang wira pada aksi final Piala Malaysia semalam. Pada masa yang sama, ramai gadis meluahkan rasa kecewa sebaik sahaja mengetahui Mendoza sudah mempunyai isteri.

Sumber: Kevin Mendoza

Leave a Reply

Your email address will not be published.