Hiburan

Ramai Kcam Menyanyi Tengah Banjir Di Klang, , RupaRpanya Wanita Ini Penyanyi Vteran Trkenal “Ramai Ker Terhibur, Saya Buat Saja-Saja Jer”

Penyanyi legenda Zaiton Sameon antara mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir air pasang besar yang berlaku di Klang, Selangor.

Berkongsi perkara terbabit, Zaiton, 64, memaklumkan kediaman keluarga adik angkatnya yang dikenali sebagai Ika di kawasan Kapar, Klang masih dalam keadaan berjaga-jaga.

“Saya berada di rumah adik angkat saya dan memang betul sekarang kawasan ini dilanda banjir. Setakat ini air sudah naik hingga paras lutut dan kami sekeluarga masih berwaspada dengan sebarang kebarangkalian.

“Semoga hujan reda dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Zaiton sempat berkongsi sepotong video dirinya berpayung sambil duduk di atas pelampung di perkarangan rumah.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pelbagai reaksi diterima daripada pengguna media sosial hingga ada yang terhibur dengan gelagat Zaiton yang turut menyunting video tersebut dengan lagu hit nyanyiannya, Kabut Serangkai Mawar.

“Ye ker ramai yang terhibur? Saya buat video itu saja-saja sebab tak boleh nak buat apa sebab tengah hujan,” respon Zaiton.

Sehingga dimuat naik, sejak pukul 2 petang Ahad, video itu telah ditonton lebih 366,000 kali.

Ramai yang berseloroh, menyifatkan Zaiton sedikit sebanyak melegakan perasaan resah orang ramai yang kini terjejas dengan kejadian banjir itu.

“Seronoknya nampak main-main banjir tu kan…

“Kreatif, ramai yang tergelak-gelak!

“Santai-santai Kak Eton main banjir ni. Hati-hati ya.

“Sempat pula buat video klip. Memang legend.

“Orang tengah pening banjir dia relaks je buat TikTok,” demikian tulis beberapa pengguna di TikTok.

Fenomena air pasang besar yang berlaku sejak Sabtu telah menyebabkan keadaan di sekitar Klang bertambah buruk dan jurucakap Meteorologi Malaysia menjangkakan air pasang setinggi empat meter akan melanda perairan berkenaan.

Sejumlah 1,011 mangsa banjir ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Klang setakat jam 7 pagi, susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah berkenaan.

Semalam, sebanyak 20 kawasan di daerah Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan dan Telok Gong antara yang paling terkesan dengan kenaikan air sehingga ke paras pinggang.

Kawasan lain yang terjejas adalah Pulau Indah, Pandamaran, Bandar Botanik, Telok Gadong, Bandar Sultan Suleiman dan Bukit Tinggi.

‘Syukur masih ada wang simpanan’ – Zaiton Sameon

Penyanyi lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon,64, bersyukur dia masih mampu bertahan meneruskan kehidupan harian dengan bekalan wang simpanannya.

Zaiton dihubungi berkata meski jumlah wang simpanannya itu tidaklah begitu banyak dan kini semakin merosot, namun dia dapat bertahan lagi.

“Saya pun tak tahu sampai berapa lama lagi bekalan wang simpanan itu dapat digunakan berterusan, tetapi harapnya semoga krisis pandemik Covid-19 ini segera berakhir.

“Sebagai penyanyi, saya rindu untuk membuat persembahan dan selagi ada rezeki, saya takkan meninggalkan kerjaya ini kerana nyanyian sudah sebati dengan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Jika sebelum ini, Zaiton memaklumkan wang simpanannya dikumpul hasil persembahan menyanyi, berniaga rendang dan minyak wangi, namun kini semua itu ‘terhenti’ seketika.

“Buat masa sekarang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, saya hanya duduk di rumah sahaja. Usia pun makin emas, dan saya tumpu sepenuhnya pada amal ibadat.

“Nak buat apa lagi pada ketika dah tak boleh keluar bekerja sekarang. Saya pun individu berisiko kerana faktor usia, jika keluar rumah. Jadi, untuk keselamatan duduklah di rumah dan tingkatkan amalan untuk bekalan diri,” katanya.

Menurut Zaiton, dia bagaimanapun berkesempatan membuat dua persembahan nyanyian di Melaka, sekitar Oktober tahun lalu. Katanya, dapatlah juga rezeki ketika itu untuk menampung wang simpanan.

Mengenai perjalanan kerjaya, Zaiton berkata dia sepatutnya sudah merakamkan dua lagu baharu hasil ciptaan komposer Allahyarham A Ali, pada tahun lalu tetapi, tidak kesampaian.

“Dua karya daripada arwah untuk saya iaitu lagu solo dan duet itu sudah disiapkannya, namun kami tidak sempat bekerjasama untuk proses rakaman kerana Covid-19 dan arwah meninggal dunia pada 21 November, tahun lalu,” katanya.

Menurut Zaiton lagi, jika ada rezeki dia berharap dapat merakamkan dua lagu berkenaan selepas PKP ini dan krisis Covid-19 berakhir. Ujarnya, kena tunggu keadaan semasa kembali membaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.