Hiburan

“Saya dah tahu sesuatu berlaku…Abang, rumah dah senget” Ebby Yus Kongsi Detik Rumah Di Sapu Banjir Sampai Nabil Dan Kak Lina Menangis

Hanya berbaki 10% sahaja untuk siap, siapa sangka rumah impian Ebby Yus habis ‘disapu’ arus banjir yang berlaku di Kuala Langat, Selangor tempoh lalu. Lebih terkilan lagi, kediaman berkonsepkan separa batu dan kayu itu perlahan-lahan dibina selama 4 tahun menggunakan hasil rezekinya sebagai seorang anak seni. Meskipun berat untuk diterima, namun pelawak itu akur dengan takdir yang sudah ditetapkan Allah.

video

Saya nak balik KL lepas Isyak…Dengan izin Allah digerakkan Ustaz Ashraf WhatsApp saya (minit 2:30)

Bersama temubual dengan pihak MeleTOP menerusi Edisi Kongsi Kasih malam tadi, dia juga mendedahkan detik-detik awal ia berlaku. Waktu tengahari sehingga maghrib di hari kejadian, dia sempat memantau kerja-kerja pemasangan wallpaper di rumah kayu berkenaan sebelum dihubungi oleh seorang ustaz bagi menyertai misi bantuan kebajikan. Lalu, Abang Ebby meneruskan pula perjalanan ke Kuala Kapar dalam keadaan air yang semakin naik.

Sampai di lokasi Kapar, saya dapat call…Saya dah tahu sesuatu berlaku…Abang, rumah dah senget (minit 3:40)

Dalam perjalanan pula, tukang buat rumah sempat menghubungi pelawak ini bagi memberitahu mengenai keadaan rumah terbabit yang sudah dimasuki air selain mula senget. Panggilan terakhir dengan suara tangisan akhirnya membawa berita duka kerana mahligai terbabit disahkan lenyap sekelip mata. Mendengar Abang Ebby cuba menahan sebak, Nabil dan Kak Lina juga tidak tertahan hingga mengalirkan air mata.

Tabah betul Abang Ebby Yus boleh senyum-senyum lagi…Hebat menahan duka lara

Netizen pula menyifatkan ketabahan Ebby sangat luar biasa kerana sempat ketawa dan senyum meskipun ditimpa musibah berat. Kehabisan kos sekitar RM200,000, mereka berharap dan yakin satu hari nanti kesabaran artis ini akan dibalas dengan ganjaran besar.

Saya sudah maafkan mereka – Ebby Yus

HULU LANGAT: Pelawak Ebby Yus tidak berkecil hati apabila segelintir netizen menyifatkan musibah menimpa penggiat seni dalam bencana banjir sebagai pembalasan Tuhan.

Bersikap terbuka menelan apa sahaja kecaman dilemparkan, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, memaafkan mereka yang melemparkan tuduhan begitu.

“Jika itu yang mereka andaikan, saya terima sahaja kata-kata mereka tanpa simpan dalam hati.

“Sama ada mereka memang bermaksud begitu atau tidak, saya sudah memaafkan diri mereka,” katanya kepada BH Online selepas meninjau tinggalan rumah yang dihanyutkan arus di Kampung Paya Lebar di sini, hari ini.

Biarpun ditimpa musibah, Ebby enggan menerima bantuan perseorangan melainkan daripada badan seperti FINAS dan SENIMAN yang ada kaitan dengan kerjaya seninya. Foto NSTP/Aizuddin Saad
Sabtu lalu, pelakon sitkom J.K.K ini ditimpa musibah apabila mahligai dibina hasil titik peluh lebih tiga dekad dalam dunia seni, musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras.


Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dilaporkan dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby kerugian hampir RM200,000.

Biarpun ramai bersimpati dengan nasib pelakon filem This Is Pilah The Movie ini, namun, tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakan Ebby membina rumah di kawasan berbahaya.

Mengulas perkara itu, Ebby menafikan lokasi kediamannya itu sebagai berisiko.

“Saya pilih kawasan ini untuk membina rumah bukan sahaja kerana suasana yang cukup tenang, malah cantik.

“Walaupun ada sungai tapi tidaklah besar. Lagipun, saya sudah bertanya kepada tuan punya tanah mengena latar belakang kawasan ini dan dia maklumkan lokasi ini selamat.

“Saya anggap apa yang berlaku ini adalah takdir. Tidak perlu hendak tuding jari pada sesiapa. Kalau sudah hendak terkena, rumah atas bukit pun boleh dilanda banjir,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ebby mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) atas keprihatinan mereka membantu.

“Saya juga banyak menerima kiriman mesej peribadi daripada rakan artis dan pelbagai pihak yang melahirkan hasrat untuk membantu saya.

“Jika bantuan itu dari FINAS dan SENIMAN, saya akan terima kerana ada kaitan dengan kerjaya seni saya.

“Tetapi jika membabitkan rakan artis atau perseorangan, saya agak keberatan kerana mereka juga ada tanggungan.

“Jangan susahkan diri kerana saya. Selagi saya cukup makan, maknanya saya masih okay,” katanya.

Ebby meninjau sisa tinggalan rumah yang dihanyutkan arus dalam bencana banjir di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat, Sabtu lalu. Foto NSTP/Aizuddin Saad

‘Di sebalik kesakitan, ada nikmat yang indah’ – Ebby Yus

Kuala Lumpur: Pelawak Ebby Yus berharap mangsa-mangsa banjir yang ditimpa musibah agar terus kuat dan reda dengan ujian yang berlaku.

Ebby berkata, dia sudah berlapang dada apabila kediaman miliknya yang masih dalam pembinaan di Hulu Langat, Selangor dan hanya tinggal 10 peratus untuk disiapkan musnah akibat banjir, Sabtu lalu.

“Semua orang ada impian serta keinginan. Tiada seorang pun ingin mencari atau berjumpa dengan masalah tetapi adakah kita setiap hari hanya berfikir mengenai indah dan nikmat sedangkan kita lupa bahawa setiap keburukan serta kesakitan itu juga datang daripada Allah.

“Kenapa kita harus nak terima benda yang baik-baik saja sedangkan benda tidak baik kita tak mahu terima? Redalah, sesungguhnya di sebalik kesakitan itu ada nikmat yang begitu indah selepas kita sihat atau berdepan kesusahan.”Nikmat inilah sepatutnya kita tunggu sebab apa yang kita ada hari ini bukan milik kita. Itulah bukti yang amat nyata pada saya walaupun ia sudah ada di bibir, tetapi belum tentu saya dapat telannya.

“Saya faham orang akan cakap saya hanya mampu berkata-kata saja. Syukur Alhamdulillah Allah bagi saya untuk bercakap, tapi saya juga ingin beritahu rumah orang dimasuki lumpur ada orang datang bersihkan tapi rumah saya masuk (ditenggelami) dalam lumpur. Nak bersihkan apa pun saya tak tahu,” katanya yang gagal menahan air mata ketika diundang pada program MeleTOP malam tadi.

Pada program itu, pengacara Nabil dan Elly Mazlein dilihat turut menangis dengan dugaan yang menimpa pelawak terbabit.

Menurut Ebby, segala kekuatan hadir sebaik dirinya masih diberi kesempatan untuk terus hidup walaupun bersusah payah mencari duit untuk membina rumah.

“Sebenarnya orang lain lebih dahsyat ujiannya daripada saya. Jujur saya tak sedih dengan apa yang berlaku kerana sekurang-kurangnya orang tahu yang selama ini tanggapan sesetengah pihak menganggap golongan artis tidak berusaha atau tidak simpan duit, saya adalah individu yang usahakannya.

“Cuma orang kata perancangan kita itu tidak sebaik dengan perancangan Allah. Saya cuba untuk tidak mengalirkan air mata, tapi saya menangis bila tengok orang lain yang lebih dahsyat ujiannya daripada saya. “Saya dah biasa dengan ujian ini. Saya diuji dengan penyakit hampir dua tahun tetapi apa yang saya bersyukur Allah bagi saya nafas untuk teruskan hidup. Kekuatan ini adalah datang kerana izin-Nya selain sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan yang pantas memberikan kata-kata semangat. Allah kirimkan kawan-kawan yang hebat di sekeliling saya,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Ebby terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM200,000 akibat kediaman miliknya yang masih dalam pembinaan di Hulu Langat, Selangor musnah dihanyutkan banjir, Sabtu lalu. Ebby berkata, dia tidak berasa ralat atau sedih dengan kejadian banjir yang meranapkan rumah impiannnya itu, tetapi bersyukur kerana Allah masih menyelamatkannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published.