Uncategorized

‘Saya Hanya Berniat Sara Keluarga’ – Pernah Masuk Akademi Fantasia, Ini Pekerjaan Terkini Kefli AF3

Tiba-tiba sahaja nama Kefli AF3 menjadi perhatian netizen apabila perkongsian seorang individu menjadi tular apabila nama Mohamed Zulkefli Mohamed Idir muncul di sebuah aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan baru-baru ini.

” Ketika itu, saya sedang pesan makanan seperti biasa. Kemudian, tertera nama penuh Kefli berserta wajahnya pada ruangan aplikasi. Sebagai penonton setia Akademi Fantasia, tentulah saya terkejut..”

Itu pendedahan seorang individu yang berasa terkejut apabila nama penghantar makanan Mohamed Zulkefli Mohamed Idir muncul di aplikasi perkhidmatan seru-pandu berkenaan.

Menurutnya, dia ketika itu berasa yakin penghantar makanan tersebut adalah Kefli, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

” Apabila mahu mengambil pesanan, saya yakin dia adalah Kefli daripada gaya suaranya. Cuma dia ada memberitahu air yang saya pesan tertinggal di kedai.

” Berkali-kali dia minta maaf dan saya katakan tidak mengapa. Dia turut mencadangkan kepada saya supaya membuat report kepada syarikat seru-pandu berkenaan jika tidak berpuas hati.

” Begitupun saya tidak sampai hati berbuat demikian. Tak mengapalah,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, nama Kefli tiba-tiba menjadi perhatian selepas perkongsian peminat di laman sosial yang terkejut mengetahui penyanyi itu kini menjadi penghantar makanan.

Kefli, 37, yang dihubungi mStar mengakui dia sudah setahun melakukan pekerjaan itu menyara keluarganya.

Dalam masa yang sama, dia juga mempunyai sebuah gerai makan Prapp Corner di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, sejak 10 tahun lalu.

” Sekarang ni saya berniaga di Prapp Corner, dah lebih 10 tahun di sini. Bisnes agak perlahan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, saya pun buatlah apa yang patut untuk menjana pendapatan sendiri dengan menjadi penghantar makanan.

” Saya dah biasa bawa motor, jadi memang tak kekok kalau nak melakukan pekerjaan macam ini,” ujarnya kepada mStar.

Pada minggu lalu, tular perkongsian seorang peminat yang terkejut apabila nama Mohamed Zulkefli Mohamed Idir muncul di aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan.

Pembaca itu turut mendoakan Kefli sentiasa dilimpajkan rezeki walau dalam apa keadaan sekalipun.

Dalam pada itu, Kefli meminta masyarakat tidak berasa terkejut dan menyifatkan pekerjaan itu satu kegagalan.

Katanya, reaksi peminat terhadap kerjaya itu mungkin mengores hati penghantar makanan yang lain.

Kefli  merupakan bekas peserta program popular Akademi Fantasia musim ke-3

“Ia Bukan Satu Pekerjaan Yang Memalukan” – Kefli AF3 Dah Setahun Jadi Penghantar Makanan

Dia juga mengakui tidak berasa malu dengan pekerjaan itu dan menganggap ia berbaloi dan mampu untuk menanggung anak, isteri dan ibu bapanya.

” Saya tak ada rasa malu sebab bukannya buat benda yang salah, hanya berniat nak bekerja untuk menyara keluarga.

” So far Alhamdulillah boleh hidup, nak kata kaya tu tidaklah. Tetapi cukup untuk menampung anak dan isteri serta membantu ibu bapa.

” Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan memberi komen positif kepada saya. Kalau jumpa saya hantar makanan janganlah sampai terkejut, macam mana pula dengan perasaan rider yang lain?

” Mesti perasaan mereka tergores juga, anggap sahaja menjadi penghantar makanan ini sama seperti pekerjaan lain di luar sana. Kerja ini berbaloi, kalau tak kenapa ramai yang jadi rider?” katanya.

Kefli bekerja sebagai penghantar makanan dan menguruskan gerai makan miliknya di Taman Sri Rampai.

Sementara itu, ditanya tentang keinginan untuk beraksi semula dalam industri seni, Kefli berkata dia masih lagi berminat dan merancang untuk hasilkan sebuah single.

” Nak kata saya berhenti terus dari melibatkan diri dalam bidang seni itu tidaklah, cuma sedar sekarang ni ada banyak persaingan.

” Kalau diberikan peluang memang saya kembali semula dalam industri seni. Ada juga plan nak buat single, cuma kalau ditanya bila itu saya masih tak pasti lagi,” ujarnya.

Untuk rekod, Kefli mendapat tempat ke-6 dalam pertandingan Akademi Fantasia musim ke-3 di mana ketika itu juaranya dimenangi oleh Asmawi bin Ani (Mawi).

Sementara Naib Juara pula menjadi milik Felix bin Agus (Felix), Amylea binti Azizan (Amylea) tempat ketiga, Marsha Milan Londoh (Marsha) tempat ke-4 dan Mohd. Yazer bin Yusof (Yazer) Ke-5.

Sumber: https://thebolalive.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.