Uncategorized

Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Yasmin Hani dedah status hubungan dia dan suami

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Yasmin Hani meluahkan rasa hati seperti membayangkan beratnya badai yang melanda perkahwinannya bersama suaminya, Shahrin Razali.

Yasmin bagaimanapun sangat bersyukur kerana banyak pihak yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan semangat terhadap dirinya pada waktu sukar ketika ini.

Ujar Yasmin lagi, dia sangat berterima kasih kepada semua orang yang sangat baik dengannya serta prihatin terhadap dirinya.

Terus senyum dan percaya keadaan akan jadi lebih baik. Insya-Allah.

Yasmin Hani, suami cer4i?

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Yasmin Hani mendedahkan dia dan suami, Sha’arin Razali sudah membawa haluan masing-masing selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Yasmin berkata, mereka bersepakat untuk memulakan perjalanan hidup baharu dan akan membesarkan kedua-dua anak mereka dengan sebaik mungkin.

“Kami dapat melaksanakan apa yang sudah dipersetujui bersama. Kami berdua bersetuju untuk memulakan perjalanan baharu secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

“Kami betul-betul harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami,” katanya dalam hantaran terbaharu di Instagram sebentar tadi.

Tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai perpisahan mereka, Yasmin berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi sedikit privasi kepada keluarga mereka.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk doa anda. Biarpun kami memilih jalan berbeza, kami akan sentiasa menjadi keluarga yang saling menyayangi dan ada beberapa hal membuatkan kami lebih dekat berbanding sebelumnya.

“Kami masih berkongsi ikatan kerana Noah dan Eissa. Hubungan sebagai ibu bapa sangat kami utamakan dan kami memohon agar ruang dan privasi kami dihormati. Mari kekalkan aura positif. Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja dan bergerak ke hadapan,” katanya.

Sebelum ini, Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson telah mendedahkan dalam satu program hiburan di TV bahawa rumah tangganya bersama suami sedang dilanda masalah.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia masih berstatus isteri kepada bekas pemain drum kumpulan Blackrose itu dan hanya akan mendedahkan dengan lebih lanjut tentang status perkahwinan mereka apabila dirinya sudah bersedia.

Yasmin dan Shahrin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.