Uncategorized

Selepas cakap nak b0gel, lelaki lagi ni muncul lagi dalam satu rakaman dari dalam surau

Kuala Lumpur: Selepas beberapa hari menerima kecaman hebat, lelaki dipercayai peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tular sebelum ini akhirnya tampil memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, hari ini.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat menerusi perkongsian video di akaun TikTok miliknya, kira-kira empat jam lalu.

Menerusi video berdurasi 49 saat itu, lelaki terbabit juga berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya dan berharap permohonan maafnya diterima.

Dia turut bernazar untuk memberi pemasangan cermin gelap di sebuah surau tanpa menyatakan lokasinya tetapi hanya menunjukkan ruang ibadat berkenaan yang menjadi tempatnya merakam video permohonan maaf berkenaan.

“Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia disebabkan video saya yang tular baru-baru ini.”Saya berjanji takkan mengulanginya lagi dan saya bernazar berikan tinted (pemasangan cermin gelap) percuma kepada surau ini.

“Saya harap rakyat Malaysia dapat memaafkan saya,” katanya.

Semakan Harian Metro di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memaafkan lelaki terbabit dan berharap dia tidak mengulangi kesilapannya.

“Terbaeeekkkk bro. Alhamdulillahh, pahala banyak sedekah pada surau. Moga murah rezeki, Amin,” tulis pengguna TikTok bernama Mr3ard.

Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok bernama Asmaterasu menerima permohonan maaf lelaki terbabit.

“Maaf diterima. Jangan risau bro. Kita orang netizen memang macam ini. Akan datang jangan buat lagi,”katanya.

Lelaki terbabit mula tular selepas membuat kenyataan berani dengan menyatakan dirinya sanggup berb00gel dari Kuala Lumpur hingga ke Johor seandainya Kuala Lumpur City FC menewaskan JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada Selasa lalu.

LELAKI dipercayai peminat JDT membuat permohonan maaf terbuka kepada rakyat Malaysia atas keterlanjurannya menerusi perkongsian video di TikTok, hari ini

Video berdurasi 33 saat itu dimuat naik di Tiktok sebelum JDT tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur City FC.

Susulan kekalahan JDT, netizen meminta lelaki terbabit menunaikan janjinya dengan membanjiri ruangan komen di akaun Tiktok.

Lelaki itu bagaimanapun tidak melayan permintaan netizen sebaliknya membalas kutukan diterima dengan menyatakan mereka yang mengecamnya berdosa.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menerusi satu kenyataannya menasihatkan individu yang berjanji akan berb00gel demi tujuan tertentu supaya melupakan terus hasrat pelik.

Menurutnya, janji pelik sedemikian sebenarnya tidak perlu dilaksanakan kerana ia bukan saja tidak berfaedah malah melanggar ajaran Islam yang menetapkan had batas aurat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.