Uncategorized

Sepatunya 4 dikebumikan secara berasingan, tapi akhirnya 9 sekeluarga dikebumikan dlm satu liang lahad

SHAH ALAM: Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, dekat sini diselubungi suasana pilu apabila lapan van jenazah memasuki perkarangannya membawa sembilan sekeluarga yang maut dalam kemalangan

Jumaat lepas berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite, dekat sini.

Deretan lapan buah van jenazah yang dipandu petugas kesihatan lengkap mengenakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) diiringi anggota polis, dilihat tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan itu pada 12.40 tengah hari.

9 sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad atas permintaan keluarga

Jenazah selesai dikebumikan jam 1.30 petang dalam satu liang lahad, di atas permintaan keluarga setelah menjalani bedah siasat dan pemeriksaan saringan COVID-19, serta disolatkan di Unit Forensik Hospital Shah Alam di sini.

Ibu mereka Allahyarham Norul Naziah Buyong, 37, dikebumikan bersama lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad

Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.

Adik kepada Norul Naziah, Nurul Atika Buyong, 33, berkata lima anak arwah bebas COVID-19 bagaimanapun empat anak termasuk bayi berusia 10 bulan, didapati positif COVID-19.

Kesemua mereka yang menaiki Proton Wira itu, maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Shah Alam.

Bapa kepada kanak-kanak dan remaja yang maut itu, Abd Razak Majit, 50, cedera ringan, manakala mereka yang menaiki sebuah lagi kereta iaitu Mimie Nafiesa Abdullah, 19; Ihyat Sufi Shokip serta Ummi

Nasuha Annuwar masing-masing berusia 20 tahun juga cedera ringan.

Turut terbunuh dalam kemalangan yang mengorbankan 10 nyawa itu adalah seorang mekanik, Mohamad Rahimi Rolex, 27, dikebumikan di tanah perkuburan sama, kira-kira 1 pagi tadi.

Keluarga malang itu dikatakan dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Padang Jawa, Klang.

Seorang petugas kesihatan memangku jenazah mangsa kanak-kanak yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE, Shah Alam, Jumaat. – Gambar BERNAMA

Ismail Sabri ucap takziah kepada keluarga mangsa kemalangan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE, Shah Alam semalam.

Menerusi catatan di akaun Facebook hari ini, beliau berkata perkhabaran itu diterima dengan rasa sedih dan pilu.

“Takziah kepada ahli keluarga mangsa dan saya doakan mereka tabah menghadapi kehilangan ini.

“Saya doakan roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh golongan beriman dan beramal soleh,” katanya.

Perdana Menteri turut mengajak Keluarga Malaysia bersama-sama sedekahkan al-Fatihah buat mangsa terkorban dan menyeru pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati ketika menghadapi cuaca tidak menentu.

“Pandu dengan selamat, ingatlah orang yang tersayang dan ahli keluarga kita yang menunggu kepulangan kita,” katanya.

Dalam kejadian malam tadi, 10 individu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler dekat kawasan Rehat & Rawat USJ Lebuhraya ELITE menghala Shah Alam.

Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan orang sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya dan seorang lelaki yang juga mekanik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.