Amalan

Tun M dedah Najib masih boleh jadi PM, ini caranya yang ramai tak perasan

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berpendapat pendahulunya Najib Razak masih boleh membuat kemunculan semula ke tampuk pemerintahan negara.

Ini susulan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Najib menangguhkan hukuman penjara, denda dan sabitan terhadap kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd.

“Jika ia menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia boleh jadi perdana menteri juga.

“Undang-undang tidak berkata ia tidak boleh. Jika undang-undang tidak berkata tidak boleh, maka mengikut undang-undang tentulah ia boleh,” katanya.

“Alhamdulillah. Malaysia mungkin buat rekod sekali lagi kerana banduan dianugerah jawatan perdana menteri,” katanya dalam tulisan terbaru di blog, hari ini.

Penyokong Najib yang hadir di mahkamah, gambar hiasan

Kenyataan Mahathir itu sebagai respon sejurus selepas tiga hakim Mahkamah Rayuan sepakat mengekalkan sabitan bersalah ke atas Najib yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Panel hakim terbabit – dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil – juga sebulat suara mengekalkan hukuman yang ditetapkan ke atas Najib.

Pandangan Mahathir itu bagaimanapun tidak selari dengan pihak lain. Peguam New Sin Yew misalnya berpendapat harapan Najib untuk mempertahankan kerusi parlimen Pekan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sukar.

Katanya, Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan individu yang dijatuhi hukuman penjara setahun atau lebih, atau denda RM2,000 atau lebih, hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Sementara itu Mahathir yang juga anggota Parlimen Langkawi berkata, Oleh kerana ia tidak bercanggah dengan undang-undang, Najib tidak akan menjalani hukuman kerana membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

“Ini hak hakim. Belum pernah ada kes sebesar jenayah yang dilakukan oleh Najib. Ia adalah satu rekod dunia, mengikut Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.

“Orang yang didapati bersalah kecil pun tidak pernah mendapat stay of execution seperti ini. Najib mungkin terpaksa tunggu sampai setahun atau lebih sebelum kesnya sampai ke Mahkamah Persekutuan,” ujarnya.

Jalan berliku untuk Najib kembali PRU depan

Harapan bekas perdana menteri Najib Razak untuk mempertahankan kerusi parlimen Pekan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang menemui halangan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bersalahnya dalam kes SRC International.

Walaupun Najib akan terus berkhidmat sebagai ahli parlimen berikutan penangguhan pelaksanaan hukuman oleh mahkamah rayuan, namun dia tidak layak bertanding dalam mana-mana pilihan raya akan datang.

Peguam New Sin Yew berkata, Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan individu yang dijatuhi hukuman penjara setahun atau lebih, atau denda RM2,000 atau lebih, hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Fasal 4 Artikel berkenaan membolehkan status individu yang hilang kelayakan sebagai ahli parlimen ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Bagaimanapun Fasal 5 menyatakan bahawa Fasal 4 tidak terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan ke parlimen

Oleh itu untuk membolehkan Najib layak menyertai pilihan raya, keputusan bersalah terhadapnya perlu dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu.

Tetapi hal itu akan mengambil masa beberapa bulan.

Contohnya dalam kes Liwat II membabitkan Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan 11 bulan selepas keputusan Mahkamah Rayuan.

Pilihan raya umum dijangka diadakan pada tahun hadapan, walaupun memorandum persefahaman yang rapuh antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) menyebut bahawa parlimen tidak boleh dibubarkan sebelum 21 Julai.

Menurut New, satu-satunya pilihan yang Najib ada ialah mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong, yang menurutnya boleh dilakukan sebelum keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.

‘Hilang kelayakan bergantung kepada tafsiran’

Najib sebelum ini tidak menolak kemungkinan menyertai PRU dengan mengatakan syarat hilang kelayakan adalah “tertakluk kepada tafsiran”.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang berulang kali menyatakan kebimbangan bahawa Najib akan membuat kemunculan semula dan menjadi perdana menteri ke-10 selepas pilihan raya umum ke-15.

Lim mengaitkan kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri Melaka, yang didakwanya akan mendorong Najib untuk kembali berkuasa.

Selain tidak boleh bertanding dalam pilihan raya umum, Najib juga tidak akan dapat memegang mana-mana jawatan dalam Umno, kerana individu yang didapati bersalah oleh mahkamah dilarang memegang jawatan dalam parti.

sumber: mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published.