Hiburan

Tvlar cerita yg kurang enak mengenai perkahwinan dgn Nora, Dr Rushdi Ramli tampil bersuara

Kuala Lumpur: Suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli menganggap segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab adalah satu fitnah yang berniat jahat.

Rushdi berkata, tuduhan demi tuduhan yang ditularkan juga adalah bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinannya dengan Nora.

“Saya Rushi Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang diviralkan (tular) pada saat ini bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan antara saya dengan Nora. Ia adalah satu fitnah yang berniat jahat dan buruk.

“Allahu Akbar, semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap individu-individu yang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami,” katanya.

Terdahulu sebuah portal berita melaporkan, Nora dikatakan menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya yang difahamkan sudah berlaku hampir dua tahun.

Lebih mengejutkan, tular paparan mesej mengatakan Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama sebelum bernikah dengannya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status suami Nora itu sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum berkahwin dengannya yang juga ibu tunggal empat anak.

Sebelum ini, Nora memaklumkan dia selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.

Perkahwinan itu sekali gus menutup gosip kononnya dia pernah bernikah dengan seorang menteri seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

Nora Ariffin nafi tuduhan paksa suami cer4 isteri pertama – “Astagfirulllahalazim… semua ini fitn4h!”

NAMA penyanyi Datuk Nora Ariffin kembali menjadi sebutan netizen selepas timbul dakwaan mengatakan kononnya dia dan suami iaitu Dr Rushdi Ramli telah berkahwin sejak dua tahun lalu.

Selain merahsiakan tarikh sebenar perkahwinan, timbul juga cerita lain mendakwa Nora meminta suaminya itu menceraikan isteri pertamanya.

Tampil menjawab spekulasi yang timbul, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu.

Kata Nora, 48, segala tohmahan yang dilemparkan itu merupakan satu fitnah yang tidak benar sama sekali.

“Astagfirulllahalazim… semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja statement dari saya,” katanya menerusi kiriman WhatsApp pada Ahad.

Menerusi laporan sebuah portal pada pagi Ahad, Nora didakwa menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu yang difahamkan sudah hampir dua tahun.

Lebih mengejutkan, tular paparan mesej mengatakan Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan status suaminya itu sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum berkahwin dengan Nora.

Paparan skrin mesej yang diterima oleh sebuah portal hiburan.

Nora selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.

Perkahwinan itu sekaligus menutup gosip kononnya dia pernah bernikah dengan seorang menteri seperti yang bertebaran sebelum ini.

Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal itu pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada usia 52 tahun akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu baru berusia 20 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published.