Entertainment

9 tahun jadi ibu tunggal, Syura Badron Selamat Bernikah. Ini komen dia bila ditanya identiti Suami

SEMBILAN tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Syura Badron selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya pada pukul 12.30 tengahari, Sabtu di Masjid As-salam, Puchong Perdana.

Isteri kepada penyanyi Lan Solo yang juga rakan baik Syura, Shila Razlan mengesahkan berita gembira tersebut dan turut menafikan penyanyi itu berkahwin dengan suaminya.

“Syura sah bergelar isteri sekitar pukul 12.30 tengahari tadi. Selepas hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal kepada tiga orang anak, akhirnya dia menempa kebahagiaan.

Pastinya Syura akan memuat naik perkongsian di Instagramnya tidak lama lagi.

“Alhamdulillah… saya ucapkan tahniah buat Syura dan suami yang dinikahkan di Masjid As Salam Puchong. Dia berkahwin dengan jejaka pilihan, bukannya Lan Solo.

“Terima kasih Ya Allah untuk perjalanan panjang yang membahagiakan untuk sahabat dunia akhirat saya ini. Syura layak untuk mendapat semua kebahagiaan ini,” kata Shila kepada mStar.

Terdahulu Lan Solo memuat naik foto bersama Syura di sebuah masjid dengan melahirkan rasa syukur sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen dan rakan selebriti yang beranggapan mereka berkahwin.

Menurut Shila, dia belum dapat berkongsi butir lanjut mengenai identiti dan status suami Syura untuk memberi ruang kepada empunya badan untuk mengumumkan khabar gembira itu sendiri.

Syura akan kongsi butiran lebih lanjut mengenai suaminya nanti.

“Saya sendiri belum dapat berbual panjang bersama Syura, jadi tidak pasti butir mana yang boleh dikongsikan atau tidak. Pastinya Syura akan memuat naik perkongsian di Instagramnya tidak lama lagi.

“Syura dan suami sudah lama berkawan…Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” kata Shila.

Untuk rekod, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin berpisah pada Ogos 2015 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 13, Nurul Qaisara Sofia, 11, dan Muhammad Irfan Aryan, 9.

Dakwaan cemburu kejayaan Siti Nordiana, Syura Badron mula buka mulut kes saman fitn4h “Apa yg berlaku ada sebab”

KONTROVERSI membabitkan kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap lima sekawan termasuk penyanyi Syura Badron bukan platform yang sesuai untuk mencari publisiti.

Menganggap ada hikmat disebalik apa yang terjadi, Syura atau Zuraidah Badron turut menafikan dia menyimpan perasaan cemburu terhadap kejayaan penyanyi Siti Nordiana.

“Saya tak pernah terfikir pun untuk naikkan nama. Apatah lagi dengan kontroversi yang tak baik. Bagi saya, apa yang berlaku ada sebab.

“Kita pun tak boleh nak cakap lebih sebab benda dah jadi. Ramai kata, saya cemburu dengan kejayaan Nana.Tapi tidak sekali-kali ada perasaan cemburu.

“Macam mana pun, saya bersiap sedia dengan apa yang bakal berlaku. Terima dengan hati terbuka dan berharap satu keputusan yang baik,” katanya kepada mStar.

Syura ditemui ketika majlis pelancaran video muzik lagu terbaharu Lan Solo berjudul 5 Kaki 4 Inci di Red Box, The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Walaupun saya dah jadi artis hampir 20 tahun, tapi emosi tetap terganggu dengan komen melampau.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Syura mengakui dia banyak menerima kecaman di ruang komen dan mesej di Instagram sepanjang tempoh enam bulan isu tersebut terjadi.

Biarpun sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan, namun Syura tetap berasa tertekan apabila menerima kecaman secara melampau.

Syura terima kecaman akibat kontr0versi yang terjadi.

“Sudah enam bulan isu ini dan sememangnya saya ada menerima kecaman. Bukan saja di ruang komen tapi ada juga netizen yang mesej secara peribadi di Instagram.

“Komen-komen negatif dan melampau sehingga melibatkan maruah. Walaupun saya dah jadi artis hampir 20 tahun, tapi emosi tetap terganggu dengan komen melampau.

“Bila saya rasa down, kawan-kawan la tempat saya untuk lepaskan tekanan. Bersyukur ada kawan-kawan yang banyak bantu dan tanya khabar,” ujarnya.

SUMBER: MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published.