Uncategorized

Abang Ali Semboyan Meninggal Dunia,Al-Fatihah. Ini Kisahnya Ramai Tak Tahu

Aktivis masyarakat, Yusuf Azmi melalui sesi live di laman Facebook miliknya sebentar tadi menyampaikan khabar duka pemergian rakan aktivisnya, Ali Salimin yang mesra dengan panggilan Abang Ali hari ini.

Menurut Yusuf, beliau kini dalam perjalanan ke Hospital Muar, Johor untuk menuntut dan memandikan jenazah Allahyarham dan memohon orang ramai mendoakan Allahyarham.

“Saya mohon semua tolong bacakan Al-Quran untuk abang saya. Beliau orang yang baik, sentiasa ada dengan saya dan telah banyak membantu keluarga saya. Jatuh dan bangun bersama, sentiasa duduk dengan saya. Ketika saya susah, beliaulah antara orang yang ada dengan saya ketika saya jatuh,” kata Yusuf dalam sesi live sebentar tadi.

Takziah diucapkan buat keluarga Allaharyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

MOHON DOA RAMAI, SEMOGA ALLAHYARHAM ABG ALI DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG BERIMAN

Saya Yusuf Azmi mohon doa saudara-saudari semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarhamah Ali bin Salimin.

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, Sejahtera Dan maafkanlah dia…”

Al-fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Kembalinya seorang insan yang terkenal dengan sikap ramah, bertanggungjawab, mesra, penyayang dan baik hati kini kepada penciptaNya.

Semoga arwah tenang bersemadi dan ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT.. Amin ya rabbal a’lamin

Abg Ali xcden kt pagoh arah selatan

Sumber : Fb Yusof Azmi

Kisah Sebenar Bagaimana “ABANG ALI PPIM” Berubah Dari Gangster Internasional Ke Pejuang Agama.

Abang ali merupakan orang kanan yusof azmi dalam menerajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM. beliau banyak curah kan tenaga bersama yusof azmi dalam membantu ekonomi dan sosial orang islam selain itu berjuang menegak kan agama islam.

PPIM kini di angkat sebagai hero orang islam. Namun kali ini kita lihat pula bagaimana kisah abang ali kita ni. siapa kah beliau sebelum ini. dan apa peranan beliau dalam hal ini. banyak persoalan yang sedang bermain di fikiran kita. tanpa kita lengah kan masa lagi, apa kata kita lihat video di bawah. dalam video tersebut ada mencerita kan kisah beliau.

Kini nama PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) sering menjadi tumpuan ekoran tindakan persatuan ini yang lantang mencari kebenaran apabila timbul sesuatu isu melibatkan pengguna.

Sebelum ini kecoh tentang isu kes kereta ditahan dan isu aniaya pengusaha oleh Caltex, kali ini sedang hangat pula isu skim penjualan rumah banglo murah.

Ramai yang menyokong tindakan PPIM terutama yang dilakukan oleh Yusuf Azmi.

Namun jika dilihat, ada seorang individu dengan gaya rambut tipis sering berada disisi Yusuf Azmi dalam setiap serbuan dan juga press conference.

Nama individu ini ialah abang Ali. Siapakah Ali PPIM ini?

Sebenarnya abang Ali merupakan orang kanan Yusuf Azmi dalam menerajui Unit Tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM.

Beliau banyak curahkan tenaga bersama Yusuf Azmi dalam membantu ekonomi dan berjuang menegakkan hak hak pengguna yang tertindas.

Ini kisah abang Ali dari PPIM (ditulis oleh BeritaMemey)

KISAH ABANG ALI

-Abang Ali berasal dari Ampang dan kini berumur 57 tahun.

-Beliu kini terlibat dan bertugas untuk Biro Unit Tindakan Khas PPIM.

-Ali terlibat dalam beberapa serbuan dalam membantu orang yang teraniaya seperti kes gores dan menang dan juga ke Ah Long.

-Sebelum ini Ali merupakan ahil body builder (ahli bina badan).

-Sememangnya Ali aktif dalam sukan bina badan dan pernah menjadi Mr Selangor.

-Dulu Ali akui memang pernah menyertai dan menjadi ahli gangster ketika masih muda.

-Dia terlibat sebagai ahli gangster hampir belasan tahun dan sering berada di kelab hiburan

-Ali akui ketika itu dia hanya mencari duit dan mengatakan ianya satu perkara yang tidak elok dan tidak memberi faedah.

-Beliau juga menyeru anak muda supaya jangan langsung menyertai gang gang seperti ini.

INI PENDEDAHAN YUSUF AZMI TENTANG ALI PPIM

-Yusuf Azmi mengatakan dia ada berdoa di Mekah untuk mendapat seseorang seperti Saidina Umar.

-Bercerita tentang Ali PPIM, kali pertama berjumpa Ali baru keluar dari penjara.

-Ketika berjumpa dia memakai gelang emas.

-Ali ketika itu mula insaf dan mahu berubah dan mula bekerja dengan Unit Tindakan Khas dengan gaji hanya RM1 ribu.

-Ketika mula, Ali masih lagi dengan gaya ‘ganas’ sehingga digelar harimau, dan ketika operasi dengan Ah Long Ali pernah mengamuk.

-Melihat sikap Ali yang ganas, Yusuf Azmi membawa abang Ali ke Mekah. Yusuf Azmi bercerita Ali mula berubah ketika itu.

-Kini Ali semakin sabar dan jelas kesabarannya yang tinggi ketika isu ‘towing kereta’ yang menajdi viral dulu.

Itulah pendedahan kisah hijrah individu bernama Ali PPIM ini.

Semoga PPIM teruskan perjuangan mencari kebenaran dan membantu orang yang teraniaya dengan skim penipuan yang semakin melampu ketika ini.

MASYAALLAH!!!Kisah Hijrah Abang Ali PPIM Dari Dunia Gengster..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.