Uncategorized

“Belum Siap Pun Dah Cantik” Rezeki Tahun Baru, Black Hanifah Kongsi Video Rumah Baru Raih Perhatian Ramai

Setiap orang memiliki impian untuk memiliki kediaman sendiri. Lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga. Inilah syurga kecil keluarga untuk berteduh.Hasil titik peluh dan penat berbaloi apabila melihat hasilnya Di depan mata. Demikian juga dengan penyanyi Black Hanifah. Dia baru-baru ini berkongsi kegembiraan apabila kediaman yang menjadi impiannya selama ini bakal siap tidak lama lagi.

Menerusi laman Instagramnya, bapa kepada sepasang cahaya mata ini memuatnaik video yang menunjukkan ruang dia bahagian Dalam Dan luar rumahnya.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai yang rata-rata memuji rumah tersebut nampak cantik walaupun belum siap sepenuhnya.

Menurut Black, ini adalah rezeki anak-anak dan isteri untuk tahun 2022. Rumah corner lot yang dibeli itu nampak luas dan bakal diduduki tidak lama lagi oleh Black sekeluarga.

kakpaten_kp blom siap tpi dh nmpk cantikkkk design deko dia

miela_zainal Alhamdulillah…syukur akk tmpg gembira..

naishah07 MasyaAllah… moga kita semua Allah kurniakan rumah sendiri yang cantik dan selesa aamiin

damianmikhailmusic  Alhamdulillah. Tahniah guys. @black.hanifah @cirakhairy terus maju, sukses dan bahagia. insha’Allah

lerntiq_rinacherrina Cantik.. Semoga Allah permudahkan urusan @black.hanifah sekeluarga

farzanananaa_ Puaskann bila ada rumah sendiri, then dapat cantik2 buat landskap sikit2, rasa mcm betul2 rumahku syurgaku aaa gituu

salina_sally80 Cantik dah walau xsiap sepunuhnya lagi. Kami pun x sabaq aihh nak tengok

Black Hanifah merupakan seorang penyanyi Malaysia yang menempa populariti selepas penyertaan dalam pertandingan realiti, Mentor musim ketiga.

Bakatnya digilap oleh Ratu Dangdut, Mas Idayu dalam rancangan yang menobatkannya sebagai juara itu.

Beliau kini dikenali sebagai penyanyi yang memperjuangkan genre muzik pop, rock dan balada.

Biodata

1. Pemilik nama penuh Hanifah bin Md Hanafiah. Dikenali sebagai Black, Black Mentor dan Black Hanifah.

2. Kelahiran Kuala Lumpur pada 21 Disember 1987. Kini berusia 32 tahun.

3. Merupakan penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

4. Bakatnya dicungkil daripada program realiti, Mentor musim ketiga (2009) yang menobatkannya sebagai juara. Ketika itu, beliau menjadi protege kepada penyanyi dangdut, Mas Idayu.

5. Single pertamanya yang berjudul Aku Rindu Sayang Kamu berjaya menempatkan diri di Anugerah Juara Lagu 24 yang berlangsung pada Januari 2010. Tidak hanya itu, beliau merangkul trofi anugerah Vokal Terbaik di pentas berprestij berkenaan.

6. Beliau yang sudah merakamkan dua buah album studio berjudul Obsesi pada 2011 dan Black (2016), pernah mempopularkan deretan lagu-lagu hits seperti Aku Rindu Sayang Kamu, Sofea Jane, Teman Pengganti, Kuasa Cinta (duet bersama Noraniza Idris), Takkan Terpisah, Mana Mungkin dan Leraikan.


7. Selain bergelar penyanyi solo, beliau pernah memegang peranan sebagai vokalis sementara kumpulan Meet Uncle Hussain menerusi single ‘Drama King’.

8. Pernah membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Longkai, membawa watak sebagai ‘Ketum’ pada tahun 2013.

9. Pemegang trofi Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009.

10. Menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Naquia Yasirah Mohd. Khairi dan sehingga kini hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

Sumber: black.hanifah

Leave a Reply

Your email address will not be published.