Amalan

“Dia bukan bodyguard abah” -Anak Zahid jelaskan identiti sebenar pengiring VVIP bertindak kasar di lif

Mahkamah kini boleh dikatakan antara lokasi panas di negara kita kerana pasti ada saja kes berprofil tinggi sedang dibicarakan di sana termasuklah kes melibatkan VIP seperti bekas Perdana Menteri dan ketua parti di negara ini.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan situasi di mahkamah ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 69, tiba untuk perbicaraannya dan ingin memasuki lif.

Sempat lambai kepada penyokong di mahkamah

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjelang prosiding rasuah pada Isnin pagi.

Presiden Umno itu tiba pada pukul 9.04 pagi, melambai kepada penyokongnya sebelum memasuki kompleks tersebut.

Uncle kena tarik kolar kerana nak beri laluan VIP masuk lif?

Menerusi video yang dikongsikan wartawan Melissa Goh di Twitter, satu insiden mengejutkan dilihat berlaku apabila seorang ‘uncle’ berbaju kotak merah putih telah ditarik di bahagian kolarnya dari belakang ketika ingin memberi laluan bagi rombongan VIP memasuki lif tersebut.

Sebaik kolar uncle terbabit dilepaskan, dia dilihat mengusap bahagian lehernya yang mungkin sakit akibat tercekik. Alahai kesiannya…

“Tak bagi masuk takpe, tapi cara dia tarik tu bikin gaduh”

Berikutan tular video menyaksikan pengiring VVIP bertindak kasar di hadapan lif beberapa hari lalu, anak kepada presiden UMNO iaitu Nurulhidayah Zahid tampil berhubung isu membabitkan bapanya.

Bodyguard tampil perjelas isu tular

Beliau menerusi hantaran di Instagram berkongsi beberapa gambar tangkap layar perbualannya dengan individu yang berada di lokasi kejadian bagi menjernihkan semula keadaan yang menjadi buah mulut wargamaya.

Tahan atas faktor keselamatan

Bukan itu sahaja, malah Nurul turut menafikan hebahan orang ramai yang memaklumkan bahawa ‘uncle’ berkemeja itu sudah lama menunggu di hadapan pintu lif.

Sebaliknya, dia juga sedang menunggu gilirannya tetapi atas faktor keselamatan, dia ditarik keluar untuk tidak bersama dan berpendapa bahawa hanya yang pernah kerja sebagai ‘bodyguard’ sahaja faham jika berdepan situasi itu.

“Dia bukan bodyguard abah”

Walaubagaimanapun, tegasnya ‘bodyguard’ yang dimaksudkan adalah pekerja salah seorang kenalan bapanya dan bukan pengawal peribadi Zahid Hamidi.

Terdahulu Video yang tular itu kemudian mendapat kecaman hebat netizen yang menganggap rombongan VIP berkenaan tidak wajar memperlakukan uncle terbabit sedemikian memandangkan dia sudah awal berada di depan lif.

Malah ada juga yang mengatakan tindakan individu yang menarik kolar lelaki berkenaan sebagai biadap.

Hormatilah Orang Jangan Tarik KolarSumber: Twitter

“Apehal kena tarik?”

Oleh yang demikian, warga netizen terus menerus mengkritik tindakan tersebut selain meluahkan rasa simpati dengan nasib lelaki berkemaja itu yang dilihat sudah lama menunggu pintu lif dibuka.

Ish macam-macam ye. Meskipun admin rasa bodyguard VIP tu terpaksa ‘tarik’ uncle tu sebab ia sebahagian daripada tugasnya, tapi rasanya tak best juga kalau berlaku kekerasan macam tu.

Zahid diarah bela diri atas 47 pertuduhan pecah am4nah, r4suah dan pengubahan wang h4ram

Dalam perkembangan lain, MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas kesemua 47 pertuduhan r4suah membabitkan nilai jutaan ringgit daripada yayasan amal Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan pada Isnin bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap presiden Umno selepas mengambil kira keterangan yang dikemukakan pada perbicaraan.

Hakim Sequerah menetapkan 18 hari mulai 28 Mac 2022, untuk bekas timbalan perdana menteri itu membela diri.

Ahmad Zahid dibicarakan bagi sejumlah 47 pertuduhan, 12 daripadanya pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit milik YAB.

sumber: lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.