Amalan

Dijanjikan Hadiah Kereta, Sekali Abang Viva Terima Motor Besar Dulu Dari Individu Ini

Alor Gajah – “Andai kata dapat diundurkan masa, tidak mahu jadi seperti ini kerana amanah serta kepercayaan yang diberikan oleh orang ramai terlalu tinggi, saya khuatir tidak mampu untuk membawanya,” itu kata Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva.

Menurut Azwan, 29, niatnya sepanjang 10 hari turun membantu m angsa b.anjir di Selangor dan Pahang bukan untuk meminta balasan mahupun penghargaan sebaliknya dilakukan atas dasar ikhlas ingin membantu mereka yang ditimpa m.usibah.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, keputusan untuk pergi membantu m.angsa b.anjir dibuat secara spontan dan selepas meminta izin daripada orang tuanya dia terus bertolak dari Melaka ke Puchong.

“Apabila terbaca ramai m.angsa b.anjir terkandas terus terdetik kenapa saya yang mempunyai bot tidak turun membantu menyelamatkan n.yawa dan daripada situ saya membuat keputusan untuk pergi membantu apa yang termampu.

“Perancangan awalnya saya ke Puchong hanya untuk sehari sahaja tetapi apabila melihat keadaan yang teruk saya kemudian ubah fikiran untuk terus menyambung misi menyelamat serta membantu lebih ramai lagi dan Alhamdulillah urusan cuti turut dipermudahkan,” katanya ditemui dirumahnya di Taman Sri Pengkalan Indah, di sini.

Menurutnya, sumbangan daripada bot kecilnya tidaklah seberapa berbanding dengan individu lain yang turut turun sama membantu menyelamatkan m.angsa yang terperangkap.

“Kalau difikirkan sumbangan saya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan orang lain. Ada yang saya kenal sanggup datang dari Pulau Pinang dan sewa lori untuk membawa bot nelayan bagi membantu m.angsa b.anjir.

Abang Viva Viral Terima Motosikal Yamaha XJ6S Daripada ‘Seseorang’ Sebagai Tanda Penghargaan

Sejak ‘Abang Viva Viral’ mula dikenali orang ramai, ada beberapa pihak telah menghubungi beliau untuk memberikan hadiah sebagai penghargaan kepada pengorbanannya membantu mangsa banjir pada Disember tahun lalu.

Terbaharu, syarikat ICITY Motorworld Sdn Bhd telah berkongsi satu hantaran di mana ‘Abang Viva Viral’ telah selamat menerima motosikal jenis Yamaha XJ6S berserta beberapa aksesori lain seperti topi keledar, jaket dan beg galas.

Menurut portal Motomalaya.net, pihak mereka dimaklumkan oleh ICITY Motorworld Sdn Bhd bahawa ada seorang individu tidak dikenali menghadiahkan motosikal tersebut kepada ‘Abang Viva Viral’ atau nama sebenarnya Azwan Omar.

Rata-rata ramai mengucapkan tahniah kepada Azwan kerana beliau layak menerima hadiah terbabit dan mendoakan kebaikkan buat ‘individu misteri’ yang sudi memberikan hadiah penghargaan kepada unsung hero negara ini pada hantaran Facebook tersebut.

Nama Azwan Omar mula menjadi bualan warganet selepas beliau turun membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa lokasi pada akhir tahun lalu dengan hanya membawa sebuah kereta Perodua Viva, bot angin dan sekeping not RM50.

Difahamkan beliau juga bakal menerima sebuah kenderaan pacuan empat roda 4×4 daripada seorang usahawan kosmetik tidak lama lagi selepas beberapa urusan diselesaikan.

Usahawan Wanita Nak Hadiahkan Kereta

Terdahulu Sha Hassan tampil menjelaskan perkara yang sebenar selepas niat murninya untuk menolong Abang Viva mengundang kritikan orang ramai di laman sosial. Dipercayai, perkara itu tular apabila beberapa portal melaporkan pemberian kereta oleh usahawan itu ditolak kerana bertujuan untuk pemasaran semata-mata.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial, Sha menjelaskan bahawa Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan, 29, tidak pernah menolak tawarannya itu malah memberitahu akan menghubunginya selepas selesai membantu m.angsa b.anjir di Pahang.

“Pada mulanya, saya hanya diamkan diri kerana tidak mahu keadaan bertambah t.eruk dan saya juga tidak memaksa Abang Viva untuk menerima pemberian saya itu. Dari awal niat saya ikhlas dan tidak lain tidak bukan untuk memberikan sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang. Malah Abang Viva pun tidak pernah tolak dan hanya menghantar mesej untuk menghubungi saya selepas ini,” katanya. Video : Klik link

Dalam pada itu, Sha turut memuat naik beberapa gambar serta sebuah video menunjukkan perjumpaannya bersama Abang Viva di sebuah restoran di Bangi, Selangor semalam. “Saya minta izin dengan abang Azwan untuk rakam video ini supaya dapat jelaskan kepada orang ramai yang membuat pelbagai andaian sebelum ini. Saya dan Abang Viva tidak ada m.asalah malah saya seronok dengar kisahnya yang menggalas tanggungjawab besar menjaga orang tuanya dan sekarang membantu orang ramai tanpa menghiraukan apa sahaja halangan,” ujarnya.

Sementara itu, Azwan melalui Live Facebook memberitahu akan menerima kereta pacuan empat roda daripada Sha minggu hadapan selepas beberapa urusan diselesaikan. Dia juga meminta orang ramai tidak lagi mengkritik Sha dan membuat pelbagai tdvhan

Sha bersama suaminya berjumpa dengan Abang Viva di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Instagram Sha Hassan

Sumber: https://www.thevocket.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.