Hiburan

Dikcam Sebab Gmbar Masa Umrah, Pnyanyi Ifa Razlah Balas Balik Sampai Terdiam Netlzen

Kuala Lumpur – Penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah meny.elar segelintir netizen yang meng.ecam t.indakannya memakai perhiasan ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Menerusi satu video yang dimuat naik semula di Instagram baru-baru ini, Ifa atau nama sebenar Saripah Raziah Mustapha tampil membalas kec.aman yang dilayangkan kepadanya hanya kerana memakai gelang emas ketika mengerjakan ibadah tersebut.

“Apa salahnya? Engkau dekat rumah tengok emak engkau, Pakai gelang emas tidak, solat? Sama kan? Engkau tengok nenek engkau solat, ada pakai gelang emas? Sama sahaja.

“Aku pergi ke sana pakai gelang emas, ini, siapa yang bagi? Allah yang bagi. Apa m.asalahnya aku solat, buat ibadah aku pakai ini? Aku nak tunjuk ‘Allah engkau bagi dekat aku Allah’.

“Aku tengok perempuan Arab semua pakai emas, tak ada masalah pun. Komen masyarakat Malaysia ini, o.tak dia, tak betullah. Kurang w.araslah. Dalam Islam pun, apa masalah pakai emas. Lelaki tak boleh pakai emas, sutera. Perempuan boleh pakai emas,” katanya b.erang.

Ifa baru-baru ini dik.ecam hebat gara-gara mengenakan perhiasan berbentuk gelang emas ketika berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah sekitar Disember lepas.

Dalam pada itu, Ifa turut menegaskan dia telah merujuk kepada pakar agama seperti para ustaz berhubung perkara tersebut.

“Beliau katakan tiada satu pun hadis yang mengatakan haram bagi wanita yang memakai emas untuk bersolat mahupun melakukan apa-apa ibadah yang berkaitan dengan umrah atau haji.

“Malahan ibadah yang dilakukan tidak terbatal hanya kerana memakai emas. Yang paling penting ia bersih, suci dan bukan datang dari sumber yang diragui,” tegasnya.

Antara Reaksi Orang Ramai

Sekadar info, juga dikenali sebagai Miss Diva beliau ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara dan penghibur televisyen dari Malaysia. Ifa dikenali sebagai Diva Dangdut Malaysia kerana populariti lagu.

Beliau juga merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang amat mengambil berat mengenai soal kecantikan dan kesihatan. Di samping itu, beliau juga turut sinonim dengan moto Sukerr Banggee dan Pukpukpukk.

Sepanjang lebih 25 tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanahair, beliau telah berjaya mencatat sejarah kerana merupakan selebriti yang pertama menjulang trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori baru iaitu Artis Versatil Popular di ABPBH29 serta berjaya mengulangi semula kejayaan kemenangan bagi kategori tersebut di ABPBH3.0 sekaligus menjadikan Ifa sebagai selebriti dua kali berturut-turut yang memenangi kategori itu.

Kredit : online malaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.