Uncategorized

“Dua Berita Duka Dalam Sehari” Siti Saleha Dedah Apa Yg Berlaku Sebelum Suami Lafazkan Talak

Sah bercerai talak satu semalam dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar semalam, Siti Saleha berkata dia turut menerima berita duka apabila kehilangan datuknya.

Memetik laporan BH Online, Saleha berkata dia mengakui bersedih dan bukan mudah untuknya menerima hakikat keruntuhan rumah tangga.

Kata Saleha, dia menerima dua berita sedih dalam satu hari dimana datuknya yang yang menetap di United Kingdom (UK) meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Saya tetap sedih walaupun memfailkan perceraian itu. Saya hanyalah manusia biasa… Perceraian bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya hadapi.

“Kebetulan pagi semalam, saya mendapat perkhabaran datuk yang menetap di United Kingdom (UK) meninggal dunia akibat ser4ngan j4ntung. Kemudian bekas suami pula lafazkan talak. Bermakna ada dua berita duka yang saya terima, semalam,” katanya.

Dalam pada itu, Saleha berkata dia reda perkahwinan yang dibina selama empat tahun sudah pun berakhir dan masih boleh berkawan baik meskipun sudah tidak lagi bergelar suami isteri.

“Walaupun sedih kerana pengakhiran perkahwinan kami tidak seperti yang diharapkan, saya reda dan anggap tiada jodoh antara kami.

“Walaupun sudah tidak lagi hidup bersama, kami masih boleh berkawan baik. Saya tetap ada untuknya pada bila-bila masa jika diperlukan.

“Tidak perlu hendak dendam. Lagipun, kami bercerai cara baik… Doakan saja yang baik-baik untuk kami,” katanya.

Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2018 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu, Siti Saleha Sah Bercerai Talak Satu

Pelakon Siti Saleha akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya Ahmad Lutfi Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.

Lafaz cerai dilakukan Ahmad Lutfi di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Karim kira-kira pukul 10.30 pagi.

Redha jodohnya dengan bekas suami hanya mampu bertahan selama empat tahun, Saleh berkata perceraian mereka itu berlaku secara baik.

“Hari ini Alahmdulillah kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tak panjang, sampai di sini saja. Tiada apa saya boleh ulas cuma kami tiada kesefahaman,” katanya.

Pada 13 Oktober tahun lalu, Saleha mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi.

Berita tersebut mengejutkan ramai apatah lagi pelakon itu sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial.

Tiada Persefahaman Punca Siti Saleha Tuntut Cerai

Tiada hujan tiada ribut, kisah penceraian Siti Saleha ternyata mengejutkan ramai peminat apatah lagi pelakon itu mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Difahamkan, punca Siti Saleha membuat tuntutan cerai kerana tiada lagi persefahaman. Perkara itu didedahkan peguamnya, Azmi Rais di Mahkamah Rendah Syariah Klang pagi tadi.

Pagi tadi, Siti Saleha hadir bagi prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan penceraian namun ditunda pada 17 Januari depan.

Pada tarikh berkenaan JKP akan diadakan sekali lagi dan menentukan sama ada perintah perceraian dengan talak atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak.

Dalam pada itu, JKP akan dilakukan sekali lagi sebelum terikh berkenaan berikutan defendan (Ahmad Lutfi) dan wakilnya gagal hadir sebelum kini kerana berada di luar negara.

Berikut Sedikit Info Mengenai Siti Saleha

1. Nama penuhnya, Siti Saleha binti Mohd Baharom. Dikenali sebagai Siti Saleha.

2. Lahir di Basildon, England pada 14 Mac 1990.

3. Berwarganegara Malaysia-British.

4. Berusia 29 tahun.

5. Berketinggian 168 sentimeter.

6. Anak kepada pasangan Mohd Baharom Abd Rahman (bapa) dan Tracey Johnson atau nama melayunya, Aishah Rahman (ibu).

7. Abangnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam merupakan vokalis kumpulan Bunkface.

8. Anak ketiga daripada empat beradik.

9. Membesar di Klang, Selangor.

10. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

11. Memulakan karier seni dalam bidang peragaan dan komersial seawal usia 12 tahun.

12. Antara drama dibintanginya seperti 5 Jingga, Awan Dania musim kedua, Nora Elena, 7 Hari Mencintaiku dan Mandatori.

13. Juga telefilem Puaka Topeng Putih, Bersalji di Kuala Lumpur, Semadikan Aku, Cinta Paling Agung, Memori Pajeri Nenas dan banyak lagi.

14. Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Kerat 14, KL Zombi, Mamak Cupcake, Terbaik Dari Langit dan Langit Cinta.

15. Bakal muncul dalam filem Proksi dan Rajawali: Aku Abang Long yang ketika ini masih dalam proses pembikinan.

16. Penglibatannya dalam dunia teater menerusi pementasan Stage Therapy, AsramaRaAllStars dan Zombi La La La.

17. Pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27, Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-

28, Pasangan Pilihan (bersama Shukri Yahaya menerusi drama 7 Hari Mencintaiku) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 dan Pelakon Wanita Telenovela Terbaik di Anugerah Telenovela 2018.

Sumber: RK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.